CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2577|Reply: 3

[Jenayah] Laporan polis brkaitan money laundering antara 1MDB & Petrosaudi dibuat

[Copy link]
Post time 22-8-2015 12:56 AM | Show all posts |Read mode


Pada 21 Ogos 2015 jam 6:30 petang waktu tempatan; saya telah buat satu laporan polis keatas syarikat Petrosaudi International dan 1MDB di Balai Polis Chairing Cross, London.


Laporan polis ini adalah berkisar kepada penggubahan wang haram 'money laundering' di antara syarikat Petrosaudi international dan 1MDB untuk disiasat oleh 'The Proactive Money Laundering Investigative Team'.

Pihak Polis Metropolitan London juga telah menghubungi peguam saya Matthias Chang dan berikrar untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan penyiasatan aktiviti penggubahan wang haram rentas sempadan ini secara komprehensif serta telus.

Matthias Chang turut mengesahkan dihubungi oleh pihak Polis Metropolitan London tengahari tadi waktu tempatan.

Ini bukan soal wajar ataupun tidak wajar!!

Ini adalah soal undang-undang yang sepatutnya menyiasat kes skandal 1MDB bagi membuktikan kebenarannya di dalam mencari satu kepastian yang hakikat di manakah berbillion ringgit dana syarikat ini telah hilang!!

Ini dana kerajaan yang juga wang wang rakyat selaku pembayar cukai di tanahair kita!!

Ini adalah maruah negara yang mesti disiasat oleh badan-badan penguatkuasa undang-undang mahupun kewangan secara terperinci!!

Sepatutnya kerajaan kita menyiasat kes ini secara telus dan saksama dan sesiapa saja yang terlibat dengan jenayah ini harus dibawa ke muka pengadilan tanpa pilih kasih!!

Andaikata, sekiranya ditakdirkan mana-mana pembesar negara sekalipun terlibat di dalam skandal kewangan syarikat 1MDB ini; beliau juga harus diheret ke muka pengadilan dan harus diambil tindakan mengikut lunas undang-undang negara!!

Undang-undang tidak sepatutnya menyebelahi mana-mana pihak!!

Penguatkuasaan dan undang-undang di negara kita nampak tidak memberi impak berkesan keatas proses siasatan kes skandal 1MDB!!

Keikhlasan serta kesungguhan kerajaan untuk menyiasat kes 1MDB amat mencurigakan!!

Oleh yang demikian kaedah terbaik untuk mencari keadilan yang telus bagi menyiasat kes ini adalah melalui bantuan proses undang-undang antarabangsa kerana penggubahan wang haram ini berlaku secara rentas sempadan membabitkan lebih kurang 6 negara!!

Biarlah kita serahkan juga kepada proses undang-undang antarabangsa bagi menyiasat seterusnya menzahirkan secara terbuka kepada 30 juta rakyat Malaysia di manakah punca kesilapan kes skandal 1MDB ini!!

Undang-undang antarabangsa ini juga sikit sebanyak dapat membantu kerajaan Malaysia yang nampak tidak mampu serta tidak berkesan bagi mencari kebenaran kes skandal 1MDB secara mutlak!!

http://newshangat.blogspot.com/2015/08/laporan-polis-berkaitan-penggubahan.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2015 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama masih berterusan.. Jgn tetiba laki umie ni hilang without trace sudah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2015 02:11 AM | Show all posts
bagus lah ada org sanggup report bnda ni smpai luar , baru najib tahu jgn buat suka hati mak bapak dia je kt mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 02:52 AM | Show all posts
habis lah....lepas ni ketua balai kat balai polis charing cross akan di transfer ke 10 Downing Street...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.320771 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list