CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4117|Reply: 6

Jom Cuba Masak Sendiri Sizzling Yee Mee

[Copy link]
Post time 25-8-2015 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ


Sumber foto : www.asiafinest.com

Lamanya tak makan Sizzling Yee Mee.. Tengok gambar je kecur liur pula dibuatnya. Buat penggemar sizzling mungkin  anda boleh cuba sendiri resepi ini, tak adalah susah pun nak buat. Cuma anda perlu membeli plat khas untuk sizzling mee sebab macam pelik kan kalau makan sizzling mee dalam pinggan kaca. Ke tak?

Bahan-bahan untuk membuat sizzling yee mee ni tidaklah susah nak cari, pergi je di super market pasti ada. Rasa nak makan ramai-ramai beli lebih sikit bahan-bahan tu. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang)
9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)
2-3 inci halia ( hiris nipis)
5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..
sebelah dada ayam
sebungkus cendawan shitake
sos tiram
kicap pekat dan kicap cair
serbuk lada hitam
sesudu kecil minyak bijan
4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)
3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)
sayur sawi
yee mee


Cara-cara:
tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan
masukkan ayam kemudian sedikit air..
masukkan cendawan..
masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak..
masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)
masukkan minyak bijan
tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak
masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..
bila rasa dah ok... dah boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...

mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya
kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..

yee mee:
rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.
air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut,
anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,
namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika.

Semoga resepi yang dipetik dari kellazule.blogspot.com ini dapat membantu anda mencuba satu resepi masakan baru. Asyik masak tom yam, gulai lemak pun boring juga. Selamat mencuba, sedap update sini ya. - CARI Infonet.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 08:23 AM | Show all posts
sedapnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 05:46 PM | Show all posts
mane nk beli kuali sizling tu?? nak masak yang asap2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:16 PM | Show all posts
nampak sedap tapi saya tak pernah makan............
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 11:43 PM | Show all posts
Bole Cuba nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 11:19 PM | Show all posts
comel91 replied at 26-8-2015 05:46 PM
mane nk beli kuali sizling tu?? nak masak yang asap2 tu

kalau awak org KL, cuba ke Pasar Pudu, ada kedai cina jual perkakas dapur.. saya beli 2 sets yg ni, claypot n few other things....saya guna plate iron ni da lama, blh buat mcm2 menu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2015 05:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.209372 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list