CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9210|Reply: 50

[Dunia] Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa

[Copy link]
Post time 31-7-2015 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa
Jul 31, 2015



TAIPEI – Aik….panda pun pandai menipu. Jangan terkejut apabila seekor panda di zoo Taiwan berjaya memperdayakan orang ramai dengan menipu konon mengandung untuk membolehkannya menerima layanan istimewa daripada pihak zoo.

Panda itu yang dikenali sebagai Yuan Yuan, pernah mendapat keistimewaan ditempatkan dalam bilik berhawa dingin, penjagaan sepenuh masa dan mendapat makanan buah-buahan segar serta buluh ketika mengandung pada 2013.

Susulan itu Yuan Yuan berkelakuan seolah-olah dia mengandung kali kedua bagi mendapatkan layanan sama.

Tanda fizikal yang disangka oleh pengurusan zoo bahawa Yuan Yuan mengandung adalah peningkatan selera makan, rahim menjadi tebal dan peningkatan kepekatan progestoran pada najisnya.

Keadaan itu sama seperti panda itu mengandung sebelum ini.

Namun selepas pakar dari China diterbangkan ke Taiwan, barulah mereka mengetahui bahawa Yuan Yuan tidak mengandung, berdasarkan kepada ujian ultrasound.

Menurut pakar, Yuan Yuan memahami perbezaan layanan yang diterimanya apabila mengandung dan ketika tidak mengandung.

Yuan Yuan dihadiahkan oleh kerajaan China kepada Taiwan pada 2008. Panda itu didatangkan berpasangan dengan Tuan Tuan. – Mynewshub.cc


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerdik panda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 02:52 PM | Show all posts
Camne dia boleh induce perubahan pada fizikal dia ye? Rahim menebal, tingkatkan progesteron tu sume?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi panda di Zoo Negara kita tu tak perlu tunggu mengandung pun dah dapat merasa tinggal di bilik berhawa dingin dan diberi makan buluh . Malah sempat dipeluk dan dibelai Kak Mah.
Entah-entah kalau ia mengandung dapat tinggal satu bilik di Sri Perdana selama 9 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:04 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 31-7-2015 06:56 AM
Tapi panda di Zoo Negara kita tu tak perlu tunggu mengandung pun dah dapat merasa tinggal di bilik b ...

hahahahahhahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:05 PM | Show all posts
Panda mmg spesis haiwan yg kena duduk kat tempat sejuk bukan sengaja nak letak dalam bilik ada aircond pun...kang mati tak memasal pulak kena lagik..kat Ya'an (habitat asal Panda yg ada kat Malaysia sekarang) sana cuaca mmg sgt sejuk.....harap memahami ye. trimas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
panda zoo kite tu bila nak mengawan...?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:15 PM | Show all posts
jargon replied at 31-7-2015 03:06 PM
panda zoo kite tu bila nak mengawan...?

Panda di zoo kita lagi hebat..taste tinggi wooo... panda2 lain mana bole celen...
Pana kita pandai melawa.. pandai bikin rambut...pandai pakai intan berlian... ehhhh pandai pakai henbeg pulak tuuuuu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 03:18 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 31-7-2015 02:56 PM
Tapi panda di Zoo Negara kita tu tak perlu tunggu mengandung pun dah dapat merasa tinggal di bilik b ...

panda dah mmgnya dok habitat sejuk n makanan dia buluh. tak cerdiknya komen. camana boleh jadi momod ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:19 PM | Show all posts
yellowfin replied at 31-7-2015 03:15 PM
Panda di zoo kita lagi hebat..taste tinggi wooo... panda2 lain mana bole celen...
Pana kita pand ...

mcm kenal jer......
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:23 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 31-7-2015 02:56 PM
Tapi panda di Zoo Negara kita tu tak perlu tunggu mengandung pun dah dapat merasa tinggal di bilik b ...

ko tak rasa panda tu mengalami nightmare ke der kalau kena duduk sebilik dgn big mama?


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:26 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 31-7-2015 02:56 PM
Tapi panda di Zoo Negara kita tu tak perlu tunggu mengandung pun dah dapat merasa tinggal di bilik b ...

Isteri spidey dulu dapat layanan istimewa tak masa dia mengandung?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan Tuan dan Yuan Yuan

; P

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:29 PM | Show all posts
Namo pon panda, kalu namo dio bodo lain la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:29 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 31-7-2015 02:56 PM
Tapi panda di Zoo Negara kita tu tak perlu tunggu mengandung pun dah dapat merasa tinggal di bilik b ...

makne nye abg spidey kakmah nak bagi panda tido seri perdana...japgi dia jeles bijan layan panda lebey dari badak...wajib kena c4
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:30 PM | Show all posts
Serupa caprut2 yg menyemak kat msia semua claim bumi spy dpt hak istimewa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 03:46 PM | Show all posts
macam comel je macam comel jewww
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Panda byk sgt nengok drama tb3suku kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kucen_miang replied at 31-7-2015 03:18 PM
panda dah mmgnya dok habitat sejuk n makanan dia buluh. tak cerdiknya komen. camana boleh jadi mom ...

Baru ku tahu jd momod kena cerdik. Kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 31-7-2015 03:06 PM
panda zoo kite tu bila nak mengawan...?

Bkn ke die br pas beranak sblom mai malaysia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.085962 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list