CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7479|Reply: 72

[Tempatan] Perhatian untuk penyokong tegar Najib!!!: Serang balik penyerang saya, kata PM

[Copy link]
Post time 8-8-2015 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 8-8-2015 08:21 AM

Serang balik penyerang saya, kata Najib


Published: 8 August 2015 2:17 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/serang-balik-penyerang-saya-kata-najib




Datuk Seri Najib Razak menggesa 3 juta ahli Umno hari ini melancarkan serangan balas terhadap mereka yang menyerangnya melalui platform media sosial.
Presiden Umno itu berkata kekuatan ahli parti itu mampu menangkis serangan tentera siber pembangkang sekali gus mengembalikan penguasaan Umno yang dilihat lemah menangkis serangan di media sosial.

“Buka akaun Facebook dan Twitter. Jika anda tidak boleh menjadi blogger, menggunakan Facebook dan Twitter pun memadai.

“Bila anda melihat pandangan salah, betulkannya. Bila anda melihat presiden parti diserang, anda boleh serang mereka kembali,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Cheras hari ini turut menafikan beliau hanya memilih mereka yang sanggup menjadi “pak turut” sahaja.

Katanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor walaupun sering berselisih pendapat dengannya masih menjawat jawatan setiausaha agung Umno.

“Saya bukan presiden parti yang mahu semua pemimpin Umno menjadi ‘yes man’.

“Jika parti terdiri daripada hanya ‘yes man’, maka kita tidak akan berbeza pendapat.

“Saya bukan kuku besi. Tanya Ku Nan (Tengku Adnan), kadangkala dia kata ‘Maaf tuan, saya tidak bersetuju dengan anda’,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Menteri kewangan itu turut mengingatkan ahli Umno boleh saja berselisih pandangan antara satu sama lain seperti dalam hubungan suami isteri namun di luar ia perlu dilihat bersatu dan gembira.

Katanya, Umno hanya dapat dilemahkan apabila presidennya diserang dan itu yang sedang dilakukan puak pembangkang.

“Saya diserang bukan kerana saya Najib. Jika tidak, mengapa saya tidak mendapat lebih serangan ketika menjadi timbalan presiden?

“Jadi untuk tumbangkan Umno melalui pemimpinnya. Cerita tak wujud, dibuat-buat,” katanya seperti dilaporkan portal itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pemimpin agar tidak hanya mendengar suara "pembodek" sebaliknya perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil kira pandangan orang-orang di sekeliling mereka, walaupun terdapat pendapat yang bercanggah.

Tanpa menyebut nama sesiapa, timbalan presiden Umno itu ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pagoh, di Johor hari ini berkata, pemimpin yang hanya mendengar pujian-pujian dan menolak teguran adalah disebabkan mereka "dilindungi hijab" manusia yang tidak ikhlas.

"Yang ini jadi masalah bila kita jadi pemimpin, kadang-kadang kita dikelilingi penyokong kita yang beritahu, 'its ok sir, things are so good', 'don't worry sir, everything is ok sir, yes sir.

"Kita tidak nampak apa-apa tapi rasa bangga diri," katanya.

"Ini yang saya kata kepada perdana menteri, salahkah saya?" soalnya, merujuk kepada tindakan Najib menggugurkan dirinya daripada Kabinet baru-baru ini kerana lantang mengkritik membabitkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah menggunakan saluran luar untuk isu membabitkan syarikat itu, sebaliknya kritikan hanya disalurkan menggunakan platform mesyuarat dalam Kabinet mahupun parti.

"Banyak pandangan saya disuarakan dalam mesyuarat. Hari ini, walaupun di luar jemaah menteri, saya tidak harus berdiam diri.

"Lagi lama jadi pemimpin, lagi banyak keliling kita kata 'okay, great, you are great man for the nation', tapi tidak pernah berkata 'sir, this is wrong',” katanya. – 8 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.Mah8JhSc.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 04:23 PM | Show all posts
so pencacai...sila la jlnkan tugas anda...dia ada 2.6b..uols ada apa? dpt la saki baki taik sajork...

















menyampahhhhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 04:33 PM | Show all posts
penjilat juboq jibby kat porem ni .. apa tunggu lagi ... jibby dah seru uols tue
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 04:41 PM | Show all posts
ada upah tak??
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 04:44 PM | Show all posts
mana pi habih..kata orang kedah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 04:44 PM | Show all posts
amboi...
da serupa mesir da
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2015 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TB3 suku dah tak function kaa hapa.
Terpaksa jump start guna tenaga 3 juta ahli laa pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa datok jadik timb. presiden... duit 2.6 beliyun dan 1Mesia Den Babikan tak wujud lagi tok.
Malah, kelibat Birkin rainbow kaler pun takde lagi.
Enjin katebang pun mileage tak banyak berjalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 04:57 PM | Show all posts
Takut dgn bayang2 sendiri rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:05 PM | Show all posts
menyampah gila tgk muka ko najib
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Piraah jibun setan

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:32 PM | Show all posts
ape upahnye?sakit jari2 i nk menaip tawww
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kite skrg ni tgh bperang dgn setan yg xkan menyerah kalah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:36 PM | Show all posts
kesiann, macai2 felda pprt kampung bengap yang selalu buat posting bodoh kat CI ni masih tak berkesan....
kena tambah lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:38 PM | Show all posts
tunggu jap,
anak nogori dan geng tgh sibuk copi paste artikel jilat2 dari sumber otosan dan blogspot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:39 PM | Show all posts
Upah kasi berapa?

Berapa % drp duit derma tu Mr. PM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 05:39 PM | Show all posts
Ni kategori hasutan x ????

Klu ada bayaran riburuban bt patime uols ok je jd kebodwarior

Kt forum ni pn da ada pebela jiboor
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:39 PM | Show all posts




-  aku suka bibir dia .





Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:45 PM | Show all posts
cepat minions..your evil lord sudah bersuara...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
No yes man
Tp bila ada org pertikai dia terus kena singkir dr league
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.074768 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list