CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9906|Reply: 19

LESTARY: LARI MIRA ( NAZRIEF NAZRI, NINA ISKANDAR DLL)

[Copy link]
Post time 11-9-2015 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Salam....
sy newbie, tak tau dah ada ke belum thread drama Lari Mira ni.
dah mula tayang 9 sept.
mcm best je cerita ni.



Drama terbaru arahan Feroz Kader berjudul Lari Mira akan menemui penonton di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar bersama pelakon dari Indonesia iaitu Erlando Saputra dan juga Nazrief Nazri dari Malaysia. Cerita ini berdasarkan kisah benar daripada kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004 lalu. Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Banda Acheh. Bersiaran mulai 9 September 2015, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam bermula 9 September 2015 di slot Lestary TV3.

JUDUL : LARI MIRA
EPISOD : 14 episod
TARIKH / MASA : 9 September 2015 (Rabu & Khamis 9.00 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP: Sofea J Rhyland
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON :  Nina Iskandar, Erlando Saputra, Nazrief Nazri, Fazlina Ahmad Daud, Airiz Yasmin, Cut Okta, Umbu Deniro, Shinta Miranda, Erul Samah, Razma Azaela, Manan Sulaiman, Farhanna Qismina, Ieka Simon, Muhammad Riki Sapari, Kay Maria, Jasmine Ashraff


WATAK PELAKON
Nina Iskandar sebagai Mira
Nazrief Nazri sebagai Yusof
Erlandho Saputra sebagai Adi
Airis Yasmin sebagai Dr. Zuli
Umbu Abdullah sebagao Rio
Ieka Simon sebagai Jiji
Cut Okta sebagai Cut Syuhada


SINOPSIS LARI MIRA THE SERIES
Misi menyelamatkan diri selepas bencana tsunami. Cemas dan buntu. Mira hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan mencari ahli keluarganya yang hilang selepas sedar diri dalam tragedi Tsunami yang melanda Banda Acheh. Dalam keadaan yang masih sedih dengan kehilangan ibu bapanya, dia diperdaya dan terperangkap dalam muslihat sindiket pemerdagangan manusia. Bagaimanakah dia menyelamatkan diri dan kembali ke tanah air?

Mira sibuk dengan persediaan majlis perkahwinannya. Dia mengimpikan majlis perkahwinan dalam taman tetapi ibunya, Indah mahukan konsep yang berbeza iaitu tradisional Acheh. Tanpa pengetahuan Mira, ibunya telah memulakan persiapan mereka sekeluarga ke Acheh. Mira marah dan merajuk dengan ibunya.
Pada masa yang sama, Mira bergaduh dengan tunangnya Yusof kerana mendapati Yusof masih berhubung dengan bekas kekasihnya. Mira bertolak ke Banda Acheh tanpa mendengar penjelasan daripada Yusof.

Majlis perkahwinan di Acheh bertukar menjadi tragedi apabila dilanda Tsunami. Selepas sedar diri, Mira mendapati dirinya ditimbun dalam runtuhan bangunan. Mira bersendirian di lokasi yang dia tidak ketahui. Apa yang dilihat di sekelilingnya hanyalah mayat dan lumpur.

Dalam keadaan yang tidak tentu arah, Mira didatangi oleh Rio yang berpakaian baju seragam penyelamat. Mira dibawa ke sebuah pusat untuk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan ke suatu tempat yang terpencil, Mira berasa pelik kerana dibawa jauh dari Banda Acheh. Namun, disebabkan keletihan dan kecederaannya, dia tidak banyak bertanya. Mira berkenalan dengan Muthia yang juga berada di dalam van yang dinaikinya.

Sementara itu, Yusof tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Acheh mencari Mira walaupun dihalang oleh keluarganya. Setibanya dia di sana, dia bertemu dengan Dr Zuli dan menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara supaya lebih mudah mendapatkan maklumat tentang Mira.

