yuhuuuu...iols check innnn...
Menerusi drama arahan Michael Ang dan terbitan Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. itu Ayda memegang watak anak orang kaya bernama Farah. Farah bercinta dengan Razlan (lakonan Aiman Hakim) yang juga kawan baiknya sejak kecil. Namun percintaan mereka dihalang ibu mereka yang bermusuhan.
“Disebabkan halangan keluarga, maka Farah dan Razlan terpaksa keluar dating senyap-senyap. Bila keluarga dapat tahu, Farah dan Razlan dihalang berkahwin. Disebabkan putus asa dan kecewa, Farah kahwin dengan lelaki jauh berusia.
“Hidupnya bertambah derita apabila mendapat anak mengidap penyakit jantung. Bagi menyelamatkan nyawa anaknya, Razlan memaksa suami Farah menceraikannya,” cerita Ayda.
Antara babak menarik drama Sesal Separuh Nyawa lakonan Ayda Jebat dan Aiman Hakim Ridza
Lebih dua minggu berada di Amsterdam daripada 16 September lalu sangat menyeronokkan heroin drama Rindu Awak 200 % dan Maid ini.
“Sebelum ini kerjaya lakonan turut membawa saya melihat negara luar lain seperti Istanbul, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Kali pertama sampai Amsterdam sangat mengujakan. Biarpun penat shooting tetapi menggembirakan.
“Banyak pengalaman best berlakon di negara orang misalnya kena naik tren untuk pergi dari satu lokasi ke satu lokasi penggambaran. Bahkan, kami di sana saling membantu,” terangnya tentang drama untuk siaran Astro tidak lama lagi.
Ayda yang baru muncul dengan single pertama, Siapa Diriku turut tidak sabar membuat persembahan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) pada 8 November depan.
“Untuk persembahan itu nanti saya akan menyanyi sambil bermain piano. Ini masanya buktikan saya bukan sahaja boleh berlakon dan menyanyi tetapi mahir main alat muzik,”ungkapnya.
Segmen persembahan tersebut adalah untuk beberapa pelakon yang boleh menyanyi dan bermain alat muzik. Antara nama pelakon lain yang dijangka terlibat ialah Marsha Milan, Izzue Islam dan Ungku Ismail Aziz.
Bintang drama yang tengah hangat jadi rebutan pengarah dan produser.
Last edited by suffiya.aziera on 6-10-2015 09:41 AM
|