CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7297|Reply: 3

MTV WORLD STAGE MALAYSIA 2015 MENAMPILKAN ARTIS JEPUN BUAT PERTAMA KALINYA

[Copy link]
Post time 21-9-2015 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 21-9-2015 03:54 PM


Kuala Lumpur - MTV World Stage Malaysia 2015  telah berlabuh seminggu yang lepas iaitu pada 12 September 2015. Dengan kehadiran lebih dari 20,000 penonton bukan saja dari dalam tapi juga dari luar negara. Sepertijuga tahun sebelumnya lokasi rasmi konsert bertaraf dunia ini berlangsung di taman tema popular iaitu Sunway Lagoon. Pada tahun ni barisan artis tempatan dan antarabangsa yang mewarnakan pentas MTV World Stage Malaysia 2015 adalah Stacy dari Malaysia, APINk dari Korea, SEKAI NO AWARI dari Jepun, Carly Rae Jepsen dan Jason Darulo dari Amerika Syarikat.

Pada hari yang sama sebelum konsert bermula, telah diadakan sidang media.  Apa yang ingin diperkatakan berkenaan sidang media ini adalah slot temuramah setiap artis adalah selama 20 minit dan sudah tentu memberikan ruang yang banyak kepada para media untuk melontarkan pelbagai soalan kepada para barisan artis. Artis pertama yang tampil dimulai dengan kumpulan APINK. Disusuli dengan SEKAI NO AWARI. Kemudian Carly Rea Jespen dan terakhir adalah Jason Darulo. Disebalik kegembiran para media kerana dapat bertemu dengan barisan artis luar negara, terbit rasa terkilan kami kerana dikabarkan Stacy tidak ingin mengadakan sidang media walaupun pada pandangan kami ini adalah salah satu platform bagi beliau memperkenalkan diri untuk berkembang maju kehadapan oleh kerana sidang media tersebut dihadiri media antarabangsa. Terasa peluang sebegini terlepas begitu saja.

MTV World Stage telah melakukan satu pembaruan pada tahun ini,untuk pertama kalinya telah menyenaraikan beberapa artis Malaysia yang berpotensi dan berbakat dengan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk memilih siapakah artis yang layak mewakili Malaysia secara undian menerusi laman web MTV World Stage Malaysia 2015  selama 2 minggu dengan menggunakan hastage #malaysianmost wanted dan hasilnya penyanyi muda dan cilik iaitu Stacy yang terkenal dengan gaya tariannya yang lincah diatas pentas telah dipilih oleh peminat.  Diketika para artis lain sibuk sidang media, Stacy berserta krunya pula bertungkus lumus berlatih gigih disebabkan Stacy merupakan artis pertama yang membuka tirai pentas MTV World Stage Malaysia 2015. Walaupun terdapat desas desus ada artis yang mempertikaikan mengapa Stacy terpilih dan dalam masa yang sama pula media tempatan rasa terkilan mengapa Stacy cuma diberi ruang beraksi dihadapan peminatnya dengan hanya sebuah lagu saja namun ternyata kemunculan lagu 'Not For Sale’ dengan iringan Altimet membuktikan pemilihan undian oleh peminat tidak sia-sia dan walaupun berbekalkan hanya dengan satu lagu namun persembahan pembukaan oleh Stacy dengan vokal dengan iringan kumpulan penari beliau yang mantap telah berjaya mencuri perhatian ramai.


