CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10645|Reply: 58

[Tempatan] Farhah Taharin, Penipu Laman Bilik Sewa I-Bilik Kini Dicari

[Copy link]
Post time 14-9-2015 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Farhah Taharin, Penipu Laman Bilik Sewa I-Bilik Kini Dicari                                Sep 13, 2015                324

Gambar suspek: Farhah Taharin


216Shares


ZAMAN serba canggih kini membuatkan masyarakat beralih kepada membeli barangan mahu pun mencari rumah dan bilik sewa menerusi online.
Malangnya, ada manusia mengambil kesempatan daripada kemudahan teknologi online ini bagi menipu orang ramai.

Salah seorangnya wanita dipercayai bernama Farhah Taharin, yang dikatakan giat menggunakan portal mencari bilik sewa iaitu ibilik.my untuk menipu orang ramai.

Modus operandi wanita ini ialah mengiklankan bilik yang lengkap dengan perabot, selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan pada harga yang agak murah untuk memancing penyewa.

Menurut maklumat mangsa, dia kemudiannya akan memberikan pelbagai alasan supaya mangsa memasukkan wang deposit ke dalam akaun bank miliknya.
Kemudian, dia akan menghilangkan diri dan menyekat panggilan dari mangsa.

Farhah dipercayai melakukan kerja menipu bersama pasangan yang dikatakan suaminya.

Status sebenar tidak diketahui tetapi kini tersebar alamatnya di Felda Sg koyan 3, Raub, Pahang.

Farhah turut mengiklankan bilik-bilik sewa di negeri lain selain kononnya ingin menyewakan bilik di pelbagai lokasi seperti Apartment Mawar dan Melur di Sentul, Vista Angkasa di Pantai Dalam, Alpha Villa berdekatan LRT Wangsa Maju, Pulau Pinang dan banyak lagi.



Menurut maklumat dari seorang mangsa, Farhah seorang yang bertutur dengan yakin dan tenang menyebabkan pengguna mudah mempercayainya.
Selain itu, pasangan Farhah dikatakan akan cuba menjual serta mempromosi alatan seks kepada mangsa.

Salah seorang mangsa berkata, pasangan Farhah pernah cuba meminta gambar payudaranya untuk tujuan yang tidak diketahui menggunakan akaun Whatsapp milik Farhah. Lelaki ini dipercayai menggunakan pelbagai nama, antaranya Mr. Joe dan Amin.

Terdapat sekurang-kurangnya 15 orang telah mengaku ditipu oleh Farhah dan telah membuat laporan polis. Mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Farhah boleh menghubungi Inspektor Yugesh di talian 016-6699788.

Di bawah adalah gambar serta lain-lain aduan mengenai kegiatan menipu daripada individu terbabit. – Mynewshub.cc




Sumber: Amazingnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk lagi cara nk dptkn duit secara halal,bukan dgn cara menipu mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:19 AM | Show all posts
pendek akal. ko nak tipu suh orang masuk no. akaun personal.

mana mau lari
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:32 AM | Show all posts
mesti pompuan ni penganut syiah bermutah..sebb you know why dah berbuih mulut cakap
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:34 AM | Show all posts
repot polis

kasi carik smpai lobang caceng
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:35 AM | Show all posts
Cari dia kt raub laa...nak lari ke mana..biasanya org penipu ni lembut gg dr lidah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 08:39 AM | Show all posts
merangkak la heshe laki bini mencari mangsa-mangsa deyoll di padang mahsyar nanti sis
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
org felda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 09:08 AM | Show all posts
aduhai laaa apa nak jadi la dorang ni
cari wang dengan cara mudah tapi harammmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:14 AM | Show all posts
why susah sangt nk tangkap kalau dah ada account bank no? pastu ada bukti ko deposit duit tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:18 AM | Show all posts
mohon demo dpn rumah melayu penipu ni kat felda sg koyan




Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:21 AM | Show all posts
pihak polis kena amik serious perkara cam nie......
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:24 AM | Show all posts
dun worry. x lama lg kena tangkap letewww..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rhb ke yg reveal butir2 farhan ne ..? Tak beretika dan melanggar PDPA
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:31 AM | Show all posts
senang nya nk dpt duit haramm
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:37 AM | Show all posts
xyah la sensor mata, tayang je muka dia...biar org kmpung sedara mara tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 09:44 AM | Show all posts
berani betul dorang ni menipu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ibilik.my ni mmg tak berapa secure.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:49 AM | Show all posts
kes2 penipuan online mmg dah banyak. malangnya kalau report polis pun polis just boleh ambik report. tindakan susulan apatah lagi action tangkap dan menghukum penipu macam tak ada pun. kawan aku pernah kena tipu beli barang online. buat report bagai. penat dia follow up kat polis. nan hado. padahal kawan aku dah gigih provide segala info pasal situkang tipu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:49 AM | Show all posts
bangang punya reporter, nak suh orang jaga2 pasal minah nih, dia pi censored muka dia...

apa ke khinzir cadbury nya mentaliti wartawan mesia ini?
toksah la buat news camnih, suh hatuk neneks ko jek la carik sesapa yg censored muka camnih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.281660 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list