|
Oleh : TS LOO
sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/
Keluarga kepada Anthony Kevin Morais meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan teori konspirasi berhubung kehilangan Timbalan Ketua Bicara Dan Rayuan Jabatan Peguam Negara itu.
Abangnya, Datuk Richard Morais berkata, mereka sekeluarga amat terganggu dengan beberapa perkara berkaitan dengan Morais yang tersebar di media sosial.
"Saya berharap semua orang di luar ana dapat menghentikan teori konspirasi mengenai bagaiman dan bila adik saya hilang."
Richard berkata, orang ramai perlu membiarkan pihak polis untuk melakukan siasatan.
Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dikatakan memandu Proton Perdana milik kerajaan berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.- CARI Infonet |
|