CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7108|Reply: 51

[Tempatan] SPRM 'tak boleh dedah' siapa derma RM2.6b

[Copy link]
Post time 5-8-2015 08:22 PM | Show all posts |Read mode
SPRM 'tak boleh dedah' siapa derma RM2.6b
7:22PM - 5 Aug 2015



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menegaskan bahawa badan itu tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang menyalurkan wang RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Satu kenyataan SPRM yang tidak ditandatangani menyebut, badan itu juga telah mendapatkan penjelasan daripada individu “Timur Tengah” menyalurkan derma tersebut.

“Hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu.

“SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada perdana menteri.

“SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut,” kenyataan itu dipetik.

Badan itu juga sekali lagi menegaskan bahawa sumbangan derma tersebut RM2.6 billion tiada kena mengena dengan 1MDB sama sekali.

Ia turut menjelaskan bahawa SPRM hanya menumpukan siasatan pada siasatan ke atas SRC International dan kemasukan dana ke akaun Najib.

Kedua-dua siasatan berkenaan masih diteruskan, kata SPRM.

“SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International ataupun mengenai dana RM2.6 bilion."

"Siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan
dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.

"Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ni sprm ka macai balaci najib yg cakap?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Vavi sgt nko Bijan....

Cepat2 la dapat cash lahanat Bijan kepit.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:30 PM | Show all posts
Hai... takkan takut nak bgtau siapa yg keluarkan kenyataan ni.... sprm boss pun tak mau nama depa disebut sbb tahu akan masa depan rakyat akan tahu jugak perkara sebenar..... forever nama tertera dlm kenyataan seumpama ni akan disebut sebut oleh rakyat marhain...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:32 PM | Show all posts
Sebab inilah org masih percaya dengan blog dan website asing. Offical source tak menjawab persoalan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya cuma nak tau..duit RM2.6B tu masih ada ke lagi dlm akaun Tok Jib tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 08:33 PM | Show all posts
kalau uit tu duit derma, maner pergi nyer duit 1mdb? banyak sangat benda yang mesian government potong untuk tahun yang akan dating ini sebab takde duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:34 PM | Show all posts
Tak boleh kasi tahu... nanti kurang pahala..derma kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kan penyamun nak dedahkan identiti perompak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:43 PM | Show all posts
Alhamdulillah murah rezeki jibby Kita tak boleh mempertikaikan rezeki orang lain, itu seperti mempersoalkan tuhan kan sis? So case closed lah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:49 PM | Show all posts
tu nak berahsia2 sangat
mesti dari 1mdb kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:50 PM | Show all posts
sekejap sumbangan ahli umno. sekejap sumbangan daripada timur tengah. menipu berlapis-lapis
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
flying_cow replied at 5-8-2015 12:43 PM
Alhamdulillah murah rezeki jibby Kita tak boleh mempertikaikan rezeki orang lain, itu seperti m ...

Betul la uols.....Bijan kepit tuh kan dah macam 'tuhan' pemberi rezki kat penjilat2nya.....

Bertabah la uols.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak speku sikit. Kerajaan qatar derma agar najib basmi isis di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:18 PM | Show all posts
adakah militan IS yg mendermakan duit itu.....










untoooong laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:25 PM | Show all posts
hanya najib je yg bleh jawab semua ni sbb tu akaun dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 09:27 PM | Show all posts
ultra78 replied at 5-8-2015 08:32 PM
Sebab inilah org masih percaya dengan blog dan website asing. Offical source tak menjawab persoalan  ...

official statement pun anonymous gitu. cuma petik nama SPRM jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sarawak report ke wsj dpt dedahkan nama penderma tue
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:48 PM | Show all posts
Nampak tak? Cuba pandang dari sudut positif bahawa sang penderma ada sikap tidak suka menunjuk-nunjuk bila menderma.. Ni baru derma RM100,000 kecoh masuk surat khabar.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ni derma dari emails dari putera raja yang mintak tolong tu..najih je baik hati tolong. yang kita ni dok ingat spamm

rugi..rugi..kalo tak 2.6b masuk acc :zz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042235 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list