|
salam .
secara rengkasnya .. tiap hari memang menjadi rutin saya
utk bangun agak2 lima setengah pagi dgn menjadikan jam sebagai peneman .
dan setiap pagi itu juga dari dalam bilik air sudah boleh kedengaran laungan azan
yg cukup kuat , berspeaker dan juga suara siak menjerit benar2 memecah
suasana tenang pagi . dan setiap kali itu juga terbayang bagaimana oerasaan
individu berbangsa lain yg dah tentu2 sedang lena tidur terutamanya anak2 kecil .
apakah kepahaman mereka atau apakah penerimaannya sedangkan sebelum ini ada
juga protes secara terbuka tetapi nampaknya keadaan ini terus berkekalan . malah
sebelum ini ditempat lain pernah berlaku kekecohan seperti ini berlaku dan ada juga laporan
polis yg pernah dibuat .. tetapi tidak pernah di ambil serius . keadaan yg membuatkan
ada pehak yg terpaksa memendam rasa hingga menimbul prasangka sesama kita .
lalu apa peranan badan agama ?? apakah mereka hanya pandai mengutip duit zakat ??
atau hanya khusus didalam soal kahwin cerai ??
apakah kita ini perlu dicop bangsa yg tidak tahu menghormati hak privasi lain bangsa ??
atau apakah dengan menjerit2 menggunakan speker kaedah terbaik untuk berdakwah ??
kesimpulan yg berani saya katakan adalah tidak . kerana mereka2 yg tidak bersembahyang
suboh tetap tidak melakukan kerana jawapannya , agama ini bukanlah seumpama kosmetik ..
tetapi ia adalah cara hidup . ia tidak dapat dilaksanakan dgn hanya menjerit , tetapi
ia harus hidup untuk terus mencari kebenaran . Islam harus hidup seluruhnya dan tidak mungkin
langsung dengan hanya mengambil apa yg kita suka .
sekian .. terima kaseh .
wsllam .
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu pokok u yg I dapat gather from your writing was tentang azan (mengganggu non-muslims). Tetapi itulah antara perkara yang diutamakan didalam masyarakat Islam ie, bila masuk waktu, laungkan azan. Susahlah kita untuk keep going dgn pegangan kita jika kita berhenti buat sesuatu kerana takut non-muslims tak senang.
Samalah jika kita halang orang Hindu bukak temple sebab kita kata makan space dan ada patung patung yang menakutkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab Azan ni elok tidak sangat kuat dan tidak sangat pelahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dan sy rasa penting untuk guna kualiti speaker yg bukan jenis bingit.......
kerana asal usul azan adalah suara manusia sahaja tanpa loud speaker....itu yg sah.....
dan penggunaan loud speaker, jika menyakiti, maka seharusnya diambil perhatian sebab ada setengah pembesar suara bunyi treble pecah.......
langkah pertama yg boleh dibuat ialah gunakan loud speaker yg sedap....dan tidak menyakitkan atau bingit kerana asal usul azan adalah setakat suara manusia sahaja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dess402 at 15-8-2015 06:41 PM
salam .
laungan azan yg cukup kuat sebenarnya bukannya ada dlm
pegangan agama . ini mungkin kita boleh katakan setakat budaya yg tentunya
tidak bersifat ilmiah didalam perlaksanaannya . kerana bagi hukum agama sendiri ..
azan yg kuat sebenarnya haram jika ianya boleh menggangu ketenteraman
yg lain . apatah bila dicampor dgn adanya sikap riak .. saya berpendapat
ia jauh dari mendapat keberkatanNya . Islam telah lebih jauh melangkaui
pikiran manusia walaupun bila berurusan dgn musuhnya menjadikan ianya
sesuatu yg diminati untuk mengetahuinya . Islam turun sebagai agama yg adil
dan bukannya setakat menjajah . sebab itu dizaman rasuallah .. sepelusuk manusia
serata dunia datang untuk melihat kehebatan agama baru ini yg kemudiannya diteras
kepada ketamaddunnan dunia baru yg menjadi panduan kepada dunia hinggakan
kehari ini .
tetapi sayangnya .. penghayatan dan kepahaman kepada kita hari ini bukan lagi dipandukan
kepada kebesaran kitab Allah .. melainkan hanya akal tanpa hukumnya . lebih2 lagi kita
disini yg rakyatnya dari kalangan majmuk , agama kita yg ada hanyalah bersifat ketuanan
dan bukannya dari kalangan ilmiah . sindrom bisu .. budaya yg sengaja dicampor biarpun
bersifat khurakat .. menjadikan agama ini lesu dan tidak mampu memberi apa2 .
