CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 4

[Tempatan] Isu derma RM2.6 bilion perlu ditangani sebaik mungkin: Mukhris.

[Copy link]
Post time 16-8-2015 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Anak_Nogori at 16-8-2015 01:14 PM

AHAD, 16 OGOS 2015 @ 12:56 PM

Isu derma RM2.6 bilion perlu ditangani sebaik mungkin: Mukhriz Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my KAMPAR: Isu membabitkan derma politik sebanyak RM2.6 bilion perlu diselesaikan dan ditangani dengan sebaik mungkin kerana ia membabitkan persepsi negatif masyarakat terhadap semua pemimpin UMNO.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu sudah pun menjadi isu terbuka dan memberikan gambaran kurang baik. "Secara peribadi saya sangat tidak selesa dengan isu RM2.6 bilion ini.


"Saya rasa tidak sedap hati kerana sekarang rakyat pandang saya sebagai MB (Menteri Besar) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, mereka kata U pun sama di peringkat negeri, kalau dah macam tu, mengapa peruntukan lambat turun," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kampar di RTC Gopeng, di sini sebentar tadi. Mukhriz berkata, perkara itu perlu diselesaikan segera kerana ia membabitkan integriti parti. "Bagaimana kita nak bercakap UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tetapi pada waktu sama integriti kita dipertikai," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/75124


P/s:- Kan sebelum ni saya dah cakap..krn mulut Baba kesayang kamu tu mukris...kamu juga sebagai anaknya selaku MB kedah ahli UMNO pun akan terkena tempiasnya..cuba baba kamu tak gatai mulut macam org tua yg dah nyanyok selesaikan isu peribadinya dgn Najib secara baik ..kamu tak perlu pun merasa sangat2 tidak selesa sekarang ni...dan..selaku MB Kedah dan nasik dah jadi bubur ini...kamu terangkan pada rakyat...memang tu tugas kamu pun kan kan kan.

Aaaa...satu lagi...rasainnn loh bak kata org Indon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kena tanya suami Datin Seri Rosmah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2015 02:17 PM | Show all posts
tu org2 tua kata...kerana mulut badan binasa

Negarawan ulung yeee...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 06:03 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 16-8-2015 02:17 PM
tu org2 tua kata...kerana mulut badan binasa

Negarawan ulung yeee...

hehe berani lah tegar cakap sebab dianyer masih berkuasa..tunggu bila dianyer idola tegar pulak bila dah takder jawatan.. camana lah yer hehe tungguuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 06:09 PM | Show all posts
Mmg kantoi la isu derma nih..kalu derma ke parti masuk la ke akaun parti..ni masuk ke akaun presiden???kalu penderma xtau esoknye bgtau la parti ka kata ada duit masuk akaun presiden.ni x langsung..senyap jah.smpi timb pn xtau..bangang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.474671 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list