Belia atau golongan muda hari ini ramai yang merungut harga hartanah mahal, tapi realitinya keutamaan mereka bukanlah simpanan dan pelaburan. Gaji pertama saya adalah RM600.00 saya mampu hidup. Saya beli rumah pertama ketika gaji saya RM2,500. Ramai belia sekarang yang bergaji lebih dari RM3,000 tapi tak mampu beli rumah kerana komitmen mereka tinggi dan tiada simpanan. Cuba kita perhatikan kereta, telefon bimbit dan pakaian mereka dan tidak hairanlah kenapa mereka tidak boleh menyimpan. Ia kembali kepada keutamaan. Ramai belia hari ini saya tengok tak kisah berbelanja RM10 untuk beli kopi berjenama, dan belanja RM30 setiap kali makan di luar. • Masalah atau “jenayah kewangan” terbesar yang belia sekarang buat, adalah pembelian kereta. Mereka berfikir ia merupakan keperluan, tapi ia bukan. Bagi saya, kereta merupakan kemewahan / keinginan. Saya sendiri beli kereta pertama selepas beli hartanah yang ke-12, dan saya beli kereta terpakai je. Saya pernah kira, kalau kita beli kereta baru termurah di pasaran (Perodua), kita kena belanjakan minimum RM1,000.00 sebulan kerana ansuran kereta, duit minyak petrol, toll, dan penyelenggaraan. Ramai yang mampu bayar ansuran bulanan tetapi lupa kos-kos lain yang datang dgn pemilikan kenderaan. Kereta, adalah beban liabilitl yang semakin lama akan susut nilainya. • Banyak golongan muda mengikat / mengaitkan kebahagiaan kepada pemilikan kebendaan. Ini bukan sesuatu yang susah difahami. Jika anda menggunakan wang untuk membeli benda, anda hanya akan memiliki benda, dan bukan wang. Jadi kita ada pilihan untuk memiliki pakaian terkini atau handfon baru, atau anda mahu lebih berharta / berduit. Saya lihat ada segelintir pihak yang tak suka kepada pelabur hartanah. Mereka berpendapat pelabur hartanah adalah penyebab utama kenaikan harga hartanah. Bagi saya pendapat mereka ni kurang tepat. Harga hartanah di seluruh dunia dalam jangka masa panjang memang sentiasa akan naik walaupun tanpa penglibatan pelabur hartanah. Fenomena ini dah berlaku semenjak 200-300 tahun lagi. Mereka yang merungut mungkin lebih suka melabur dalam besi buruk ( kereta, modify kereta, jam tangan, dan handphone)
|