Pada suatu malam, Muthia terdengar perbualan Rio dengan seseorang bahawa ingin menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri bersama. Berjayakah Mira dan Muthia melarikan diri? Berjayakah Mira mendapatkan bantuan? Siapakah Adi yang ditemui oleh Mira? Bertemu kembalikah Mira dan Yusof?









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 04:15 PM | Show all posts
cerita ni baru ditayangkan di tv3...baru tgk 2 episod, mcm menarik...kita follow dulu..tgk cemana nnt...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 04:43 PM | Show all posts
sy suka cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 10:03 PM | Show all posts
kisah tsunami....

cuma bhgn kena tsunami tuh....tak real sgt laaa
mira jadi gitu je
mcm gempabumi.....then....jadi dah

kot2 akan dtg lagi ok maybe laaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 10:04 PM | Show all posts
rambut si nina tuh...kuning gila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 07:58 AM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 13-9-2015 10:04 PM
rambut si nina tuh...kuning gila

rimas tgk colour rambut nina tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 01:36 PM | Show all posts
d_dalia replied at 14-9-2015 07:58 AM
rimas tgk colour rambut nina tu

kannn....over sgt....

tp skrg in real dia dah bertudung kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2015 02:37 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 14-9-2015 01:36 PM
kannn....over sgt....

tp skrg in real dia dah bertudung kan

dia mmg bertudung dulu...
tapi dah bukak tudung lepas dia putus tunang..kontrovesi jugak masa tu, ramai gak yg hentam dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 03:56 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 14-9-2015 01:36 PM
kannn....over sgt....

tp skrg in real dia dah bertudung kan

dia dah bukak tudung pun, taknak hypocrite katanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 01:42 AM | Show all posts
d_dalia replied at 14-9-2015 02:37 PM
dia mmg bertudung dulu...
tapi dah bukak tudung lepas dia putus tunang..kontrovesi jugak masa tu, ...

ooooo dah buka ke??? alahai....dia lagi cantik bertudung kan

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 01:43 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 14-9-2015 03:56 PM
dia dah bukak tudung pun, taknak hypocrite katanya

gitu lakkk............
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 08:03 PM | Show all posts
oh teringat citer bacaan solat delisa
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 03:41 PM | Show all posts
ini antara drama melayu yg berkualiti... tapi iols x berapa suka watak yusuf tue..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka drama ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2015 07:53 AM | Show all posts
suka watak lelaki indon yg baik tu..soft spoken je
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cita ni..aku rsa cm aku turut berada dlm pngembaraan si mira tu. Lg satu,suka sgt dgn watak hadi lelaki indon tu...sgt lembut bila bcakap..sejuk ati tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2015 07:41 AM | Show all posts
weirdwaniey replied at 15-10-2015 09:58 PM
Best cita ni..aku rsa cm aku turut berada dlm pngembaraan si mira tu. Lg satu,suka sgt dgn watak had ...

kann? lembut je hadi tu bercakap...mmg melting lah kalo ada lelaki ckp mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Td ada la google si erlando ni...model rupanya..tp 18sx jgk la karier modeling dia..tp muka mcm xsma mcm ada yg sma jgak..ka erlando lain...tp klu betol kerjaya modeling dia mcm tu mmg kontra sgt2 la dgn watak dia as hadi dlm ni...apa2 pn hadi sgtla hensem...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 01:13 PM | Show all posts
Best citer ni kan... ala-ala citer 24 gituh
Pelakon indon semua nampak mantap lakonan derang termasuk those crooks & cousin si mira.
Paling best lakonan watak hadi esp yg scene baru kluar dari lumpur tuh.. mcam real shot tu ala pilem hollywood
errr.. pelakon msia agak kureng sket. heroin tuh brunaeian ker, mula2 mcam kaku
episod seterusnya baru ok sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 01:17 PM | Show all posts
eintra85 replied at 24-10-2015 05:08 PM
Td ada la google si erlando ni...model rupanya..tp 18sx jgk la karier modeling dia..tp muka mcm xsma ...

hensem sgt...soft spoken
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.080352 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list