CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9689|Reply: 137

[Tempatan] Cadangan tutup sekolah jika IPU 150 bukan 200 pg#6

[Copy link]
Post time 12-9-2015 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 16-9-2015 09:33 AM

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan telah menghantar surat pekeliling bagi memberi kebenaran kepada guru besar membuat keputusan menutup sekolah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 200. Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan juga mengingatkan pelajar terutama yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi supaya tidak menyertai aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah jika bacaan IPU melebihi 100.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampung Bahasa Inggeris di Dewan INTEC, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini. Bacaan IPU antara 0 dan 50 ditarifkan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas ditarifkan sebagai berbahaya. Dalam pada itu, Kamalanathan berkata kementeriannya telah menerima cadangan supaya mempertimbangkan usaha memperkenalkan penilaian lisan bahasa Inggeris untuk murid Tahun Lima di sekolah rendah.

Beliau berkata penting bagi kementerian menilai kefasihan murid bertutur dalam bahasa Inggeris selain membantu guru-guru menilai kefahaman bahasa murid mereka pada peringkat awal. "Pada masa ini, enam tahun pertama peringkat sekolah rendah tidak ada penilaian terhadap keupayaan murid bertutur bahasa Inggeris kecuali melalui peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). "Sebab itu ada cadangan supaya kementerian boleh memberi pertimbangan mengadakan penilaian lisan bahasa Inggeris untuk murid Tahun Lima," katanya. Bagaimanapun, katanya cadangan penilaian lisan itu tidak berorientasikan peperiksaan dan menambah beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan input berhubung cadangan itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
200 tu bukan dah terlalu tinggi sangat ka?

Mcm dah kelam tak nampak apa dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 11:07 PM | Show all posts
100 ke atas dah bisa buat sesak napas ..rimas...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
107 sekolh dah berkabut..kepala dah sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sangat anak anak ni. Aku rasa patut letak penyebab jerebu ni dalam box kaca salur asap. Mati pun tak pa dalam tu. selayaklah. damn u si pembakar
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 12:51 AM | Show all posts
IPU 136 skng ni pon dah terseksa...ni pulak 200 nnt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2015 01:16 AM | Show all posts
tempat iols 87 pon dah kelam nok...matilaa shah alam 140 dah sekarang paling tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
SBg cg aku dh brape thn merasa jerebu smpai satu tahap pengetua bg balik awl sbb darurat.pengetua skarang kemut.trlalu rigid dn skima.selalu plg teruk ms hala ke ptg.serius aku lbh kesian kt budak2..dlm kelas pun blh bau asap tu.turun naik tangga bangunan ..tarik nafas skali dgn jerebu.bkn mcm sek elit atau sek swasta yg ada ekon.plg sedih bila masuk opis..tgk kerani dan pengetua sedap duduk dlm blk ber ekon,sejuk..kami guru dan murid mkn asap dgn bahang hangat.sumpah terasa hati woo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2015 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh bbrapa ari sakit tekak.mata pedih..ngn jerebu yg mkin truk lately..babi btoi ngara yindon..tiap2 thn de je mslh jerebu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 05:06 PM | Show all posts
kena ganti balik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 05:09 PM | Show all posts
abistu yg keje opis ni apa cite?  x kan nak keje plaks
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 06:19 PM | Show all posts
duyong95 replied at 13-9-2015 05:09 PM
abistu yg keje opis ni apa cite?  x kan nak keje plaks

Kementerian tak kesian kat budak ker.Nape nak kena tunggu cecah 200, hat yang 100 lebih ni pun ramai budak semput.
Esok lusa bila dah melarat sakit bebudak semua, baru laa keluar ayat macam yg selalu kita dengar...:

"Kami akan mengkaji semula...."

Sebab kita (dibaca kementerian) sinonim sangat dengan ayat skema diatas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2015 06:22 PM | Show all posts

yap. kena ganti

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata pedih .. Batuk2 lg .. Jahanam yindon ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla tutup.....petang ni pun kat pusat bandar shah alam dah kelam dgn Jerebu ...tebal gila dah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 06:54 PM | Show all posts
moh kita melancong ke bumi lancang kuning... bukak 24 jam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2015 08:29 PM | Show all posts
Kerêta_Angin replied at 12-9-2015 10:54 PM
moh kita melancong ke bumi lancang kuning... bukak 24 jam

I rasa pemerintah pusat korang kena do something lar, bang keter. Kalau kat sineh pun dah seksa, inikan pulak korang. I takleh bayangkan kalau hader set2 yang sempott kat tempat korang. Maunye nazak teruss! Wouiiiiiiii bapak Presidennnnn resolusinya apaaaannnnn??!!!! Cepatin dongggg!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun posted on 13-9-2015 12:29 PM
I rasa pemerintah pusat korang kena do something lar, bang keter. Kalau kat sineh pun dah seksa, i ...

semput lepas tu mampos terus la   ye dak..

tak boleh nak ckp apa dah... hadap je lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
patut bw negara ni ke mahkamah antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun posted on 13-9-2015 12:29 PM
I rasa pemerintah pusat korang kena do something lar, bang keter. Kalau kat sineh pun dah seksa, i ...

masing2 kawasan ipu bervariasi .. ada yg mencecah lebih 400 mcm yg kat kawasan jambi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.073724 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list