CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2021|Reply: 7

[Tempatan] Kerajaan BN tidak bercadang laksana tambatan ringgit

[Copy link]
Post time 10-8-2015 01:24 AM | Show all posts |Read mode
TANJONG KARANG: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi menangani penyusutannya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan menjangka ringgit akan stabil berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.

"Saya fikir (ringgit) akan stabil berdasarkan semua kajian kami, lagipun asas ekonomi negara ketika ini kukuh," katanya, pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini, Sabtu.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan pihak tertentu supaya ringgit ditambat untuk menangani penyusutan nilai berikutan harga minyak jatuh di bawah paras US$50 setong (kira-kira RM200).


Beliau berkata, pergerakan harga minyak yang dilihat sekarang sebahagian besarnya daripada pengukuhan dolar yang turut mempengaruhi mata wang serantau seperti dolar Singapura dan rupiah Indonesia.

Menurutnya, pergerakan mata wang berdasarkan dua perkara iaitu asas ekonomi dan sentimen.

"Asas ekonomi kita sangat kukuh manakala sentimen tidak akan menjejaskan negara ini.

"Ketika ini, kesemua mata wang menyusut berbanding dolar Amerika," ujarnya.

Ringgit terus mencatat aliran harga menurun dan ditutup rendah berbanding dolar Amerika pada Jumaat dengan 3.9220/9250, berbanding 3.9005/9035 pada khamis.

Pada Jumaat, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar memaklumkan, sistem perbankan tempatan dan aktiviti ekonomi masih mantap bagi memacu pertumbuhan ekonomi.
Menurutnya, negara masih berada di landasan kukuh untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar anara 4.5 peratus dan 5.5 peratus tahun ini, biarpun keadaan ringgit masih lemah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 09:40 AM | Show all posts
tak payah tambat... biar jadi 1usd rm10..biar msia jauh mundur dari vietnam, thailand sebab pelabur2 asing tak percaya pada msia...

masa tu baru lah 47% sedar bahawa nilai RM sekadar hanya duit pisang sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 09:48 AM | Show all posts
menuju ke arah 1 rupiah = RM 1
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 09:51 AM | Show all posts
ada benda lahhh yang top 20-30 Forbes versi M'sia tak boleh buat seperti biasa ketika capital control, tuuu maksud tersembunyi nyerrrr, cuba tengok muka2 yang ada dalam forbes list malaysia tuuuu.....

Greece sebelum collapsed mana ada GDP growth macam kita di Asia, trade deficit pulak tu, hutang luar negeri pun dipegang German etc dalam bentuk bond matawang asing dan macam2 lagi jenis. Nasib baik bond hutang(sukuk) luar negeri kita kebanyakan nya dalam bentuk ringgit, jatuh ringgit automatik hutang berkurangan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 11:42 AM | Show all posts
Ringgit stays near 17-year low as Malaysia's forex reserves fall below US$100b



SINGAPORE (REUTERS) - The ringgit stayed near a pre-peg 17-year low on Monday after news Malaysia' foreign exchange reserves fell below US$100 billion (S$138.38 billion) threshold, raising doubts over the currency's ability to withstand further political fallout and low commodity prices.

The ringgit stood at 3.9245 per US dollar as of 0109 GMT, compared to the previous close of 3.9220.

The currency on Friday hit 3.9280, its weakest since Sept. 2 1998, the day before the government pegged it at 3.8000 per dollar to put a floor under the currency during the Asian financial crisis. Malaysia lifted the peg in 2005.

Malaysia's international reserves fell to US$96.7 billion as of July 31 from US$100.5 billion on July 15, the central bank data showed on Friday.

"It now becomes a question of when does the bleeding stop?" asked Stephen Innes, senior trader for FX broker Oanda in Singapore. "No doubt BNM (Bank Negara Malaysia) will continue to sell USD to temper the move higher but at what cost can they to do so as further drops in reserves will likely accelerate the move higher."

The central bank has been selling US dollars and buying ringgit since June in an attempt to stem the ringgit's slide, traders said, but the ringgit has still been Asia's worst-performing currency this year, losing some 11 per cent of its value against the US dollar.

The ringgit has been under pressure from sliding commodity prices, and its declines accelerated after a graft scandal linked to Prime Minister Najib Razak and the indebted 1MDB state fund.

The ringgit's weakness has hit foreigners' appetite for local bonds, with five-year government bond yields rising to 3.856 per cent, the highest level since Jan. 16.

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 11:57 AM | Show all posts
Kalo nak laksanakan takde hal. Terus boleh buat. Cuma taknak timbulkan kesulitan sistem kewangan negara jer. Selain punya keyakinan jangka panjang dengan matawang sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 12:01 PM | Show all posts
dcruins replied at 10-8-2015 09:51 AM
ada benda lahhh yang top 20-30 Forbes versi M'sia tak boleh buat seperti biasa ketika capital contro ...

Mereka bukan tandingan GLC ,MNC
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg simpan duit lam usd kot.??.so kalu turun lagi..lagi byk hasil tukar...senanglah nak cover hutang2 mana yang ada..hutang lam RM...iye dak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060989 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list