Menyusul sejurusnya adalah artis kumpulan dari Jepun iaitu SEKAI NO AWARI terdiri dari 4 anggota iaitu  Nakajin (band leader, lead guitar, sound production); Fukase (Lead vocals, band conceptualist); Saori (stage production, piano); DJ LOVE (sonic palette, comedic stage banter). Disebabkan keunikan yang terdapat pada kumpulan ini telah menarik minat pihak MTV dan menjadikan mereka artis pertama mewakili Jepun pada tahun ini. Sesuatu yang menarik kalau para artis lain sudah tentu terang-terangan mempamirkan keterujaan dapat beraksi di pentas antarabangsa MTV World Stage tapi berlainan pula bagi Jpop band ini. Walaupun secara peribadi mereka memang teruja namun mereka tidak boleh mempamerkan kegembiraan dan tidak pernah memperkatakan pemilihan mereka kepada umum disebabkan menghormati dan menjaga perasaan artis Jepun lain yang ada mempunyai rasa terkilan mengapa mereka yang terpilih. Dalam masa yang sama, oleh kerana ini adalah kunjungan pertama mereka ke Malaysia maka dalam diam mereka melakukan persediaan dan berhati-hati dalam pemilihan lagu dengan memilih satu lagu Jepun dan 4 buah lagu english dimana salah satu lagu tersebut adalah khas dipersembahkan untuk peminat mereka di Malaysia. Latihan vokal diantara Fukase dan Saori dilakukan lebih kerap dari biasa. Saori yang merupakan satu-satunya wanita didalam kumpulan tersebut memberitahu bahawa mereka berempat merupakan teman baik yang membesar bersama-sama kerana mereka tinggal di kejiranan yang sama. Malahan yang lebih mengejutkan adalah mereka sejak kumpulan ditubuhkan sehingga kini mereka masih tinggal serumah bersama dan tidak pernah berpisah. Manakala kesemua lagu adalah ciptaan mereka sendiri. Set pentas yang disediakan oleh pihak MTV pada tahun ini adalah berkonsepkan futuristik memang sangat bersesuaian dengan konsep persembahan SEKAI NO AWARI atau dalam bahasa english bermaksud END OF THE WORLD yang banyak berbentuk fantasy dengan element 3D. Walaupun ramai peminat yang masih tidak biasa dengan lagu mereka namun persembahan mereka memang sangat memukau terutama bila lagu "SOS" rupanya adalah hadiah khas kepada peminat Malaysia kerana lagu yang menjadi lagu tema untuk filem Jepun "ATTACK ON TITAN END OF THE WORLD" yang ditayangkan pada 19 September 2015 di Jepun dan pelancaran music video lagu ini dilancarkan pada 18 September 2015. Peminat di Malaysia adalah negara pertama yang mendengar dan melihat mereka mempersembahkan lagu ini secara 'live'. Ketika lagu terakhir mereka iaitu 'Dragon Night' disampaikan barulah kelihatan peminat turus sama menyanyi lagu ini. Kepada MTV, diharapkan artis dari Jepun terus dikekalkan didalam senari penghibur pada tahun hadapan dan seterusnya.

Senarai lagu mereka :
1.     Anti-Hero
2.     Mr. Heartache
3.     3. Death Disco
4.     SOS
5.     Dragon Night

APINK… hmm x perlu diperkenalkan lagi. KPop adalah tarikan yang paling utama untuk pentas MTV World Stage Malaysia. Jeritan tanpa henti-henti dari 'PINK PANDA’ nama fanclub APINK kedengaran sepanjang persembahan mereka. Sepertimana pakaian mereka semasa sidang media begitu juga ketika diatas pentas, berpakaian serba putih dan agak kelihata sopan seadanya. Malahan tampak 6 gadis jelita iaitu Park Cho Rong (Leader), Yoon Bo Mi, Jung Eun Ji, Son Na Eun, Kim Nam Joo dan Oh Ha Young ini bergurau senda riang dengan peminat bila kelihatan belon-belon gergasi yang berwarna pink dilontarkan kearah peminat. Semasa sidang media, soalan berkenaan dengan fesyen, keterujaan mereka sebab terpilih untuk tahun ini dan berkongsi pentas dengan artis antarabangsa. Makanan yang mereka ingin cuba ketika di Malaysia adalah Nasi Lemak. Manakala suasana disulami dengan gelak ketawa oleh para media bila jawaban untuk supaya kelihatan sentiasa ‘cool’ ketika cuaca panas dan berjerebu ini. Mereka kata hadapinya dengan senyuman manis dan bila tersenyum kita akan merasa ‘cool’. Peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia pada masa akan datang pula, semuanya bergantung dengan jadual dan yang paling penting adalah sokongan dari peminat di Malaysia. Dengar tu ‘PINK PANDA’ teruskan sokongan anda dan terus mencintai mereka dan semoga mereka dapat merasainya dan menjadi sebab untuk mereka datang kembali ke Malaysia untuk berjumpa dengan anda.

