CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2815|Reply: 7

[Tempatan] Ke mana perginya RM500j dana Marris?

[Copy link]
Post time 13-8-2015 04:55 PM | Show all posts |Read mode




Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali digesa mendedahkan secara terperinci perbelanjaan serta program yang dilaksanakan di sebalik penyaluran dana berjumlah RM500 juta di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).
Gesaan itu dinyatakan oleh Ke-tua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus meman-dangkan beliau difahamkan penyaluran peruntukan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin pada November tahun lalu dan akan disalurkan pada tahun ini.
Katanya, peruntukan itu dikatakan untuk digunakan bagi mena-ngani wabak denggi serta mengatasi masalah jalan berlubang, banjir serta sampah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.
“Namun, setakat ini kita lihat kes denggi seolah-olah tidak ada tanda akan reda di Selangor. Berdasarkan maklumat terkini daripada Bilik Gerakan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan setakat semalam, Sela-ngor mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi dengan bilangan 130 kes berbanding negeri lain.
“Malah, kes terkumpul wabak denggi sejak 4 Januari hingga 10 Ogos 2015, Selangor mencatatkan 41,477 kes berbanding Johor yang mencatatkan 7,719 kes. Melihat da-ripada perkembangan ini, bagaimana sebenarnya komitmen kerajaan negeri dalam menguruskan peruntukan berkenaan khususnya melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, longkang serta pembersihan kawasan.
“Sehubungan itu, kita gesa Menteri Besar supaya mendedahkan secara terperinci perbelanjaan yang telah dibuat melibatkan peruntukan Marris termasuklah program-program yang telah dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 3 November tahun lalu, Mohamed Azmin menerusi laporan portal berita, www.mstar.com.my mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan Marris yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan seba-nyak RM500 juta setahun kepada 12 PBT masing-masing bermula tahun depan.
Menurut Menteri Besar itu, keseluruhan wang tersebut akan diserahkan kepada setiap PBT untuk menyelesaikan empat isu utama iaitu jalan berlubang, banjir, sampah dan wabak demam denggi di negeri ini.
Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang turut mempersoalkan pengurusan peruntukan Marris oleh kerajaan negeri yang mana beliau difahamkan kualiti jalan raya di Selangor masih berada dalam kea-daan yang tidak memuaskan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2015 05:14 PM | Show all posts
kenapa x penah dgr pasal Marris ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 05:31 PM | Show all posts
Selangor terima RM564.6 juta peruntukan Marris baiki jalan
Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM, 10 FEB: Kerajaan Selangor memperoleh RM 564.6 juta peruntukan daripada Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) untuk penyelenggaraan jalan seluruh negeri itu seperti termaktub dalam Perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan KemudahanAwam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata peruntukan itu merangkumi jalan negeri, jalan bandaran, jalan perumahan murah, jalan kampung, jalan pertanian dan lorong belakang.

Katanya, cadangan penggunaan melalui kaedah peruntukan Marris kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah RM3 juta untuk setiap Dewan Undangan Negeri menjadikan jumlah keseluruhan RM168 juta.

Yunus-Hairi“Cadangan peruntukan RM500 ribu kepada setiap Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor menjadikan jumlah RM4.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, peruntukan RM156 juta pula disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Katanya, peruntukan RM4 juta pula diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor.

“Peruntukan RM214.1 juta diberikan kepada PBT berdasarkan panjang jalan di kawasan berkenaan di bahagi dengan jumlah keseluruhan panjang jalan di seluruh PBT Selangor di darab baki lebihan peruntukan setahun selepas pengagihan kepada semua agensi,” katanya.

Dr Yunus berkata, kuasa berbelanja diberikan kepada Datuk Bandar, YDP PBT, Pegawai Daerah, Pengarah JKR dan Pengarah JPS untuk melaksanakan projek Marris bagi tahun 2014.

lampu jalan ampang 01Katanya, setiap senarai projek PBT, Pejabat Daerah, JKR dan JPS perlu disemak oleh jawatan kuasa teknikal dan disahkan jawatankuasa pentadbiran Marris sebelum perolehan dilaksanakan.

“Oleh kerana penumpuan kerajaan negeri pada penggal ini adalah untuk pembangunan desa, maka disarankan peruntukan RM3 juta untuk setiap Dewan Negeri harus juga diberi penumpuan kepada projek penyelenggaraan jalan desa yang didaftarkan di dalam sistem dalam talian Marris,” katanya.

Beliau berkata, bagi penyelenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum JKR dan tidak didaftarkan di dalam sistem dalam talian Marris maka ia perlu dirujuk Pejabat Daerah dan Tanah terlebih dahulu.

-NFN-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 05:34 PM | Show all posts
Selangor terima RM564.64j peruntukan Marris 2014
NIZAM ZAIN
10 FEBRUARI 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Ahmad Yunus Hairi Ahmad Yunus Hairi
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor mengumumkan penerimaan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) dari Kerajaan Persekutuan menerusi pihak berkuasa tempatan negeri itu pada tahun ini dianggarkan bernilai RM564.64 juta.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya menyambut baik penyaluran dana awam terbabit selaras dengan peruntukan Perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, peruntukan itu nanti akan disalurkan bagi penyelenggaraan jalan di Selangor, merangkumi Jalan Kerajaan Negeri, Jalan Bandaran, Jalan Perumahan Murah, Jalan Kampung, Jalan Pertanian dan Lorong Belakang.

