CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4810|Reply: 28

[Tempatan] Isteri jadi heroin pukul penyamun

[Copy link]
Post time 28-7-2015 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Isteri jadi heroin pukul penyamun

Norafidah Ass an
28 Julai 2015
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/isteri-jadi-heroin-pukul-penyamun-1.413569


Pergelangan tangan kiri mangsa cedera ditetak dengan parang dalam kejadiaan cubaan samun di rumahnya di Felda Palong 6, kelmarin. Gambar kecil: Superintendan Hamzah Alias

JEMPOL - Berang kerana melihat suami ditetak, seorang isteri bertindak mencapai sebatang besi lalu memukul sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun sebuah rumah didiami tiga beranak di Felda Palong 6, di sini, kelmarin.

        Malah tindakan wanita berusia 58 tahun itu juga menyebabkan lima lelaki bertopeng berkenaan terus melarikan diri tanpa sempat menggeladah rumah tersebut dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi.

        Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kelima-lima lelaki itu memasuki rumah yang didiami wanita berkenaan bersama suami dan anak lelaki masing-masing berusia 62 dan 26 tahun ketika ketiga-tiga beranak itu sedang tidur di bilik.

“Mangsa dikejutkan dengan bunyi kerusi jatuh di bahagian dapur lalu bangun dan keluar untuk meninjau keadaan sebelum mereka dikejutkan dengan kehadiran lima lelaki berbadan tegap dan bertopeng muka.

“Tidak lama kemudian, anak lelakinya keluar dari bilik namun kemudian diheret suspek ke luar rumah melalui pintu belakang,” katanya ketika mengesahkan laporan, semalam.

        Hamzah berkata, suspek bertindak memukul anak wanita terbabit menggunakan kayu getah sebelum terlihat suaminya cedera ditetak menggunakan parang.

        "Wanita terbabit terus mencapai sebatang besi berhampiran dan dalam keadaan kelam-kabut memukul suspek namun tidak dapat dipastikan berapa orang yang dipukul.

        "Kesemua lelaki yang dipercayai warga asing itu kemudian melarikan diri ketika mangsa menjerit meminta pertolongan," katanya.

        Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kerugian membabitkan harta kerana suspek tidak sempat menggeledah kediaman tersebut.

        "Bagaimanapun, suami wanita terbabit yang cedera di bahagian pergelangan tangan kiri menerima 12 jahitan selepas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Palong 4,5 & 6.

        "Polis kini sedang memburu suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 393 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 10:34 AM | Show all posts
jangan main-main dengan pompuan yang naik hantu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:34 AM | Show all posts
Alhamdulillah makcik dikurniakan keberanian luar biasa

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:34 AM | Show all posts
hebatt pompuan ni..

berjaye menakutkan 5 org jate perampok  yg tak bertelur ittew..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:42 AM | Show all posts
haha.. mesti makcik tu dah naik antu tgk laki kene tetak... anak kene belasah. kekuatan luar biasa.. keberanian tahap langit ketujuh gitu dah resap masuk dlm badan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:45 AM | Show all posts
ini bukan kali pertama pompuan belasah penyamun....

dulu ada jugak kes pompuan kejar peragut siap langgar lagi si peragut...

and ada pompuan yang flying kick peragut..

lelaki buat apa???meragut?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2015 10:52 AM | Show all posts
delsmomm replied at 28-7-2015 10:34 AM
hebatt pompuan ni..

berjaye menakutkan 5 org jate perampok  yg tak bertelur ittew..

bijan pun tarak tulur sis...hamdalah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:55 AM | Show all posts
kentel replied at 28-7-2015 02:52 AM
bijan pun tarak tulur sis...hamdalah!!!

akak syak dia dah awet tulur dia dgn bersalut emas & dihadiahkan kpd ahkak pink..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 11:02 AM | Show all posts
nasib baik ada batang besi dalam rumah tu. kalau guna penyapu lidi je mesti tergelak-gelak penyamun tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:02 AM | Show all posts
perempuan bila orang tersayang (suami, anak, parents cedera),
dia akan ada kekuatan & keberanian yg luar biasa hebat

kwn aku dgn bapa dia pernah eksiden, sampai je
berita dia eksiden kat mak dia yg tgh pregnant 7bln ++,
mak dia datang, dukung kwn aku yg cedera, drive gi hospital  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:14 AM | Show all posts
never underestimate the power of angry woman
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:26 AM | Show all posts
delsmomm replied at 28-7-2015 10:55 AM
akak syak dia dah awet tulur dia dgn bersalut emas & dihadiahkan kpd ahkak pink..

ahkak pink simpan uols...dalam beg birkin dia...tu jadi pahlawan bugis...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:31 AM | Show all posts
kentel replied at 28-7-2015 03:26 AM
ahkak pink simpan uols...dalam beg birkin dia...tu jadi pahlawan bugis...

iols harap ahkak pink segera pulangkan barang awet tersebut agar beliau mempunyai keberanian untuk beri laluan kpd org len...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mocik ade saka ke pew
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 11:37 AM | Show all posts
delsmomm replied at 28-7-2015 11:31 AM
iols harap ahkak pink segera pulangkan barang awet tersebut agar beliau mempunyai keberanian untuk ...

tak cuols...kakmah masih belum puas menikmati duit rakyat marhaen mcm kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:23 PM | Show all posts
tindakan seorang wanita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 03:30 PM | Show all posts
pompuan kalau betul2 marah mcm gitu laa jadinya..padan muka penyamun tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:51 PM | Show all posts
prempuan klau naik hantu mmg hebattt...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:54 PM | Show all posts
jgn memain aaa pompuan kalau keadaan terdesak angkat kereta pon boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 04:03 PM | Show all posts
Anak lelaki pon x terlawan
Steady makcik..
Sekali dgn ngamuk sekali dgn jerit 5 malaun pon kalah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.568045 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list