CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4577|Reply: 11

[Tempatan] VIDEO: Raja Report Akan Buat Report Polis Terhadap Raja Bomoh

[Copy link]
Post time 22-9-2015 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Video: Hormat Raja Bomoh Tapi Ayah Akan Buat Laporan Polis – Rani Kulup
Posted on September 22, 2015 by Abdul Mursyid Zainuddin|

        
                        
KUALA LUMPUR
– Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah akan membuat laporan polis berkaitan ritual yang mengandungi unsur syirik oleh Raja Bomoh Malaysia (Ibrahim Mat Zin).

Menurut pesara tentera itu, beliau bersetuju pada awal ritual yang dilakukan Ibrahim, bagaimanapun ritual itu seakan tidak betul apabila memasukkan perkara pelik yang boleh melanggar akidah sebagai seorang Islam.

“Raja bomoh ok. Bomoh tu bomohlah. Dia berdoa dengan Allah s.w.t tu saya setuju sangat.

“Tapi ada benda yang saya rasa tak berapa setuju dimana dia menggunakan ais batu. Benda benda seperti itu yang jadi kontroversi, ” katanya selepas merasmikan sebuah buku berjudul ‘Rani Kulup #kipidap di Batu Caves, Selangor, petang tadi.

Bagaimanapun menurut Rani, beliau sangat menghormati Raja Bomoh Malaysia. Namun, disebabkan tidak bersetuju dengan penggunaan benda kurafat, menyebabkannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap ritual Raja Bomoh itu.

Katanya yang turut meminta supaya Raja Bomoh menghentikan perbuatan yang berupa syirik dan boleh mengelirukan rakyat.

Terdahulu, Rani melancarkan bukunya mengenai laporan polis yang dibuat sepanjang perjuangannya untuk Malaysia. – SuaraTV



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 02:34 PM | Show all posts
2-3 x aku baca tajuk TT
rupanya yg dlm gambo tu raja report yer?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:35 PM | Show all posts
kipidap sis.....kakak vangga
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:37 PM | Show all posts
mohon dua dua pergi bersenam
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:43 PM | Show all posts
Kipidap. Dongibab
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 02:45 PM | Show all posts
repot ja yah... aku masih x boleh nk hadam dia still guna kaedah teropong dia tuhh... mak aii

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2015 03:17 PM | Show all posts
aku harap ayah bomoh gi tampo ayah rani kuncup laju laju nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 05:42 PM | Show all posts
kalo dua2 gado spe menang ek? saiz samer da...
hehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 orang perak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 06:33 PM | Show all posts
Unsur syirik dan kurafat dicampur aduk dgn agama.... Utk tatapan umum pulak tu... Kalau dia buat dlm rumah dia lantaklah dia lah kan... Ini buat perbuatan tu utk dpt publisiti meluas.... Patut dipantau
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 09:04 AM | Show all posts
2x2 memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 10:46 PM | Show all posts
Apa yg king of witch ni buat sampai king kipidad hangin?apa kaitan dgn iceberg?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.596112 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list