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi bukan kata semuanya azan itu bersifat menggangu .
ada tu sedap sangat . sayu2 gitu . menjadikan bila kita
mendengarnya .. sayang sgt pada agama .
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi betol laa . dulupun takde loud speaker bagai ..
tetapi Islam mampu dihebah keserata dunia . mmg sepatutnya
kekuatan agama ini jangan kita sangka datang dari speakernya ..
tetapi datang dari syiarnya . apatah dinegara Islam yg penuh rasuah ini ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Awak salah jika awak kata Islam ini ''agama baru''.. ianya hanyalah continuation of syariat Ibrahim AS.
Berbalik kepada laungan azan.. bukankah azan itu dilaungkan untuk memanggil umat islam utk bersolat?
''Marilah menuju kejayaan...''. Bukankah ''marilah'' itu ungkapan yg menggesa?
Saya tidak nampak apa yang awak nampak berkenaan dengan azan ini.
Azan ini seerah nye berbeza sikit dari sunnah RSAW yang lain (google dan bacalah), tetapi RSAW tidak menghalang malah menggalakkan (Baginda suruh Bilal berazan..).
Jika ia menggangu awak, maka ia telah mencapai maksud nya, iaitu menyeru awak bersolat.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa pandangan awak tentang takbir raya?
kalimah yg diucapkan dalam setiap takbir raya ?
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm awak tahu seorang prof yg open minded yg bukan islam pernah kata -
a) laungan azan waktu subuh tu dia dengaq dan dia jadikan asas untuk siapkan diri bangun pagi
b) seorang bekas manager firma kewangan antarabangsa bagi tahu saya setiap kalu laungan azan subuh , zuhur , asar , maghrib dan iyak
adalah marker time dia untuk bangun , kalau zuhur tu waktu makan tenga hari kalau petang tu untuk waktu itu ini
so saya tak nampak apa pasal kita perlu apologetik tak bertempat.
dan satu lagi awak tentu mengakui bahawa berdakwah itu bukan di bahu ulama sahaja maka awak juga patut berdakwah
so , pada saya , takkan nak jaga hati sampai kita tak boleh nak lakukan apa yg agama suruh ( dan ini dijamin perlembagaan)
|
|
|
|
|
|
|
|
so pada awak
- pihak muslim tu perlu apolegtik ya untuk seeking approval of others, gitu ?
- dan apa pandangan awak ye dalam situasi ini
- seorang muslim da yahudi dan eorang non practising christian
depa nak pi makan makan kat luaq
seorang yahudi tu berkata : please find the food i could take ( yahudi kena makan kosher dia practising )
so - adakah dalam situasi ini awak nak kata si yahudi tu tak patut buat arahan itu atau HAK dia untuk keperluan dia dipatuhi dan dihormati ?
dan pada muslim itu tak jadi hal - selalunya vegetarian si yahudi tu makan dia boleh makan je. hahahah...senang sangat ...
|
|
|
|
|
|
|
|
memakai tudung di kalangan masyarakat yg bukan islam = satu dakwah
menyampaikan sesuatu berkenaan islam - u terangkan kat depa apa islam tu setakat mana you boleh = satu dakwah
persoalan saya
adakah awak setuju setiap maksud takbir laungan hari raya da bebaru hari raya aidilfitri ?
dan pada pandangan awak = rasulullah sawapabila berhadapan dengan suasana majmuk masyarakat arab even kat madinah tu pun masa tahun hijrah ada pelbagai masyarakat majmuk - so apa baginda buat ?
sebab akhlak baginda al quran?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sunnah azan tak guna speaker.
Klu ada jiran2 yg diganggu dgn alunan azan melalui speaker, pi la komplen kat surau. Tak kiralah yg komplen tu Muslim or non Muslim.
Rasulullah mengajar sunnah lg besar iaitu kita wajib menghormati hak jiran2 kita. Mereka ada hak nak tidur, mereka ada hak nak solat subuh yg ditakhirkan etc. Sedangkan azan tu tak azan pun takdak hal, sunat je. |
|
|
|
|
|
|
|
Azan pentimg untuk masyarakat Islam. Ia jadi lambang audio bagi masyarakat Islam. RSAW suruh Bilal RA azan.. so dia naik atas kaabah lalu azan; diberitakan, semua oarng di Mekah dapat dengar azan itu. RSAW penah suruh sahabat ambik kayu api sebab nak bakar rumah mereka yang tak kuar untuk solat.
