CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18058|Reply: 126

[Tempatan] Ditembak empat das, maut terkena tembakan di kepala. Update, report polis #15

[Copy link]
Post time 18-9-2015 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-9-2015 03:58 AM

Ditembak empat das

Oleh Shahrulnizam Mohamad  
[email protected]
http://www.hmetro.com.my/node/78401


MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan polis

Kuantan: Lelaki maut terkena tembakan di kepala di depan restoran di Jalan Tun Ismail, di sini, 2.37 pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dan dikenali sebagai Arzurizan Abdul Rahman, 39, cedera parah di bahagian kepala.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa keluar dari restotan berkenaan bersama dua rakannya menuju ke kereta sebelum sekumpulan lelaki menaiki kenderaan jenis Proton Waja dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu melepaskan empat das tembakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan polis akan memanggil dua rakannya itu untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
inna lillahi wa inna ilaihi roojiun
semoga sempat taubat atas semua perbuatannya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:04 AM | Show all posts
Hok aloh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:05 AM | Show all posts
takziah.... makin tak aman la kuantan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:12 AM | Show all posts
Scarynya qtan. Gang rival ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya nak kena tembak sekarang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2015 11:14 AM | Show all posts
2.37AM duk makan tak habis2 kejadahnya...
tak reti duk umah ke mlm2 jumaat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:23 AM | Show all posts
selalunya kes2 kena tembak ke, kena bunuh ke, selalu berlaku diantara pukul 12 pagi ke 3,4,5 pagi...

sebab tu lar orang2 tua tak bagi keluar lewat2 malam sampai ke pagi, mengundang bahaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 11:26 AM | Show all posts
dh mcm kt luarnegeri suka2 jer main tembak2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:29 AM | Show all posts
zulka replied at 18-9-2015 11:14 AM
2.37AM duk makan tak habis2 kejadahnya...
tak reti duk umah ke mlm2 jumaat ni...

tu pasal...gaya macam orang takde rumah duk makan kat luar kul 2 pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:32 AM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:43 AM | Show all posts
dgr citer arwah ni ayahnda pekida kuantan yer...ada sesape org kuantan yg boleh bagi pencerahan? ayahnda pekida tapi katanya ada crime cases jugak. Menurut wasap2 yg aku dpt dia baru lepas ber karaoke dgn dgn 2 pmpuan, pstu ondway nak balik masuk kete tu yg kena. Sadis betul cara kematian..semoga Allah ampunkan dosa2nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:46 AM | Show all posts
zulka replied at 18-9-2015 11:14 AM
2.37AM duk makan tak habis2 kejadahnya...
tak reti duk umah ke mlm2 jumaat ni...

yang kawin boleh la dok umah...yang menyingle, kesurupan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:54 AM | Show all posts
perghh Malaysiaku !!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:56 AM | Show all posts
Edited by MissMamamia75 at 18-9-2015 01:58 PM
NBM replied at 18-9-2015 11:43 AM
dgr citer arwah ni ayahnda pekida kuantan yer...ada sesape org kuantan yg boleh bagi pencerahan? aya ...

saya ada details report polis tu..
Ayahanda Pekida ni...mmg set2 Gedebe org kata..
dulu pernah ada kes gaduh - nama glamer - Zul Badak
kes lama dia di sini - http://duniaitu.blogspot.com/201 ... esai-kes-gaduh.html

ni report polis utk kes tembakan tu..

Slmt sejahtera Ydh Dato/tn.

■ Mklmn satu kes bunuh dimana seorang mangsa tlh ditembak mati olh saspek 2llki bertopeng pada 18/09/15 @ 0225 hrs di hadapan restoran Alif hdpn MegaMall, Kuantan, Pahang bersangkut Kuantan rpt: 28478/15 (FIR).

■ Sek. 302 KK
■ Peg. Penyiasat: ASP Saudi.