Senarai lagu mereka :
1.      No No No
2.      Mr. Chu
3.      LUV
4.      Remember

Kini giliran artis antarabangsa iaitu Carly Rae Jepsen mengambil alih pentas. Pemenang tempat ke-3 dalam Canadian Idol pada 2007 ini pernah menarik minat Justin Bieber apabila lagu hit beliau “Call Me Baby” menjadi siualan Justin Bieber, Salena Gomez dan Ashley Tisdale sehingga beliau disambar untuk menjadi salah satu artis rakaman dibawah naungan yang sama dengan Justin Bieber. Seperti juga lagu sebelum ini, album terbaru EMOTION juga ditulis sepenuhnya oleh Carly yang katanya adalah sedikit bersifat peribadi disebabkan percintaanya yang terputus ditengah jalan sehingga menyebabkan beliau berpindah terus ke New York. Dalam lagu terbaru hit beliau iaitu ‘Runway With Me’ terdapat penampilan istimewsa pelakon Tom Hanks. Dalam sidang media, Carly menyatakan biarpun diatas pentas atau dimana saja, fesyen pakaian bukan topik utamanya dan beliau tidak pernah risau malah beliau akan memakai pakaian apa saja yang beliau anggap sesuai dan santai. Tapi satu saja yang beliau takuti adalah tidak dapat menulis lirik lagu kerana perkara ini adalah paling disukainya sekali malahan tidak kira dimana saja sebelum tidur atau dibilik air pena dan kertas tidak pernah lekang dari sisinya. Hubungan kekeluargaan juga amat penting baginya. Kesemua pengiring music adalah kebanyakan adalah rakan lamanya. Malah pengurusnya juga dari sejak beliau bermula sehingga kini adalah orang yang sama biarpun syarikat rakaman pernah menawarkan pengurus baru kepada beliau. Kekuatan ikatan kekeluargaan membuatkan beliau sentiasa fokus dan sentiasa mengingatkan dimana beliau bermula dan dia ingin mengekalkan keadaan sebegitu sampai bila-bila. Carly juga sempat mengadakan sesi ‘Fansign’ bersama peminatnya untuk promosi album terbaru ‘EMITION’ dibawah kendalian Universal Music Malaysia. Ketika persembahan Carly memilih berpakaian mini dress namun masih kelihatan sopan. Diiringi dengan kumpulan pemusic dan penyanyi latar, Carly mempersembahkan 9 buah lagu pada malam tersebut dimulai dengan lagu hit dari album terbaru 'Runaway With Me’ dan diakhirn dengan 2 buah lagu hit lamanya dimana kelihatan peminat bernyanyi bersama-sama dengan lagu 'Call Me Maybe’ dan juga 'I Really Like You’

Senarai lagu :
1.      Runaway With Me
2.      Emotion
3.      Tonight I’m Getting Over You
4.      Boys Problem
5.      Your Type
6.      Let’s Get Lost
7.      All That
8.      Call Me Maybe
9.      I Really Like You.

Persembahan penutup diakhiri dengan kemunculan Jason Derulo yang agak lewat 40 minit, dikabarkan adalah disebabkan sedikit masalah teknikal dengan kumpulan pemusic pengiring beliau. Pengunjung dibiarkan menunggu dalam teka teki hanya dihiburkan dengan music video dari papan litar dan iklan MTV yang berlambak sehinggakan membuat pengunjung kebosanan dan yang dilihat meninggalkan tapak konsert disebabkan kebosanan. Entah dimanakah VJ Allan dan VJ Han Lin telah menghilang kerana sekiranya mereka tanpil di pentas berkemungkinan kejengkalan pengujung akan terubat sedikit dengan coloteh mereka berdua.

Sidang media terakhir bersama Jason Derulo yang tampil ringkas seperti beliau ingin pergi ke ‘gym’ agak tidak sesuai berhadapan dengan media. Apatah lagi ini adalah sidang media antarabangsa dan rasmi. Namun sifat rendah diri, peramah dan hormat beliau telah menutup segala kekurangan berlaku walaupun nama beliau sangat besar didalam industri music antarabangsa. Seperti juga Carly, beliau merupakan penulis lirik yang berbakat dan bermula dengan menulis lirik untuk beberapa artis ternama seperti Lil Wyne, Pitbull, P Daddy dan Sean Kingston sehingga mengambil keputusan untuk tanpil sebagai artis penyanyi solo. Disamping itu juga beliau merupakan penari yang hebat dan pernah menjadi guru tari berpasangan dengan Kelly Rowland untuk program realiti tv Australian dance talent "Everyboday Dance Now". Terkini Jason juga adalah salah seorang juri untuk "So You Think You Can Dance" untuk program realiti Amerika. Jason sebelum ini pernah ditimpa kemalangan retak tulang belakang semasa beliau melakukan sesi latihan untuk persediaan konsert jelajah dunia pada tahun 2012 sehingga memaksa beliau untuk membatalkan konsert jelajah tersebut. Jason berkata pada ketika itu adalah sudut terburuk dengan mimpi ngeri dalam hidupnya kerana kesukaran bergerak biarpun hanya untuk mengangkat tangan saja. Beliau mengambil masa tempoh 7 bulan untuk berusaha pulih dan disebabkan insiden tersebut beliau merasakan mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan dalam melakukan perkara yang beliau paling sukai dan sekiranya diberi pilihan beliau memilih nyanyian dari tarian. Keluarga dan teman rapat adalah merupakan kekuatanya dan sentiasa meletakkan mereka rapat dengan beliau. Walaupun beliau sering berkolaborasi dengan beberapa artis ternama namun Jason berkata beliau tidak pernah meletakkan pilihan dalam memilih secara tiba-tiba dalam situasi mendadak apatah lagi artis tersebut tidak beliau kenali secara dekat walaupun artis tersebut popular sekali pun. Semuanya datang secara semulajadi kerana ianya bermula apabila terjadi suatu projek yang melibatkan mereka sebelum dan dengan secara semulajadi mereka akhirnya bersetuju berkolaborasi sekiranya keserasian tersebut berterusan. Nasihat Jason kepada artis yang baru berbakat yang ingin memulakan langkah melalui apa saja platform adalah teruskan usaha dan jangan pernah putus asa sehingga berjaya.

