CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4486|Reply: 5

Khasiat daripada pokok Zaitun

[Copy link]
Post time 3-9-2015 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir.


Olea europaea, Laut Mati, Jordan


Sudut Pandangan Sains[sunting | sunting sumber]
Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Italimerupakan pengeluar minyak zaitun terbesar.
Kegunaan[sunting | sunting sumber]
Seperti pokok kelapa, setiap bahagian pokok zaitun ada kegunaan kepada manusia. Sememangnya zaitun ialah satu lagi anugerah alam ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada kesihatan kita. Ini telah diakui dunia perubatan.
Minyak Zaitun[sunting | sunting sumber]
Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.
Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.
Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.
Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:



Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
.
Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...


Daun dan batang zaitun[sunting | sunting sumber]
Daun zaitun bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Masyarakat Timur Tengah telah mengamalkan meminum teh daun zaitun sejak berabad yang lalu untuk merawat batuk, sakit tekak, demam, dan gout.
Ibnu Qayyim juga menjelaskan bahawa daun zaitun boleh merawat luka dan gatal-gatal.
Pendek kata, daun zaitun bersifat antibiotik. Oleh yang demikian, pengambilan daun zaitun mestilah mengikut dos tertentu.



Batang zaitun pula boleh dibuat perabot. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih daripada kayu zaitun ini kelihatan agak berminyak dan agak harum.
Sesungguhnya setiap ciptaan Allah di alam ini ada manfaat bagi manusia.
Bagi anda yang gemar makan piza, pilihlah yang ditabur dengan zaitun. Ingat! Zaitun amat berkhasiat. Untuk mendapat rambut yang sihat dan lebat pula, gunalah minyak zaitun untuk mendandan rambut dan urut di kepala.
Menurut riwayat, setelah bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh, pokok zaitun merupakan objek pertama yang kelihatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2015 11:59 AM | Show all posts
Minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik


Pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik. Pemahaman mengenai makanan sihat sangat penting untuk menjaga kesihatan. Pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat.


Sejak 50 tahun lalu, kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.


Antara makanan sunah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1,400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun.


Allah SWT bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin dalam surah at-Tin ayat satu menunjukkan buah zaitun adalah hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi.


Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 11: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra, Rasulullah SAW bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).



Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.
Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.
Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.


Kajian sains menunjukkan penduduk di Mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di Amerika Utara dan utara Eropah.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Pharmacological Research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh Prof Maria Covas di Sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.



Kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah (thrombosis).
Kajian lain yang dijalankan di National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.
Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun.
Satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara. Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona di Sepanyol melaporkannya pada 2010.



Pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21Ras, mencegah kerosakan DNA sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan.
Kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan Omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun. Oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya.
Kajian oleh ahli sains Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.
Saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic (MUFA), phenol dan vitamin E dalam minyak zaitun. Kajian diterbitkan dalam British Medical Journal pada 2012 menunjukkan menggoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.



Kajian ini membabitkan 40,000 peserta yang dijalankan oleh University Madrid di Sepanyol. Walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya, ia tetap memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung.
Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.
Bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta-amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang. Kajian ini menunjukkan penyakit Alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan Mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan Chemical Neuroscience pada 2013.



Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi-nyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).
Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, insya-Allah.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:01 AM









Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 05:29 PM | Show all posts
buah zaitun memang banyak khasiat. Antara buah yang dinyatakan dalam Quran
kalau dapt tanam sepokok kan best...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:50 PM | Show all posts
camne agaknya rasa buah zaitun bila dimakan macam tu je...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 09:28 PM | Show all posts
Orang zaman dulu kata2, kalau tak pandai makan buah zaitun segar, ertinya belum pandai bahasa Erab gitu.
Satu dari sebab-sebabnya ialah buah zaitun segar. Rasanya kelat, pahit dan lemak. Kelat tak sama kelat ulam-ulam biasa. Pahit tak serupa pahit peria. Lemak bukan lemak santan atau petai. Rasa buah zaitun segar tidak seperti rasa buah zaitun yang dijeruk. Rasanya memang special. Lepas memakannya, terasa sampai beberapa hari..begitulaa kata2 org zaman dulu kata...dan kata mak kita sapa nak rasa kenyang dan langsing ..jom kita cuba ambil 2 sudu  makan  minyak zaitun 2 jam sebelum makan. Ini adalah kerana, otak menghasilkan hormon leptin dan ghrelin. Leptin adalah hormon yang memberikan kita rasa kenyang. Sementara ghrelin sebaliknya, ia adalah hormon untuk rasa lapar. Setiap 30 minit hormon ini dirembeskan. Hormon tersebut akanm menghantar mesej ke otak yang memberitahu kita sedang lapar.Ketika kita mengambil minyak zaitun maka otak akan mengarahkan tisu adipos untuk menghasilkan hormon leptin, dan sekaligus menimbulkan rasa kenyang. Hebatnya otak manusia berfungsi..Sebab itulah bila kita nak makan selepas mengambil minyak zaitun ini kita akan cepat rasa kenyan..w.a

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgus nyerrr...tau bnyk khasiat...x prnh nk amal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.058278 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list