View: 3891|Reply: 6
|
[Tempatan]
Tok Anjang, Shap, Lekir , Rambo antara dicari
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Empat belas penyokong bola sepak dicari bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Stadium Shah Alam ketika perlawanan bola sepak antara skuad Harimau Malaya dan Arab Saudi pada Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 malam kelmarin.
Antara nama penyokong yang dikenal pasti ialah Tok Anjang, Shap, Lekir dan Rambo.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, 14 penyokong berkenaan dipercayai pemimpin atau ketua kumpulan penyokong terbabit.
Katanya, mereka dipercayai perancang utama dalam insiden berkenaan.
"Polis meminta semua penyokong ini tampil membantu siasatan malah gambar mereka juga akan dipamerkan di Stadium Shah Alam jika gagal berbuat demikian," katanya pada sidang media, di sini sebentar tadi.
Beliau turut mengedar gambar penyokong berkenaan supaya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam atau balai polis berhampiran.
Kelmarin polis menahan 11 penyokong bola sepak tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan.
Mereka direman selama tiga hari mulai semalam hingga esok bagi membantu siasatan.13
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 6:00 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/76606#sthash.czzWGuk2.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni set penyukom JdT kesayangan Peyno ka |
|
|
|
|
|
|
|
nama nama tak leh angkatzz... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti geng mamat ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Lekir, nama Malaysai dah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|