Pada malam persembahan, Jason muncul dengan pakaian serba putih dan yang lebih menghiburkan pengunjung terutamanya Malaysia kerana salah seorang pengiring music iaitu DJ Joe Murphy muncul dengan memakai jersey Harimau Malaya. Persembahan yang mantap dan dengan tarian yang bertenaga telah menghilangkan segala keresahan dan kebosanan peminat. Apatah lagi rata-rata pengunjung sudah arif dengan lagu-lagu beliau. Mempersembahkan 14 buah lagu dengan uraian lagu popular seperti 'Marry Me' membuatkan pengunjung seperti dilamun cinta kembali. Interaksi diantara Jason dan pengujung juga banyak membantu dan menghiburkan. Ketika lagu terakhir 'Pull Up', Jason sempat mengajar beberapa langkah tari dan mengajak peminat untuk menari bersama. Di penghujung lagu dentuman pertunjukan bunga api menandakan 'the show is over'

Senarai lagu :
1.    In My Head
2.    Wiggle
3.    Trumpets
4.    The Other Side
5.    Marry Me
6.    Whatcha say
7.    Ridin’ Solo
8.    It Girl
9.    Cheyenne
10.  Breathing
11.  Don’t Wanna Go Home
12.  Talk Dirty
13.  Want To Want Me
14.  Pull Up

MTV World Stage Malaysia 2015 ini dibawakan khas oleh Sunway dan disokong oleh Tourism Malaysia dan disemarakan lagi di Malaysia oleh Xpax, dibawa kepada anda oleh Brickfields Asia College, Watsons Malaysia, disokong oleh rakan kongsi tempatan penyiaran Astro, radio rakan Hitz FM , ERA fm dan MY FM, dengan media rakan kongsi Big Tree Outdoor , Cleo , EH ! , Hype Malaysia, Selebriti Online, TimeOut KL dan majalah YG .

Anda jangan lupa untuk menonton konsert ini yang akan ditayangkan secara eksklusif oleh saluran MTV Asia (Astro chanel 713) Malaysia pada SABTU 26 September pada pukul 3.30 petang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak MTV dan Edelman Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada pihak CARI Malaysia membuat liputan sepanjang MTV World Stage Malaysia 2015 ini. Jumpa anda semua lagi pada tahun hadapan dengan barisan artis yang lebih gempak dan hebat.

Artikel oleh : isabel
Gambar oleh : Jurugambar rasmi pihak MTV World Stage (Aloysius Lim, Kristian Dowling, Alec Wong, Lucas Lau dan Aizar Ady Ikram)

NOTE : photos selanjutnya boleh jengah ke : https://www.facebook.com/asiancelebiritescariforum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2015 02:42 PM | Show all posts
kalau kuar kat tv nanti, mesti dah banyak scene potong-potong. konsert yang 4-5 jam jadi setengah jam jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 03:28 PM | Show all posts
sekai no owari !!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2015 09:26 AM | Show all posts
Themilo replied at 21-9-2015 02:42 PM
kalau kuar kat tv nanti, mesti dah banyak scene potong-potong. konsert yang 4-5 jam jadi setengah ja ...

biasa la kat tv...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.132034 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list