CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1467|Reply: 0

Rambut Manusia Dalam Makanan?

[Copy link]
Post time 5-9-2015 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Korang pernah makan rambut manusia? Mesti korang akan jawab, "tak pernah," kan?
Tapi tahukah korang yang kebanyakan makan sekarang seperti roti dan piza mempunyai rambut manusia? Tapi, rambut manusia dalam makanan tu dalam bentuk lain.
L-Cystine - kalau kprang search perkataan ni kat google, korang akan jumpe L-Cysteine. Cok tak sure lah pulak L-Cystine dan L-Cysteine ialah benda yang same
Buat pengetahuan korang, L-Cysteine digunakan secara meluas dalam pembuatan makanan, kosemetik dan farmaseutikal. L-Cysteine biasanya tak diletakkan dalam makanan, tapi digunakan semasa memproses sesuatu makanan. Faham tak? Okey contohnya, L-Cysteine akan digunakan untuk mengurangkan masa mengadun doh gandum dsn boleh juga menghentikan pengecutan kerak piza setelah dinipiskan. Maksudnya, L-Cysteine akan digunakan semasa membuat makanan, tapi L-Cysteine tak diperlukan pun untuk membuat makanan tersebut. Oleh itu biasanya, L-Cysteine tidak akan disenaraikan dalam kandungan makanan.
L-Cysteine bleh didapati daripada 2 sumber. Salah satunya adalah dari bahan sintetik iaitu bahan bukan organik seperti petroleum. Sumber kedua pula adalah secara terus dari rambut manusia. Ya, diulang sekali lagi, RAMBUT MANUSIA.
Rambut manusia mengandungi 8% asid amino cysteine dan semestinya lebih murah. Setelah beberapa langkah pemprosesan, keratin daripada rambut manusia akan bertukar menjadi L-Cysteine. L-Cysteine juga boleh didapati daripada makanan bersulfur seperti kuning telur, lada merah, bawang putih, bawang besar, brokoli dan tauge. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Amerika serta Eropah mengesahkan bahawa L-Cysteine dari sumber rambut manusia atau sebaliknya adalah selamat.
Menurut kajian, manusia boleh diproses semula menjadi pelbagai sumber. Salah satunya ialah L-Cysteine yang biasanya dijumpai dalam yis.
Eropah telah menetapkan semua supaya menyenaraikan 'bahan aditif makanan' seperti pewarna dalam ramuan sesuatu makanan. Tetapi, L-Cysteine tidak dikelaskan sebagai 'bahan aditif makanan' sebaliknya termasuk dalm kategori 'processing aid'. Dalam hal ini, kebanyakan kilang tidak akan menyenaraikan L-Cysteine dalam ramuan produk mereka. Kilang-kilang tersebut juga biasanya tidak akan menyatakan L-Cysteine yang mereka gunakan adalah berasas dari sumber sintetik atau rambut manusia.
Daripada sudut kesihatan, L-Cysteine ialah sejenis antioksida yang berkesan memusnahkan toksik dalam badan yang boleh mempercepatkan penuaan.
Masalahnya dalam kes ini dari hukum syarak, Islam menyifatkan setiap bahagian manusia adalah haram dimakan umat Islam. Oleh itu, makan yang menggunakan L-Cysteine dalam proses pembuatannya adalah amat meragukan kerana bimbang diperolehi dari rambut manusia. Lebih merumitkan keadaan, L-Cysteine jarang disenaraikan meskipun banyak produk menggunakannya.
Sesetengah pihak pula menyifatkan kes ini sebagai kanibal. Kanibal tu ape? Kanibal bermaksud makan spesis sendir, kalau Cok tak silap. Dalam kes ni, manusia makan manusia.
Oleh yang demikian, umat Islam dinsihatkan supaya berhati-hati semasa memilih makanan terutamanya roti, piza dan perisa makanan yang tidak manis.
Mungkin sebab tulah kite selalu jumpe rambut dalam roti, ye dok?
Sekarang Cok nak tanya awok-awok semua. Supplement terkenal Olicandy yang tengah viral sekarang ni, mempunyai L-Cystine dalam senarai ramuan die.
L-Cystine dan L-Cysteine ialah bende yang same atau berbeza?
Adakah Olicandy selamat dimakan? Cok bukanlah nak menuduh syarikat V-Sireh ni, just nak confirmkan je sebab kesian pengguna2 Olicandy kat luar sane.
Kalau Cok salah, mintak maaf. Tapi kalau sebaliknya, hmmm....
Kesimpulannya, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045221 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list