CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5665|Reply: 49

[Tempatan] Badi Ahmad Maslan? Siapa kata pilihan raya esok, ada banyak masa lagi, kata PM

[Copy link]
Post time 2-8-2015 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 2-8-2015 01:48 PM

Siapa kata pilihan raya esok, ada banyak masa lagi, kata Najib

OLEH RAM ANAND
Published: 2 August 2015 8:02 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siapa-kata-pilihan-raya-esok-ada-banyak-masa-lagi-kata-najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas yang BN akan tewas dalam pilihan raya umum jika ia diadakan sekarang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 Ogos, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) dan Umno masih mempunyai banyak masa untuk meraih keyakinan orang ramai kerana pilihan raya tidak akan diadakan "hari ini atau esok".

Kenyataan beliau itu dilihat seperti menjawab dakwaan timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas yang BN akan tewas dalam pilihan raya umum jika ia diadakan sekarang.

"Ada orang kata kita akan kalah jika pilihan raya diadakan hari ini. Siapa kata pilihan raya hari ini? Bukan hari ini, bukan esok," kata Najib pada mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu hari ini.

"Kita ada cukup banyak masa untuk itu, untuk mendapatkan keyakinan orang ramai," katanya.

Muhyiddin Ahad lepas memberi amaran tentang kedudukan BN dari persepsi masyarakat sekarang disebabkan oleh kontroversi yang menyelubungi sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau bagaimanapun memberi amaran, Umno perlu menukar kaedahnya jika ia mahu berjaya dalam pilihan raya yang akan datang, mengatakan ia sering kali tidak memberi tumpuan kepada rakyat "di luar dewan."

"Kita selalu fikir, kita bawa rakyat ke dalam dewan, dan mereka semua sokong kita. Kita lupa kepada orang di luar dewan," katanya.
"Kita perlu melihat kepada program kita untuk turut mendekati mereka yang di luar dewan," katanya.

Beliau berkata, sia-sia sahaja parti mencurahkan begitu banyak tenaga bagi program seperti itu jika ia tidak membuahkan hasil.

"Saya selalu cakap, hasil itu penting, bukan sahaja usaha yang dicurahkan," katanya.

Najib berkata, beliau sendiri turut berasa "tertipu" apabila kira-kira 30,000 orang hadir pada satu programnya di Selangor pada pilihan raya umum yang lalu.

"Saya fikir, oh, tengoklah betapa ramai yang keluar, orang-orang ini akan mengundi kita. Tetapi, mereka tidak mengundi kita," katanya. – 2 Ogos, 2015.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku makin benci dengan kenyataan bangang macam takde sekolah ni!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:00 PM | Show all posts
Bila dah bergelumang dgn menteri2 syok sendiri.. Ermmm menyampahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:00 PM | Show all posts
xpe la .. next pru melingkup sudaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:02 PM | Show all posts
Kepada Encik Bijan, spin la macam mana pon.
PRU lepas ni tgk la nasib kau dan BN.

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:04 PM | Show all posts
fooookeyyymak punya bijan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2015 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp uolls melayu mudah lupa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla n indon ramai. Bg diorg ic sempat la diorg turun  buang undi. Tu yg dia relax je tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 10:13 PM | Show all posts
lazim replied at 2-8-2015 10:00 PM
xpe la .. next pru melingkup sudaa

xnampak tu bijan kata..ada banyak masa nak tarik sokongan..pergi setiap bahagian..bagi sorang 2 hadiah menunaikan haji..janjikan yang lain-lain tahun depan..then umum brim naik dari yang lepas..bagi baucer beli smart phone lagi pada belia..dan macam-macam lagi plan beliau untuk next 2 year..so pada pru bn akan menang.. tambah lak dap n pkr makin besar kepala..buli pas..xder saper nak sokong dap pkr..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah dap lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:17 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 2-8-2015 10:13 PM
xnampak tu bijan kata..ada banyak masa nak tarik sokongan..pergi setiap bahagian..bagi sorang 2 ha ...

aku ni tak minat pr. tapi masalahnya bn dh busuk sgt. biar melingkup smua kasi bersih balik.. kot yg baru pon busuk jgk, tendang lagi tiap2 5 thn
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:22 PM | Show all posts
lazim replied at 2-8-2015 10:17 PM
aku ni tak minat pr. tapi masalahnya bn dh busuk sgt. biar melingkup smua kasi bersih balik.. kot  ...