"Kuasa berbelanja diberikan kepada Datuk Bandar atau Yang di Pertua PBT atau Pegawai Daerah atau Pengarah JKR atau Pengarah JPS untuk melaksanakan projek Marris bagi tahun 2014.

"Setiap senarai projek PBT, Pejabat Daerah, JKR dan JPS perlu disemak oleh jawatankuasa teknikal disahkan oleh jawatankuasa pentadbiran MARRIS sebelum perolehan dilaksanakan," katanya dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata peruntukan Marris di PBT akan ditambah sebanyak RM3 juta untuk setiap Dun menjadikan jumlah bernilai RM168 juta.

Manakala Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor pula akan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 yang berjumlah RM4.5 juta.

"Jabatan Kerja Raaya (JKR) Selangor mendapat RM156 juta, peruntukan RM4 juta pula kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.

"Manakala PBT pula menerima peruntukan sejumlah RM214.14 juta berdasarkan panjang jalan di PBT," katanya.

Katanya, memandangkan kerajaan negeri pada penggal ini menumpukan lebih kepada pembangunan desa, setiap Dun akan diperuntukan RM3 juta tambahan bagi projek penyelenggaraan jalan-jalan desa yang didaftarkan dengan sistem Marris online.

"Bagi penyelenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum JKR dan tidak didaftarkan di dalam sistem Marris online, ia perlu dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah terlebih dahulu," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 05:35 PM | Show all posts
"Jabatan Kerja Raaya (JKR) Selangor mendapat RM156 juta, peruntukan RM4 juta pula kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.

P/s;- Tapi banjir kerap belaku diSelangor...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 06:02 PM | Show all posts
Selangor ajer.....glemer Selangor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 06:37 PM | Show all posts
KUANTAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam meluluskan peruntukan tambahan 2015 berjumlah RM118.6 juta bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri khususnya bagi menghadapi bencana banjir yang kerap melanda negeri ini. Usul diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Lau Lee (BN-Damak) serta mendapat persetujuan sebulat suara oleh penyokong kerajaan dan pembangkang. Menerusi peruntukan tambahan itu, sejumlah RM60 juta adalah untuk menampung bayaran saham kerajaan negeri kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) (masalah air tak gak settle) manakala RM46.1 juta bagi kos perbelanjaan semasa banjir di negeri ini menerusi Tabung Malapetaka Negeri Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia turut membabitkan tambahan emolumen sejumlah RM4.6 juta selaras Rang Undang-Undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Adun yang diluluskan pada sidang lalu iaitu menampung kenaikan gaji 10 ahli Exco serta 42 Adun. (Adun dan exco tetap naik gaji)


masalah air nih bukan satu tuduhan yer, sila baca sendiri

Bekalan air sering terputus di Felda Gugusan Bera

SEJAK lebih 34 tahun lalu, kehidupan kami di Felda Gugusan Bera sering terjejas berikutan masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan.

Keadaan semakin bertambah kritikal apabila hampir seluruh kawasan Felda Kumai, Mayam, Purun dan Mendi tidak mendapat bekalan air sejak sebulan lalu.

Masalah ini telah dikemukakan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) tetapi tiada tindakan diambil melainkan pihak berkenaan menghantar lori tangki untuk dibekalkan kepada penduduk.

Penduduk yang tinggal di kawasan yang lebih tinggi paling teruk menghadapi masalah ini berikutan tekanan air yang rendah. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah, mereka agak bernasib baik kerana masih mampu menyimpan bekalan walaupun air paip yang diterima di rumah agak perlahan alirannya.

Masalah bekalan air ini menyebabkan banyak urusan harian seperti membasuh pakaian dan memasak terjejas. Lebih teruk lagi jika ada penduduk mahu mengadakan kenduri kahwin atau berlaku kematian.

Hampir setiap tahun, penduduk negeri Perdana Menteri iaitu Pahang menghadapi masalah air. Nak dikatakan air tidak cukup, Kerajaan BN lah saban hari berkempen agar projek Langat 2 dilaksanakan kerajaan negeri Selangor untuk hadapi krisis air.

Langat 2 adalah projek untuk menyalurkan bekalan air dari Sungai Pahang melalui sungai dan terowong buatan manusia ke Lembah Klang. Namun rupa-rupanya, penduduk Pahanglah saban hari menghadapi masalah air.

Menurut laporan Sinar Harian, penduduk Jengka 7 menghadapi masalah bekalan air hampir setiap tahun khasnya di hari raya Aidil Fitri. Pada hari itulah mereka terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air untuk minuman, membersihkan pakaian bahkan membersihkan pinggang mangkuk yang bertimbun-timbun di hari raya.

"Jika begitu, yang tidak pandai mengurus air sebenarnya kerajaan BN. Air banyak tetapi tidak sampai kepada pengguna...inilah kelemahan mengurus yang nyata," kata salah seorang mangsa ketiadaan air ini.


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:21 AM | Show all posts
harkktuih replied at 13-8-2015 05:14 PM
kenapa x penah dgr pasal Marris ni?

Byk bodies dan departments yang macam ni, untuk handle kewangan dan other facilities. Eg bila peniaga kena denda sebab tak bayar lesen, duit tu gi somewhere dan ada la pemungutnya; same juga dengan eg saman syarikt, fees utk borang itu ini etc. Perlu sebenarnya ketelusan utk kita tahu kemana duit duit ni semua mengalir. Kita bayar duit buat lesen..kemana akhirnya duit itu pergi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.564501 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list