Edited by merah_arjuna at 9-9-2015 12:06 AM
MEMBUANG bayi adalah perbuatan yang sudah cukup kejam, inikan pula membuangnya dalam keadaan masih hidup dan mulut disumbat kain! Itulah yang dilakukan terhadap seorang bayi perempuan yang mayatnya ditemui berbungkus kain batik dan mulut ditekup dipercayai untuk mengelakkan tangisannya didengar. Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang penternak lembu di ladang sawit di Felda Palong 2, Negeri Sembilan pada pagi kelmarin. Susulan kejadian itu seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan polis di Felda berkenaan kerana dipercayai terlibat membuang bayi yang dilahirkan kakaknya itu di rumah mereka pada Khamis lalu. Ibu bayi berkenaan yang berusia 28 tahun telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan reman selama 4 hari. Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias. – MYNEWSHUB.CC
Dgn rendah diri saya nak mintak kalau2 ada sesapa kenal or tau ada orang yg nak bagi bayi tak sah taraf tlg pm saya...saya cuma mampu tanggung kos bersalin dan saguhati utk ibu tp tak banyak...jgn dibuang atau bunuh anak tu...kesian diorang tak salah...bg saya, saya sanggup bela...bukan saya nak galakkan remaja2 mengawan tp kalo ada yg dah terlanjur dan mengandung serta ada niat utk bunuh bayi tu tlg bg saya...jgn tambah lg dosa anda...blh pm saya utk no fon saya,,,saya janji saya takkan dedahkan identiti anda...
|