Mangsa :
Arzurizan b. Abdul Rahman
Umur: 39 thn
1). Sek. 323 KK thn 2014
2). Sek. 384 KK thn 2013

Saksi 1: lelaki
Saksi 2: Perempuan
Saksi 3: Perempuan
*nama saksi dan details sudah diremove utk mengelakkan sbrg spekulasi etc atas nasihat ahli CI

■ Fakta kes :
1). Pada 17/09/15 @ 1945 hrs mangsa dan rakannya bernama Johdi b. Jamaludin tlh keluar ke bandar Kuantan dgn menaiki m/Fortunar No. CCV 9663. Mereka terus ke pusat hiburan Xanax Karoake Komplek Teruntum, Kuantan. Mangsa dan rakannya berkaroake bersama 2 wanita bernama Saksi ke 2 & ke 3

2). Pada jam 2030 hrs mangsa dan Saksi Pertama tlh klr meninggalkan karoake dan pergi ke Gebeng, Kuantan. Di Gebeng mangsa dan rakannya duduk didlm kereta di Pam Minyak Caltex kerana ingin berjumpa dgn Ah Heng (taukebauksit) tetapi Ah Heng tdk senang krn sdg bekerja.

3). Pada jam 2330 hrs mangsa dan rakannya tlh pergi ke bandar Kuantan dan berjumpa dgn Saksi ke 2 dan Saksi ke 3 di homestay. Mereka klr minum direstoran Alif bersama 3 llki Melayu rakan mangsa.

4). Pada 18/09/15 @ 0225 hrs selepas selesai minum, mangsa bersama Saksi 1, 2 & 3 tlh menuju ke kereta yg berada di dpn restoran. Semasa membuka pintu kereta, tiba-tiba mangsa tlh ditembak beberapa das olh seorg llki bertopeng pd jarak 10 meter. Selepas melepaskn tembakan, saspek terus masuk ke dlm kereta Proton Waja warna silverNo. WSP 3856 (plat palsu modenas Kriss) dan melarikan diri.

■ Siasatan Di Tempat Kejadian:
1). Di tpt kjdian tlh mjumpai 4 kelongsong peluru M16 jenis CJ 92 diatas jalan.

2). Mangsa dlm keadaan terlentang dgn 3 kesan tembakan iaitu dibahagian leher,dada & pinggang kiri.

3). Berdasarkan keterangan saksi saspek adalah 2 llki yg bertopeng. Jarak kereta saspek dgn kereta mangsa lbh kurang 10 meter.

4). Mengikut saksi senjata yg digunakan mirip @ spt AK 47.

■ Risikan :
1). Mangsa merupakan ahli kumpulan Pakida berpangkat ayahnda di kawasan BktKtn.

2). Mangsa menjalankan aktiviti menjaga kawasan bauksit dgn meminta wang perlindungan daripada pengusaha bauksit di Kuantan.

3). Motif kejadian sebenar masih di siasat.

■ Tindakan :
1). Semakan CCTV di sekitar kawasan tpt kjdian sdg di teliti.

2). Kelongsong peluru akn di htr ke forensik PDRM.

3). Projct meeting akan dibuat pagi ni.

4). Pihak pathologist akn membuat post mortem.

■ utk makluman ydh Dato/tn.
T/kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:58 AM | Show all posts
takziah je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2015 11:59 AM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 18-9-2015 03:56 AM
saya ada details report polis tu..
Ayahanda Pekida ni...mmg set2 Gedebe org kata..
dulu pernah a ...

TQ uols....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 11:59 AM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 18-9-2015 11:56 AM
saya ada details report polis tu..
Ayahanda Pekida ni...mmg set2 Gedebe org kata..
dulu pernah a ...

hhmmmm...dah agak dah mmg gengster la nih...tu la kan, se gah mana pun kalau Allah kata balik..balik la kita..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 12:02 PM | Show all posts
dah agak dah....selalunya org suka keluar2 mkn mlm ni mesti buat keje tak snonoh...
"meminta wang perlindungan daripada pengusaha bauksit di Kuantan"
makan duit lendir la ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 12:07 PM | Show all posts
zulka replied at 18-9-2015 12:02 PM
dah agak dah....selalunya org suka keluar2 mkn mlm ni mesti buat keje tak snonoh...
"meminta wang p ...

org2 mcm ni mmg byk musuh kiri kanan, kalau jadi anak beranak dia lagi la tak selamat, anytime boleh kena aniaya. Dah kawen ke dia ni?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.068792 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list