jangan sebelum pru dia penjarakan semua lawan dia dah lah..dia ni dah lah unexpected..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:29 PM | Show all posts
betullah kata najib? besok bukannya pRU
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:30 PM | Show all posts
nanti nak dekat PRU...Brim kita up...kasi 2000 setahun..minyak trun 1.70
makcik pakcik tersungkur sujud sekali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:39 PM | Show all posts
kittycomel replied at 2-8-2015 10:11 PM
Bangla n indon ramai. Bg diorg ic sempat la diorg turun  buang undi. Tu yg dia relax je tu

klu bang abuk berjaya jadi ditaktor baru di malaysia ni sekurang kurangnya korang akan menyaksikan berita ditaktor ni melakukan mass genocide terhadap 500 000 pendatang2 ni...manakala berjuta yang lain mencicit lari ke ibu pertiwi masing2 dengan bot, kapal terbang atau berenang. banyak dari mayat2 tersebut akan hanyut terdampar di hanyutkan arus ke negara2 jiran.



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:42 PM | Show all posts
MissNigga replied at 2-8-2015 10:04 PM
fooookeyyymak punya bijan

sabarlah nigga.... cepwan pun tak larat tutup muka di airport amsterdam, kena tegur dgn passenger kokesen pasal pokjib neh....

chefwan58At last our MH 19 was pulled over to the gate.
Our flight is obviously delayed but dont i understand why the Business lounge told us its on time and kita pun turun la ke gate and saw the plane pun belum ada lagi at the gate.
Almost 25 mins later baru la the plane was pull back to the gate.
Agaknya depa pi sental jamban tadi kasi bersih2 la kot baru mai dah tu and not because of something else la.
Alhamdulilah janji dapat balik hari ni.
Schedule to arrive 7am esok.
While talking to 2 Dutch guests that knew me through TV and flying with us they have asked me this.
" Its incredible that despite all this allegation of Coruption by your PM that we just read on the UK Daily mail that he can fire his Deputy PM and close the Business publication"
This is most embarrasing for your country that someone can be above the law!
I just smile and said " Perhaps the law need to prove that"

Kita pun rasa malu tak tau apa pun nak comment.
Everyone is talking about this globally.
Imagine if there no confidence by all the foreign investors how much negara kita akan kerugian?
#chefwan
6h


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 10:52 PM | Show all posts
Najib berkata, beliau sendiri turut berasa "tertipu" apabila kira-kira 30,000 orang hadir pada satu programnya di Selangor pada pilihan raya umum yang lalu


Dah bodo, kena perbodohkan pulak...sah-sah la yg 30,000 tu semua kena paksa, budak sekolah, budan IPT, cikgu cikgi semua kena pergi, dari Felda pun angkut...

Selayaknya la ko kena tipu....yg itu pun tak boleh fikir
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:52 PM | Show all posts
milo_888 replied at 2-8-2015 10:42 PM
sabarlah nigga.... cepwan pun tak larat tutup muka di airport amsterdam, kena tegur dgn passenger  ...

ntahler uols ...
iols ni dah meluat tahap max ngan si bijan nie ...
dia ni .. tak dok mata n telinge ker ... tak dok emosi ker ... ngan apa yang rakyat dok perkata ttg dia kat internet ...
kat muka buku heols .. berbakol bakol rakyat cerca .. keji .. mengutuk heols saban hari ... never in my life as malaysian ever seen our own PM being insulted up to that level by malaysian ppls ... but still he is acting as nothing major is happening ... wtf....
Iols mmg mengharap sangat ler agar Tuhan bayar cash kat PM shiok sundirik ni tyme dia masih hidup ...

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 10:56 PM | Show all posts
sejadah dalam rumah pun tak ada.....puasa tak pernah..raya je sakan terbang sampai bintulu..

lagi ada hati mahu harap tuhan bayar cash..





Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 11:01 PM | Show all posts
MissNigga replied at 2-8-2015 10:52 PM
ntahler uols ...
iols ni dah meluat tahap max ngan si bijan nie ...
dia ni .. tak dok mata n t ...

strategi dia tu yang menjadi... dia pegang kepala pengikut2 di peringkat akar umbi dengan mcm2 habuan... sapa berani nak lawan...

nak sangat kenal anak2 pemimpin2 penjilat najib neh... nak tengok sikit semewah mana hidup mereka sampai begitu tegar sokong...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.664058 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list