View: 7358|Reply: 10
|
7 makanan ringan yang sihat
[Copy link]
|
|
Makanan ringan samada snek (snack foods) ataupun snek kurang zat (junk foods) adalah makanan mudah guna yang termasuk dalam kategori makanan segera. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit untuk disediakan samada sejuk ataupun panas. Walaubagaimanapun, makanan ringan sering dikaitkan dengan makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan dan cara penyediaannya. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan ringan yang menyihatkan:
1. Kacang
Segenggam kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang lain dalam sehari tidak akan menggemukkan. Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, fosforus dan kandungan protein yang tinggi. Ia bukan sahaja dapat mengalas perut yang sedang berkeroncong, malah makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis akan dapat membantu kekurangan zat di dalam badan.
2. Telur
Telur sering dikaitkan dengan kegemukkan kerana mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Walaubagaimanapun, jika kita bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, ia akan menjadi hidangan yang sihat kerana manfaat telur lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin serta mineral malah mengandungi sumber protein yang tinggi dan boleh membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama.
3. Avokado
Avokado adalah buah sihat yang kaya dengan lemak tidak tepu dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Mengambil avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah. Selain disediakan dalam bentuk jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwich atau dimakan bersama sushi.
4. Ayam goreng
Ayam goreng mengandungi protein yang tinggi iaitu sebanyak 16% dan lemak sebanyak 15%. Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B1, B2, niasin, kalsium dan zat besi. Sekiranya minyak yang digunakan semasa menggoreng berkualiti, ayam goreng boleh menjadi sumber makanan yang baik.
5. Yogurt
Susu yang berasa masam ini bukan sahaja sedap malah mempunyai khasiat yang pelbagai. Selain kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium ia juga mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin yang dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.
6. Cendawan
Cendawan adalah makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang dengan lebih lama. Ia bukan sahaja mampu merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah, malah dapat meningkatkan sistem ketahanan badan. Makan semangkuk sup cendawan lebih elok berbanding mengunyah sepotong pizza atau sepinggan mee segera.
7. Roti Gandum
Bagi yang sedang mengamalkan diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) adalah hidangan ringan yang kaya dengan vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan yang memberikan rasa kenyang dengan lebih lama.
Rujukan gambar:
http://drrozmey.files.wordpress. ... jpg?w=300&h=199
http://www.healthy-dietpedia.com ... inkberry-yogurt.jpg
http://www.cuti.com.my/album/alb ... 0kacang%20tanah.JPG
http://2.bp.blogspot.com/-CIWyFb ... cendawan+butang.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-S-67eT ... m+goreng+renyah.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-rhQgGv ... /Buah%2BAvokado.JPG
http://www.nibbledish.com/public ... _130b121ac7_o.jpgtr
trymasak.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ayam goreng?
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke orang nk makan avokado sebagai snek |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by manjalara_01 at 27-10-2015 02:20 PM
ma_rul: ada ke orang nk makan avokado sebagai snek
i pun x suke avokado....
alhamdulillah...dh tukar makan roti putih ke wheat bread...
tp the best roti is roti buatan sendiri la....cause kalau tgk ramuan..roti yg kite beli utk makan hari2..tu
mcm2 ramuan...die pakai...so paham2 je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Telur dan ayam goreng dikira ringan eh? Ehhh? |
|
|
|
|
|
|
|
ma_rul replied at 26-10-2015 03:03 PM
ada ke orang nk makan avokado sebagai snek
Mkn sebagai inti sandwich sedap. Makan dgn sushi pun sedap. Jadikan milkshake + choc = SYURGA DUNIA |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam goreng????
Roti????
4 keping roti bersamaan dengan sepinggan nasi so sila makan paling banyak pun dua keping saje |
|
|
|
|
|
|
|
Avocado tu .. good fat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|