Dia juga mengesahkan perkahwinan kedua-dua belah pihak hanya akan berlangsung di Sarawak sahaja.
Jelas penyanyi ini, keputusan itu mengambil kira jumlah saudaranya yang lebih ramai di sana.
“Memang saya dan Nureffy sudah setuju untuk mengadakan resepsi kami di Sarawak sahaja. Bukan apa, kasihan pula kalau ada saudara saya yang tidak boleh turun ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan majlis kami nanti,” katanya.
Kata Hafiz sama seperti bakal pengantin lain, dia turut tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam setiap persiapan perkahwinannya.
Setakat ini dia tidak menerima sebarang penajaan mana-mana pihak.
“Saya tidak mahu mengharap soal itu, kalau ada, saya anggap rezeki. Kalau tiada pun tidak mengapa memandangkan kami berdua sudah bersetuju untuk mengadakan majlis kami mengikut kemampuan kami berdua,” katanya.
Tidak mengapalah Hafiz, perkahwinan yang bahagia ukurannya tidak pernah datang dari betapa meriahnya majlis yang dianjurkan. Yang penting menghalalkan ikatan dua hati. Apa-apa pun tahniah Aida ucapkan kepada penyanyi yang suka tersenyum ini.
- UTUSAN ONLINE