View: 3949|Reply: 5
|
Nak Cantik, Pakai Seluar Dalam Di Kepala
[Copy link]
|
|
Macam unik pula cerita kali ini, tetapi inilah yang berlaku di Jepun. Mungkin terlalu kreatif, sehinggakan seluar kecil juga dijadikan aksesori sehingga menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini ada produk baru yang disebut 'pantsu shushu' yang bererti 'ikat rambut seluar dalam'. Fesyen ini dicipta oleh dua orang designer bernama Hiroka dan Pochi yang kononnya mahu menghasilkan aksesori yang lebih berbeza, unik dan tampak cantik apabila dipakai.
Masyarakat Jepun mula mengatakan tentang 'pantsu shushu' sejak setahun yang lalu. Kebanyakan lelaki menjadi pelik dan tertanya-tanya sama ada adakah wanita menggunakan seluar dalam sebagai pengikat rambut. Ini kerana jika dilihat bentuk dan fabrik yang digunakan, memang jelas seperti sejenis seluar dalam! Siap ada renda dan riben, comel bukan?
Idea yang agak pelik ini terbukti berjaya apabila ramai wanita Jepun yang menggayakannya sebagai aksesori kepala. Ya, bentuknya sama dengan seluar dalam, hanya ukuran saja lebih kecil.
Lebih menarik, ada tiga warna yang untuk pilihan iaitu peach, hijau dan hitam. Cuba tengok dalam gambar, memang sebiji rupa seluar dalam. Cara memakai ikat rambut ini sama juga seperti memakai getah ikat rambut biasa, hanya bentuknya sahaja sedikit berbeza. Silap-silap ada yang buat gelang tangan sebab bentuknya agak menarik.
Eh, anda juga berminat? Atau ada yang mahu tengok, bolehlah membelinya secara online di Village/Vanguard’s dengan harga 756 yen untuk satu ikat rambut.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
ish ish ish.... tak sanggup aih |
|
|
|
|
|
|
|
ini mini lam lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai pun x sanggupn |
|
|
|
|
|
|
|
Klu mcm ni.. tk cantik pn tkpe la! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|