View: 1927|Reply: 0
|
Keajaiban Inai, Bukan Hanya Melindungi Uban!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Inai memang sinonim dengan rambut beruban mencantikkan warna rambut. Namun, tahukah anda, fungsi inai adalah lebih daripada itu?
Inai merupakan salah satu herba yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia, malah di negara India misalnya.
Kebaikannya sangat banyak sehingga membuatkan anda ingin memakai inai hari ini juga. Lihat keajaiban inai di bawah:
1. Merawat kelemumur
Tahukah anda, inai mampu melenyapkan kelemumur dengan pantas dan berkesan. Ia juga menyejukkan kulit kepala dan mengelakkan kegatalan.
(Sumber foto: Moroccanmethod)
2. Melembutkan rambut
Jika anda memiliki rambut yang kasar, rosak dan bercabang, amalkan memakai inai rambut setiap bulan. Ia berfungsi sebagai masker yang sangat menyihatkan. Rambut kasar menjadi lebih lembut tanpa sebarang perapi!
3. Merapi rambut
Inai mampu memberi perlindungan pada rambut anda daripada sebarang kerosakan. Paling best, ia mampu mengunci kelembapan pada rambut agar kekal bersinar dan tampak sihat. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|