Suspek bunuh bekas teman wanita ditahan
[size=100%]JOHOR BAHRU, 26 Ogos:Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang kerani wanita syarikat kurier di Taman Desa dekat Kluang, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata, lelaki warga tempatan itu ditahan di Johor Baharu kira-kira 8 malam – selang lima jam selepas kejadian tersebut. Mohamad berkata, mayat S.Chintra,31, sebelum itu ditemui bapa dan sepupunya dalam keadaan tertiarap di dalam tab mandi di rumah sewanya selain terdapat kesan jerutan di leher. Menurut Mohamad, polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan dendam dan cemburu kerana suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa. “Bapa mangsa memberitahu pernah membuat beberapa laporan polis di Johor Baharu sejak 2011 kerana suspek sering menganggu mangsa ketika berada di sana. “Tidak tahan dengan sikap lelaki itu, bapa mangsa meminta mangsa bekerja di Kluang dan mangsa kemudian mendapat teman lelaki baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini. Suspek kini ditahan reman sehingga 1 Sept untuk membantu siasatan
Read more: http://bm.therakyatpost.com/news-in-brief/suspek-bunuh-bekas-teman-wanita-ditahan/#ixzz3jy8hwLgu
|