Najib bakal keluarkan buku untuk menjawab tuduhan terhadapnya
Jasa keluarkan buku jawab tuduhan terhadap Najib
Unit propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), mengeluarkan senaskhah buku 47 muka surat yang menggariskan "22 jawapan" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjelaskan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Buku tersebut diedarkan kepada lebih 300 ahli Umno pada mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban di Paroi, Negeri Sembilan, hari ini, yang dijadualkan dirasmikan Najib selaku presiden parti. Turut disertakan sekeping risalah yang mengandungi penerangan dalam bentuk yang lebih padat, tetapi tidak dinyatakan nama penerbitnya. Dalam buku kecil itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mengulangi "pembohongan pembangkang" tentang pentadbiran Najib. Maklumat dalam buku itu semuanya diambil dari Najib. Sementara risalah itu menyatakan, jika Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri seperti yang dituntut Dr Mahathir, negarawan yang berusia 90 tahun itu akan dapat "campur tangan" dalam pentadbiran negara. – 1 Ogos, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.2vZYd1hu.dpuf
|