Edited by anees~nuhara at 30-9-2015 09:08 AM
OYMYAKON - Sebuah kawasan perkampungan terpencil yang terletak di Republik Sakha, Rusia merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia. Memeranjatkan, suhu paling rendah pernah dicapai adalah -71.2 darjah celcius, iaitu pada tahun 1924.Meskipun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air yang tidak membeku. Nama tersebut diambil bersempena kewujudan mata air panas suatu ketia dahulu di kawasan tersebut.
Soalnya, bagaimana penduduk di sana menjalani kehidupan seharian dalam keadaan sejuk melampau begitu? Mereka seolah-olah sudah kebal dengan situasi begitu. Namun, tidak bermakna pakaian mereka terdiri daripada fabrik nipis. Penduduk masih lagi perlu memakai pakaian tebal yang berlapis-lapis bagi mengurangkan rasa sejuk pada tubuh. Walaupun hidup dalam suhu rendah, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam kekurangan nutrien. Selain susu lembu, ikan air sejuk, rusa kutub & kuda adalah sumber makanan utama penduduk di sana. Dikhbarkan, jumlah penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang. Selebihnya adalah seperti haiwan dan rusa kutub.
Tahukah anda, Kampung Oymyakon hanya 3 jam waktu siang ketika musim sejuk. Keadaan ini berbeza ketika kedatangan musim panas. Waktu siang berada dalam tempoh masa lebih lama iaitu sekitar 21 jam. Namun begitu, kepanasan yang dialami bukanlah sampai tahap keringat seperti kita sering rasai. Suhu musim panas di Oymyakon berada pada tahap 30 darjah Celcius. Boleh dikatakan kemungkinan untuk mereka merasai keadaan panas sehingga ke tahap berpeluh itu agak mustahil. Sementara itu, meskipun penduduk tidak mengalami masalah dalam mendapatkan makanan, masih ada kesulitan lain yang mereka perlu hadapi. Kenderaan perlu sentiasa dihidupkan semalaman untuk mengelakkan daripada enjin membeku. Selain itu, masalah utama yang sering menjadi isu ialah apabila berlakunya kematian. Penduduk di sana menguruskan kematian dengan cara pengebumian. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk menanam mayat dalam tanah yang sudah membeku? Jika kebiasaannya kita mengambil masa sehari untuk urusan pengebumian tetapi berbeza dengan penduduk di sana yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk menyelesaikan urusan tersebut.Tugasan yang pertama adalah menyalakan unggun api bertujuan untuk mencairkan tanah supaya mudah digali. Bara arang akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali.Proses itu akan dibuat berulang kali sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang.
Meskipun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, lokasi ini sering menerima kunjungan daripada pelancong luar kerana ingin merasai sendiri pengalaman luar biasa di sana sejak perkampungan ini terkenal sebagai kamping paling sejuk di dunia.
|