CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1877|Reply: 3

Tiada Jemaah Haji Malaysia Terbabit Dalam Insiden Rempuhan - Jamil Khir

[Copy link]
Post time 26-9-2015 01:50 AM | Show all posts |Read mode

sumber foto : http://www.bharian.com.my/





Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam tragedi rempuhan ketika melontar jamrah di Mina, semalam.


Beliau berkata, jemaah haji Malaysia berada pada kedudukan tiga kilometer dari tempat kejadian dan hanya jemaah dari negara-negara Arab sahaja yang terlibat dalam kejadian itu.


"Laluan itu bukan laluan jemaah haji negara ini dan setakat pagi tadi (waktu Malaysia) Tabung Haji (TH) memaklumkan tiada jemaah kita terlibat dalam insiden itu," katanya ketika melawat keluarga Allahyarham Shahidan Saad di Kampung Kodiang Lama Luar, Kodiang dekat sini hari ini.


Katanya, insiden itu dipercayai berlaku selepas jemaah haji dari negara Arab keluar dalam jumlah yang besar mengakibatkan mereka berhimpit dalam keadaan cuaca panas sehingga menyebabkan kesesakan nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Dalam insiden itu, lebih daripada 700 jemaah haji meninggal dunia manakala kira-kira 863 jemaah lain cedera dalam kejadian kira-kira 11 pagi di Jalan 204 di Mina.







berita selanjutnya :bharian.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2015 10:10 AM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:17 AM | Show all posts
syukur la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.338401 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list