Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kadangkala kita tidak terfikir bahawa dengan melakukan sesuatu yang mudah serta ringkas (simple idea) tetapi ianya sangat kreatif dan praktikal untuk digunakan serta hasilnya sangat memuaskan.
Mungkin salah satu dari idea kreatif dan mudah (simple and creative) ini mungkin berguna buat anda. Mudah sahaja...anda pun boleh lakukan. Ya! Lakukannya sendiri (DIY- Do It Yourself)!
1. Subang anda sering kehilangan pasangannya dalam simpanan? Gunakan teknik ini...hanya perlu butang! Kepilkan sepasang subang anda bersama-sama pada satu butang tersebut sebelum ianya disimpan.
2. Untuk menjimatkan ruang gantung dalam almari pakaian dan untuk menggantung lebih banyak pakaian, lakukanlah penggantungan berganda... Kalau 'hanger' anda kuat, gantunglah berganda-ganda!
3. Perasankah anda, kebanyakan periuk mempunyai tangkai yang berlubang dihujungnya? Selain dari kemudahan untuk menggantung, lubang tersebut sebenarnya berfungsi untuk memegang sudip atau senduk anda semasa memasak! Satu idea yang sangat kreatif dan bermanfaat!
4. Tahukah anda bahawa menyusun pakaian yang telah dilipat di dalam laci atau almari pakaian secara menegak sebenarnya menjimatkan ruang dan lebih banyak pakaian boleh disimpan!
5. Gunakan penapis serbuk kopi (coffee filter) sebagai lapisan bawah di dalam pasu bunga anda untuk mengelakkan tanah dari terkeluar,
6. Selalu ada masalah pintu terkunci dari dalam atau mahukan pintu sentiasa bebas untuk dibuka dan ditutup tanpa dikunci serta tanpa masalah dentuman yang kuat... Hanya letakkan gelungan getah (rubber band) untuk menghalang punat kunci tersebut! Ringkas tetapi sangat praktikal!
7. Kegunaan getah pemadam bukan sahaja memadam kesalahan di buku latihan tetapi juga boleh digunakan untuk memadam sebarang kotoran degil disebarang permukaan!
8. Gunakan kotak tisu terpakai untuk menyimpan plastik beg terbuang anda... Kemas disimpan dan mudah diambil untuk digunakan semula!
relaksminda.blogspot.com
|