CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5305|Reply: 2

Mee Kari Ketam, Seksyen 7 Shah Alam

[Copy link]
Post time 13-8-2015 11:00 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ni kami intai 1 kedai makan yang wajib dicuba kat Shah Alam ni. Tambah pula peminat-peminat ketam macam aku ni. Memang terkinja-kinja nak merasa.

Kami bertolak dari rumah agak lewat, sampai sana jam 10 malam kedai dah nak tutup rupanya. Sebab orang agak ramai kami ingatkan masih dibuka. Terus tiba main duduk je. Rupanya kedai dah nak tutup, menu banyak dah habis.

Bila disogokkan dengan ketam nipah, memang tak tolak punya lah. Kite dijemput ke kaunter pilih ketam dan udang yang ada, cari2 betina dah habis. Ada jantan je, ok je lah sebab sentap dengan sepit ketam nipah yang besauuuuu tuh!!

Mereka akan timbang dan kirakan tuk kita sekali berapa harga nak kene tambah harga mee ..hehehe..
ok in the budget!!

Tak lama tu nampak dah mereka tengah sediakan mangkuk2 kami..yeahhh!!! tak sabarrrrr wooo..
Sekali tiba, sempat snap2 sebab memang niat mencanak2 nak share tempat ni dengan korang2 kan. Harus la ada bukti gambar yang sahih & jelas sebelum terusik!!

Dah tiba tentula kene makan…sekali makan……..hmmmmmmmmmmmmmmm
SEDAPPPPP WOOOOO!!! puas hati.. dah la makanan sedap, pekerja pun ramah. Walaupun kami sampai tepat kedai dah nak tutup tapi mereka tetap layan kami.
Meh layan gambar..


mee kari ketam + ketam nipah
harganya mee RM4 + ketam nipah rm13.10 (RM5/100g)

mee kari udang galah
harganya mee RM4 + udang galah rm9.10 (RM7/100g)
Ha….teruja la tuh tengok sepit mengancam. Walaupun camera aku cabuk tetap bersungguh nak ambik tang sepit tu..sengaja bagi korang terliur..hehehehe.
Memang terbaik lah…kami suka…
Total pembedalan ialah RM34.50 (termasuk air teh o ais 2)
Oh ye bagi tips sikit : kalau nak ketam banyak isi pilih la yang betina.
(kalau minat makan ketam tak tahu jantan betina…fail la tuh :-P…)
Mee Kari Ketam
No 11, Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7,
40000 Shah Alam (belakang UNiSEL)
Waktu operasi:
Selasa-Ahad : 12:30tgh – 10:00pm
Jumaat : 5.00pm-10.00pm
Isnin CUTI
Hubungi : 019-2346388 (Usmah) ,  0192496054 (Ubai)
myselera.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 07:18 PM | Show all posts
menarik
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 01:08 PM | Show all posts
mohon maaf, mama dah pi, siap bawak kawan kawan dari oversea!! mmg memalukan....ketam tak fresh, kuah tak menyengat...sorry la...memang tak pi dah. mama malu kat kawan kawan lagi ada...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.050797 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list