View: 3802|Reply: 16
|
[Dunia]
Nenek Rupa-Rupanya Pembunuh Bersiri
[Copy link]
|
|
Nenek Rupa-Rupanya Pembunuh Bersiri
Jul 30, 2015
http://mynewshub.cc/2015/07/30/nenek-rupa-rupanya-pembunuh-bersiri/#gs.20be96d730d24a8ea12a04fdc4505131
RUSIA – Jika dilihat kepada rupanya, nenek ini kelihatan seperti orang tua biasa tetapi siapa sangka dia merupakan pembunuh bersiri.
Tatiana Samsonova, 67, mengaku telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dengan mayat mereka telah dikerat dan dipotong di bandar St Petersburg.
Pengakuan itu ditulis oleh Tatiana di dalam diari dengan pembunuhan berkenaan diakui dilakukannya sejak dua dekad lalu.
Dia akan memotong kepala mangsa dan mengerat mayat mereka.
Rahsia bekas pekerja hotel itu terbongkar selepas mayat seorang lelaki berusia 79 tahun yang dijaganya ditemui.
Polis kini meneliti semula kes-kes yang belum diselesaikan sejak 20 tahun lalu.
Turut ditemui di rumahnya ialah kad perniagaan seorang lelaki yang mana mayatnya yang dikerat ditemui di jalan yang sama, 12 tahun lalu. Dalam diarinya, Tatiana turut menulis mengenai tatu lelaki tersebut.
Salah seorang lagi mangsa dipercayai suaminya, dilaporkan hilang pada 2005.
Suaminya itu bagaimanapun tidak pernah ditemui sama ada hidup atau mati.
Selepas ditangkap, Tatiana memberitahu polis bahawa dia merupakan bekas aktres dan pernah mempelajari balet.
– MYNEWSHUB.CC
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mental la nenek ni. tak pasal2 tua2 masuk penjara |
|
|
|
|
|
|
|
dia bunuh utk apa?
wat masak lemak cili api ka? |
|
|
|
|
|
|
|
nnt criminal minds leh la wat citer camni plak
xpnh lg kan nenek jd serial killer
atok2 ade la |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali tengok nampak ala tak berdaya tapi pembunuh bersiri ropanya. Nanti mesti ada citer pilem pasal nenek ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk muka pun semacam je, nenek pun pnh menjadi muda..yg baru2 ni nenek kt China g terajang pemandu bas pulak ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita Prisoners lakonan Hugh Jackman & Jake Gyllenhaal... kisah nenek kidnap budak kecik.. lepas tu dia cuba bunuh bapak budak tu dengan sorokkan dlm lubang bawah tanah... |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas ditangkap, Tatiana memberitahu polis bahawa dia merupakan bekas aktres dan pernah mempelajari balet.
slalu belakon sbg pembunh gamknya... |
|
|
|
|
|
|
|
dia akan bunuh org2 yg menyusahkan hidup dia kot |
|
|
|
|
|
|
|
nnt mesti jd movie ni. dah bole bygkan salji2 putih darah merecik2![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
seremmmmmmmmmm ![](static/image/smiley/onion/scare.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pembunuh berdarah dingin ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada full story tak kenapa dia membunuh????? ....... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat lakonan mak cik melissa leo
dialog diungkapkan still igt smpi skrg ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ada seorang nenek lg awal jd serial killer, Dorothea Puente dari USA. Dia buat rumah khas utk menjaga org2 tua dan OKU... Tapi nenek ni curi cek dan menipu wang org di bawah jagaannya, kemudian bunuh dan tanam mayat2 mangsa di halaman rumah yg sama.
![](http://www.thehorrorzine.com/Puente/dp2.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|