|
Oleh Adib Za
Ramai yang berasa tersentuh dengan perkongsian isteri arwah pelakon Harun Salim Bachik, Suriati Mohd Noor baru-baru ini menerusi program Melodi, TV3.
Dia mendedahkan bahawa pelakon dan pengarah Afdlin Shauki banyak memberi bantuan terhadap keluarganya semenjak arwah suaminya meninggal dunia.
“Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki, kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab tolong kami sekeluarga”
“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang dia tolong kami,” jelas Kak Su, memetik laporan Rotikaya.
(Sumber foto: Rotikaya)
Penulis yakin Afdlin bukanlah mahu dicanang-canang dan diangkat, namun pujian dan sokongan tetap harus diberikan atas apa yang dilakukannya ini terhadap keluarga arwah Harun Salim Bachik. semoga lebih ramai lagi yang menjadi seperti Afdlin dan mencontohinya. - CARI Infonet |
|