CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5968|Reply: 61

[Tempatan] Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M

[Copy link]
Post time 17-9-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M
Anthea Yap, Astro Awani | September 16, 2015 23:39 MYT

DR MAHATHIR: Apakah tujuan mereka? Apakah objektif sebenarnya perhimpunan itu? Nampaknya perhimpunan itu menyokong kerajaan. -Gambar fail

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan motif Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di sekitar ibu negara, pada Rabu.

Menurutnya, objektif sebenar perhimpunan tidak dimaklumkan kepada umum sedangkan ia diadakan secara besar-besaran.

"Apakah tujuan mereka? Apakah objektif sebenarnya perhimpunan itu? Nampaknya perhimpunan itu menyokong kerajaan," katanya pada sesi perkongsian kisah pengalaman hidupnya bersama beberapa ikon terkenal tanah air dalam program The Story di Universiti Multimedia (MMU) di sini, hari ini.

Program The Story adalah insiatif Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Generasi Bersatu Malaysia (GBM), bagi membantu pembangunan golongan belia di negara ini.

Sebelum ini, beliau pernah menyifatkan perhimpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung pada sambutan Hari Malaysia tidak memperjuangkan nasib Melayu.

Sebaliknya perhimpunan itu diadakan bagi menentang perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 hingga 30 Ogos lalu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 10:58 AM | Show all posts
motifnya nak tunjuk sapot kpd najib...tu motif utama..lain2 tu sampingan je


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:03 AM | Show all posts
dah tu dia gi berhimpun sebelum tu pakai baju kuning tu boleh lah yer? dia buat boleh orang buat tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:10 AM | Show all posts
hari1 replied at 17-9-2015 11:03 AM
dah tu dia gi berhimpun sebelum tu pakai baju kuning tu boleh lah yer? dia buat boleh orang buat tak ...

ada dia cakap tak leh himpun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:13 AM | Show all posts

Motif berhimpun untuk mempertahankan Maruah Melayu?  Betol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:14 AM | Show all posts
dia cakap pasal motif..

perhimpunan kuning tu jelas motifnya..

yang merah ni aku pun tak tahu apa motifnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Motif nak tunjuk yg diaorg rela diperkuda.
Rela diberi gst,rela ditipu yg ptg dpt baju,duit makan.
Syukur makcik pakcik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:22 AM | Show all posts
semua ni keje org x de otak ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 11:27 AM | Show all posts
Orang yg buat harga brg naik, kos sara hidup tinggi,....org itu yg nk dipertahankan. Apa la punya bangang pemikiran...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:30 AM | Show all posts
kesian pm...kena sogok rm100 utk pujuk org gi MERAH...kata haritu peminat setianya 2 milion org?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat sogok rm100..lain laa rm500...nak jugak aku join. Boleh laa sewa hotel 5 star lepas berdemo....ada belen utk gi cheong
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:52 AM | Show all posts
senaraikan apa yang mereka makan semalam

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 11:58 AM | Show all posts
pakcik makcik tu dari serata tanahair kot..

ibu bapa saya orang felda. felda kat ceruk di hulu sungai kota tinggi johor tu pun ada hantar orang naik bas... kasihan orang2 tua yg tak tahu apa2.. dapatlah tshirt merah free.. bawak sepanduk dan jalan2 KL katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:27 PM | Show all posts
hari1 replied at 17-9-2015 11:03 AM
dah tu dia gi berhimpun sebelum tu pakai baju kuning tu boleh lah yer? dia buat boleh orang buat tak ...

kalau kau check betul-betul perkataan 'boleh' atau 'tak boleh'...
hanya bermula di post kau.
Maknanya orang bukan cakap pasal boleh tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:37 PM | Show all posts
Jerambut posted on 17-9-2015 12:27 PM
kalau kau check betul-betul perkataan 'boleh' atau 'tak boleh'...
hanya bermula di post kau.
Mak ...

Maapkanlah dia. Dia geng Mat MASLAN Cgp 3.85, tu sebab lembam sikit,
payah nak paham tapi nak juga bercakap.......................
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:38 PM | Show all posts
hari1: dah tu dia gi berhimpun sebelum tu pakai baju kuning tu boleh lah yer? dia buat boleh orang buat tak boleh


cam budak2.. haha.. apelah hari1. nk buat something kna ada tujuan. even, jalan tanpa tujuan pn x digalakkan sbb blh jd membazir wang dan masa. jgn main hentam kromo je buat bnd. cmnelah ngra nk maju..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
hari1 replied at 17-9-2015 11:03 AM
dah tu dia gi berhimpun sebelum tu pakai baju kuning tu boleh lah yer? dia buat boleh orang buat tak ...

Bongok. Madet tanya motif perhimpunan bukannya boleh ke x boleh
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:43 PM | Show all posts
badai replied at 17-9-2015 11:58 AM
pakcik makcik tu dari serata tanahair kot..

ibu bapa saya orang felda. felda kat ceruk di hulu s ...

suami makcik aku pun pergi semalam. ada la dalam 30 orang dari kampung dia pergi sebab dapat tajaan bas, makanan dan etc. tapi aku tak salahkan suami makcik aku n penduduk kampung tu. diorang memang tinggal dalam kawasan kampung. nearby perkampungan orang asli. so access to outside world sangat lah limited.
hehe.. yang penting, makcik aku cerita, rumah dia dapat bantuan beras, tepung n gula sebab suami dia pergi perhimpunan tu. dah la dapat duit lagi. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:45 PM | Show all posts
prizadane replied at 17-9-2015 12:43 PM
suami makcik aku pun pergi semalam. ada la dalam 30 orang dari kampung dia pergi sebab dapat tajaa ...

alhamdulillah duit dr derma 2.6 billion dpt juga membantu org2 kampung








Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:48 PM | Show all posts
kecimpret replied at 17-9-2015 12:45 PM
alhamdulillah duit dr derma 2.6 billion dpt juga membantu org2 kampung

kalau satu kampung, 30 orang..kos dah berapa. hehe..

Alhamdulillah, syukur nak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.606992 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list