Memanglah dizaman RSAW tak guna speaker untuk; sebabnya adalah mudah... speaker belum direka lagi. Samalah dengan microphone untuk bantu makmum dengar apa imam baca.. bila ada technology nyer, kita guna lah. Sy tak nampak salah dalam hal ini.
Di London ni, masjid Whitechapel ni bukan main kuat lagi bersusah payah melobby untuk siarkan azan mereka dgn outside speakers supaya dengar dgn kuat. So mereka last last dapat... if u naik bus lalu depan mosque ni masa time masuk waktu, u will hear this azan.
|
|
|
|
|
|
|
|
salahh .. sebab awak tidak meletakkan hukum pada tempt sepatutnya .
anda hanya mengandaikannya penting sedangkan tidak didalam hukum .
tidak pernah lagi kedapatannya hukum menjadikan azan yg kuat sebagai
wajib . tetapi bila disebut menggangu hak jiran seperti di atas .. ianya
awal jatuh bersifat haram . ianya jelas dan kini banyak dipraktik termasuk
di indonesia .
|
|
|
|
|
|
|
|
saya suka bila saudara sebutnya sunnah yg besar
kerana mmg hukum bila dipetik tanpa berpandu yg sunnah ,
ia mmg boleh memberi pelbagai makna . Umat Islam bila dapat
menjelmakan kehidupam Islam yg sebenar .. alangkah bertuah .
tapi telah ditakdirkan .. kita akan sentiasa rugi hingga Islam
hilang sinarnya . nauzubillah .
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ussopp at 17-8-2015 12:18 AM
kita ini atas niat baik macamana pun.....kena kasi tepat dengan sunnah...
jikalau benar alasan boleh mneyakitkan bagi mencapai tujuan menggesa....jadi bolehlah ketuk pintu, masuk rumah atau buat azan bergerak atas kereta sampai depan rumah, asalkan menggesa....
ingatlah, nabi adalah insan paling bertaqwa, nabi ingin bakar rumah org yg tidak pergi solat, tapi dia tidak bakar....
kekal laungan azan yg wajib adalah pada had2nya....jika lebih dari itu bukanlah ia kewajiban...
lagipun menjadi kewajiban org yg guna loudspeaker, kalau nak kuat pun jgn guna loudspeaker yg jenis bingit......yg pecah....guna yg berkualiti yg tidak meyakiti...
wallahualam...
|
|
|
|
|
|
|
|
disinilah kita setuju bahawa kita tidak sependapat; dari opinion kita diatas, dimana sy berpendapat azan adalah satu dari panggilan Islam dari sejak zaman RSAW; dan saudara berpendapat azan tidak sedemikian, malah boleh jatuh kedalam suatu perlakuan yang haram dan kena ikut kehendak non-muslim jika mereka mahu azan tidak dilaungkan dengan speaker. perbincangan kita berakhir disini, simply kerana sy tidak berjaya untuk mengubah pandangan sy tentang azan.
|
|
|
|
|
|
|
|
''jikalau benar alasan boleh mneyakitkan bagi mencapai tujuan menggesa....jadi bolehlah ketuk pintu, masuk rumah atau buat azan bergerak atas kereta sampai depan rumah, asalkan menggesa....''
Opinion saudara di atas ini di panggil ''argumentum ad absurdum'' dan kami selalu dengar dalam meeting meeting mingguan kami. Ia bererti kita bawa suatu pendapat ke hujung yang extreme. Kenapa kah pula sampai hendak masuk kerumah rumah org untuk azan? Ini tidak pernah dibawa oleh RSAW dan akan menjadi bidaah. Opinion saudara seolah analogy ''jika bekerja 9-5 adalah bagus, tentulah bekerja 9pg-12mlm lebih bagus''. Tentulah ini tidak tepat.
Berbuatlah sunnah mengikut kadarnya; eg sedekah adalah amat baik...sedekah sampai jatuh miskin, tentulah tidak baik.
Di negara negara barat, ulamak ulamak bekerja sangat keras utnutk mendapatkan kelulusan untuk berazan... di malaysia pula, timbul pula pendapat bahawa azan boleh mengganggu muslims dan non-muslims. keadaan ini asing bagi saya, dan tentu asing bagi ramai lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerana minda-minda yang sehat dan minda minda yang datang dari mereka yang berpelajaran tinggi and of stature, are by nature of those who can accept other people's opinion, then I would assert that if opinion differs, then we accept that we differ. That, if othersdo not agree with my opinion, then we just have to accept that our opinion differs. A simple example is' if some people like the colour teal and others do not, then we will just have to accept that some people just like the colour teal, while some people just do not. |
|
|
|
|
|
|
| |
|