View: 6090|Reply: 6
|
6 gaya yoga ini untuk tajamkan Hidung anda
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Semua orang inginkan bentuk badan yang sempurna. Tubuh yang tinggi, kaki yang cantik, pipi tirus, perut leper. Jadi wanita begitulah... semua harus sempurna.
Walaupun ada pendapat mengatakan bentuk hidung tak boleh berubah hanya dengan gerakan luaran namun tak salah mencuba kan?
1.Tarik bibir ke bawah dan tekan
Tarik pipi dan bibir ke bawah dan pastikan hidung juga ditarik ke bawah. Setelah itu, tekan dengan jari bahagian yang kembang itu. Ulang selama 10 saat. Dengan gerakan sebegini ia mampu menjadikan otot hidung kamu lebih kuat dan sihat.
2. Pose Yoga 'Nose Up'
Teringat gerakan yoga sebegini jika dulu buat sewaktu sekolah seperti mengejek ada haiwan tu namun tak sangka pula gerakan sebegini mampu memancungkan hidung.Jom!
3. Picit bahagian hidung dikedua-dua sisi
Caranya mudah sangat! Hanya letakkan jari di tepi hidung sambil tekan tepi hidung dibahagian kiri dan kanan.
4. Senyum angkat hidung
Walaupun mungkin sesetengah dari kita tak comel lakukan ini, tapi ia boleh membantu menyamari garisan hidungmu yang kembang. Hanya perlu senyum dan angkat hidung ke atas. Lakukan selama 5 saat dan ulang selama 10 kali.
5. Cubit bahagian atas hidung selama 5 - 6 saat.
Selain memancungkan ia juga membantu mengurangkan sakit kepala. Jika anda diserang sakit kepala tiba-tiba anda boleh juga lakukan yoga ini dan anda akan merasa lebih tenang dan kurang stress.
6. Jaga pernafasan -yoga breath
Caranya tutup lubang hidung sebelah kanan dengan tangan dan tarik nafas perlahan-lahan menggunakan hidung kiri. Dan ulangi untuk hidung sebelah kanan. Anda dinasihatkan menarik nafas secara perlahan-lahan kerana ia mampu menenangkan fikiran sambil mengawal jumlah udara yang masuk ke dalam paru-paru anda.-CARI Infonet.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
berkesan ke ni?kalau jadi lagi kembang macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
pose yoga up tu.. kkala la.. memang sekarang ni budak2 nak ejek orang pun pakai mcm tu.. hahah nak suh dorang buat banyak kali la.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
knp lah tak appreciate apa yang Allah dah kasi.. nk mancung2 pulak huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..x salah cuba.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan Iran yg mancung2 pon tak nak hidung mancung dorg tu..sb tak menarik..dorg sggup buat operation nk hidung mcm kpop |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|