CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26061|Reply: 174

Jwanita Diboikot?

[Copy link]
Post time 26-9-2015 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah filem Jwanita, Osman Ali berasa terkilan dengan beberapa stesen televisyen (TV) tempatan yang enggan memberi ruang mempromosikan karyanya itu.

Osman berkata,stesen Tv berkenaan tidak dapat mempromosikan filem tersebut bagi mengutamakan filem keluaran anak syarikat masing-masing.

"Saya terkilan apabila Jwanita tidak diberi ruang untuk dipromosikan  di TV hanya kerana mahu beri laluan kepada filem terbitan anak syarikat masing-masing.

"Malah pihak penerbit mahu membeli iklan, juga tidak dilayan. Ada juga yang beri ruang sedikit seperti temubual di beberapa rancangan hiburan, tetapi promosi seperti itu tidak berapa kuat," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.

Jwanita lakonan Maya Karin, Marsha Londoh dan Bront Palarae kini sedang ditayang di pawagam bermula 24 September 2015. Filem itu juga bersaing dengan tiga filem tempatan lain iaitu Kapsul, Girlfriend Kontrak dan Polis Evo.

Kata Osman, perkara itu membuatkan dia bersama team produksi terpaksa mempromosikan filem tersebut menerusi laman sosial iaitu di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

"Saya akan terus berusaha mempromosi  Jwanita secara dalam talian sedaya memandangkan karya ini tidak berpeluang untuk menayangkan trailer dan promosi filem ini di TV.

"Malah di radio juga kami tidak berpeluang untuk promosikan Jwanita. Maka jalan terbaik hanyalah di laman sosial.

"Mujurlah ramai selebriti mempromosikan Jwanita di laman sosial masing-masing meskipun mereka tidak terlibat dengan filem ini," ujarnya.

Sementara itu, Osman berkata sudah tiba masanya untuk pihak yang berwajib melihat perkara ini sebagai satu isu yang serius dan berpendapat filem-filem tempatan seharusnya diberi peluang untuk dipromosikan di semua saluran stesen TV.

"Semua tahu bahawa industri filem kita sedang nazak dan tidak salah jika kita sama-sama membantu menaikkan industri balik.

"Saya harap jika semua filem-filem kita dapat dipromosikan di semua saluran TV  dengan bantuan pihak berwajib," tuturnya.

Jwanita diterbitkan oleh Nuansa Sdn. Bhd dan Ehsan Production.

p/s: TV3 lettew nak promo Girlfriend Kontrak nan hauk tu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru lepas tengok nasi lemak kopi o tv9, siap panggil keith foo & heroin filem girlfriend kontrak tu, sorry tak kenal sis. Next!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
stesen tv caprut mmg gini laaa.

Sejenis Jaga perut sendiri.. Yg selebihnya, ko punya pasal laa kinda attitude.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:35 AM | Show all posts
tau pasal Jwanita ni kat CARI..
mcm menarik n tertarik je...

tp nak gi tgk ngan sape....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je promosi aritu kat meletop!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:37 AM | Show all posts
girlfriend kontrak tu promot la sejuta kali pun, tak terliur pun nak tgk....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2015 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Movie bodoh2 yang gigih nak dipromot

Movie yang ada potensi mcm jwanita ni dicampak tepi2

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:40 AM | Show all posts
filem kau je kut tak laku en osman oi. tu evo laku keras je. bravo 5 pun laku je, wpun pelakon2 sdri nmpk mcm x sapot je filem bravo 5 tu. x de nk promo beria2 kt media sosial msg2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2015 10:42 AM | Show all posts
GF kontrak - tv3
polis evo - astro
jwanita - ???
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
filem osman ali biasa r film porno. mmg wajib r x der promosi.semua citer ko kalu x der soft porn mmg x sah. promosi la sendiri2 ye si pron
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:58 AM | Show all posts
aku rasa cam x seram jer citer nih,
stakat darah2 x cukup seram bagi aku,
geli ada lah...

kenapa filem malaysia xde citer yang pure pasal hantu,
cuba lah buat cerita pocong ker, pontinak ker, langsuir ker,penanggal ker,
kalo ada pon x cukup kuat seramnya, cerita lain jer lebih hantunya ntah kemana...
padahal kita ni banyak jer citer hantu lagend kat malaysia nih,
klo dah rasa mati akal sangat g jer amik jalan citer kat bod MPS yang sememangnya baca pon dah seram....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sori tak minat filem mlayu..dh la tiket movie mhl.next..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer gf kontrak tu cam drama ptg2 kat TV je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
film osman ali memang superb dan melawan arus....sebab tu film2 kurang dpt promosi ... akak memang suka film2 osman ali...cam.bukak api dll..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:18 PM | Show all posts
gf kontrak tu adaptasi dari drama akasia kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 12:22 PM | Show all posts
sapa dah tgk jwanita ni?ahkak mcm nak nonton la..bagi review jujur sikit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2015 01:34 PM | Show all posts
Inilah nasib industri perfileman kat Malaysia....apa slhnya masing2 tolong promosikan filem2 yg lain....kata nk org sokong filem2 tempatan.....bila kluar crita2 mcm nie......org pun naik menyampah....nie semua bnda nk dipolitikkan...

Psl filem GK 2....sy ad bca dkt cinema online...filem nie ala2 50SOG tp versi sopan dan beradab mcm 2
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Persamaan kualiti Polis Evo & GF Kontrak ialah kedua2 pengarahnya mmg pengarah yg hebat buat muzik video

Virginia Kenedy tu dh bertahun menang AIM baru skrg nk buat movie....tp pemilihan heroib hauk sgt....stok2 drama ja ristina muneem tu

Yg Jwanita ni meols x faham apsal sminggu lps Polis Evo? Dua2 under astro shaw tp astro promosi polis evo kaw kaw sejak dua bulan lepas
Mohon weekend ni Maya Karin buat kemunculan di konsert AF utk promosi
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimbom replied at 26-9-2015 10:42 AM
GF kontrak - tv3
polis evo - astro
jwanita - ???

Jwanita pun dgn astro
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 02:22 PM | Show all posts
Xpomot pun org tau yg juanita lg bgus pd gf kontrak..aku x leh hadam tgk trailer cita gf kontrek tu...sapa buat weyhhh hazab nyaa jln cerita..pelakon pun sendu..boh dekat tv free pun xrasa nk tgk..pliss laa..tabik pd yg sanggup byq tiket tgk g kontrak..siap ritu teview omputeh mana tah..pasaipa dia tgk aku xsure..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.199269 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list