View: 1878|Reply: 9
|
[Tempatan]
Gangguan Bekalan Air 220,867 Rumah Di KL, Petaling
[Copy link]
|
|
Gangguan Bekalan Air 220,867 Rumah Di KL, Petaling Sep 2, 2015 196
GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR – Sebanyak 185,867 rumah di Kuala Lumpur dan 35,000 rumah di Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), Priscilla Alfred berkata, masalah itu disebabkan paip bocor pada jajaran paip utama ke Kolam Air Bukit Gasing.
“Memandangkan kebocoran pada paip tersebut amat serius dan perlu pembaikan segera, SYABAS tiada pilihan lain kecuali perlu melaksanakan kerja pembaikan paip dengan segera.
“Ekoran kerja-kerja kecemasan ini, SYABAS akan menutup pengaliran air sepenuhnya pada jajaran paip berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip bocor yang telah dikenal pasti dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, tempoh pembaikan kebocoran paip itu dianggarkan selama 11 jam iaitu bermula pukul 11 malam ini hingga 10 pagi esok.
Katanya, pengguna di kawasan terlibat dijangka akan menerima bekalan semula secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap sepenuhnya.
Antara kawasan terlibat seperti berikut:-
Kuala Lumpur
TUDM Sungai Besi; Jalan Lapangan Terbang; Jalan Lapangan Terbang Lama; Jalan Sungai Besi; Jalan Chan Sow Lin; Separuh Kawasan Sungai Besi (Rumah-rumah Kedai berdekatan Pejabat Pos Sungai Besi); Kampung Batu Kong; Jalan Wisma Putra; Jalan Syed Putra; Jalan Belamy; Jalan Bukit Petaling; Jalan Kerayong; Dewan Bahasa dan Pustaka; Wisma Perwira; Gapena; Jalan San Peng; Dataran F&N; Persiaran Syed Putra; Jalan Robson; Taman Seputeh; Taman Bukit Seputeh; Taman Seputeh Height; KL Sentral; Brickfields dan Wisma Putra.
Petaling
Taman Lian Hoe; Taman Gembira; Taman Pagar Ruyung; Taman Good Wood; Apartmen Tiara Villa; Taman Serangkai; Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama; Lorong Seputih; Taman Desa; Taman OUG; Taman Evergreen; Taman Shanghai; Taman Skyline; Taman United; Taman Bukit Indah; Taman Halimathon; Taman Continental; Taman Sungai Besi; Taman Kuchai Enterprenuer; Jalan Kuchai Lama; Taman Salak Selatan; Kampung Malaysia; Pekan Sungai Besi; Taman Sri Manja; Taman Desa Ria; Gasing Indah; Gasing Height; Kampung Pasir Baru; Taman Kanagapuram; Seksyen 51; Taman Seri Sentosa; Seksyen 51A; Pantai Dalam; Angkasapuri; Kampung kerinchi Limau; Kampung Dato Tata; SS9; Seksyen 14; Kampung Baiduri; Taman Tan Yiew Lai; Petaling Bahagia; Jalan puchong; Bandar Baru Sri Petaling; Seksyen 1 hingga Seksyen 6; Bandar Tasek Selatan; Taman yarl; Bukit Templer; Taman Salak Selatan; Taman Naga Emas; Jalan SP 1 hingga SP 18; Jalan Perkasa; Jalan 1 hingga Jalan 34; Kampung Baru Salak Selatan; Jalan 1/125 hingga 10/125; Bukit Jalil Golf Resort; Vista Komanwel Kondominium; Bandar Baru Bukit Jalil; Happy Garden; Kuchai Jaya; Kuchai lama; Taman Sungai Besi; Taman Salak Jaya; Danau Desa; Taman Serangkai; Jalan nikmat; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Jalan Desa Maju; Jalan Desa Mesra; Taman Gembira; Petaling Garden; Gasing Indah dan Petaling Height. – MYNEWSHUB.CC
|
|
|
|
|
|
|
|
bangun pagi tgk air tak dak
nasib ada tangki
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm...xpenah selenggara la ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi.. aku tak dengar pun apa2 berita gangguan air kat Johor.. dah 3 minggu rumah mak aku kene gangguan air.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg terganggu sungguh...
sebab xde notis....
start selasa malam x de air...
sampai rabu pagi....
ada air tangki tapi x sambung ke sink...
nak masak pun susah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. nasib area rumah tak kena |
|
|
|
|
|
|
|
bIla buat listing kawasan terlibat, boleh tak bagi aplhabetical order?
dari kucar kacir caca marba mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
opis aku kene
harapkan air tangki dgn staf yg ramai ni mcm x mencukupi
nk minum pun takut |
|
|
|
|
|
|
|
phewwww... nasib baik area aku tak kena.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|