|
Oleh Fyruz Hanna
Zaman ini menyaksikan perubahan yang amat drastik baik dari segi pembangunan, teknologi, pendidikan dan bermacam lagi. Tidak terkecuali dunia fesyen yang sentiasa pantas berubah mengikut arus perkembangan trend semasa diseluruh dunia.
Dalam dunia Melayu kini, fesyen bertudung menjadi satu trend dan ikutan setiap wanita tanpa mengira umur. Bermacam-macam gaya hijab terkini terdapat dipasaran, ada instant shawl, selendang pari, gaya neelofa, gaya kak faridah dan bermacam-macam lagi. Cantik memang cantik, manis memang manis, menarik apa tah lagi. Namun apakah yang mencacatkan imej dan kesopanan seseorang yang bergelar wanita Islam?
"Hijab tu... tutup la dada kak", kata adik pada kakaknya.
"Sayang..labuhkan selendang you tutup dada." kata si suami.
Namun, sesetengah wanita tetap berkeras dan menjadikan trend sebagai alasan. Kalau pakai tutup dada, tak cantik lah katanya!
Tidak kurang yang memberi alasan :
"At least i bertudung...", keluh wanita.
Mungkin ada kaum hawa yang berkata "Arghhh lelaki, mereka harus menjaga pandangan bersandarkan pada Surah An-Nur, ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat“.
Sebagai wanita Muslim yang berpegang pada ajaran Islam adakah kita bebas berpakaian "membalut badan" hanya kerana setiap lelaki perlu menjaga pandangan? Tanggungjawab wanita sebenarnya tidak lepas kerana ia sudah dinyatakan didalam surah An-Nur, Ayat 31
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.
Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.
Jadi, janganlah kita menjadikan "trend" sebagai alasan untuk kita berpakaian bebas tanpa menjaga adab-adab dan tuntutan agama. Berfesyen tidak salah, namun perlu juga difahami bahawa menutup aurat bukanlah sekadar "menutup rambut" dan "membalut badan". - CARI Infonet.
Nota: Kesemua gambar adalah hiasan semata-mata
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|