CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Kabinet bakal dirombak?..UPDATE - senarai kabinet baru.

[Copy link]
Post time 29-7-2015 12:45 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 12:42 AM
Aku bercakap bukan berdasarkan apa org ckp, apa org tuduh..aku ada pendirian sendiri...tak mcm ko. ...

lol..ini bukan pendirian....ini pendirian ada makna ni ...tgk cara cam kerja tetap sampai raya pun tak cuti ..............mempertahankan yg bergaji? kalau tak takler camni nyer tegar berani mati lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 12:47 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 12:44 AM
Ko mana ada hujah...yg ko ckp pun mcm budak2...anak aku lebih bijak dari ko..tun suruh ko makan ta ...

heheh pokcik............ hujah pokcik pun dgn menteri menteri yg gi debat tu pun standard tu ler lol..idakler hebat mana...... takyah nak bebudak kan forummer pulak dah..idakler tinggi mana hujah pocik..sikit sikit cut paste jer..dan peon-memeon kan org jer ..

hebat lagi hujah forummers lain dlm sini...

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:21 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 11:10 PM
Silakan..tak sapa pun nak halang...masuk dap ke lagi baik..senang kami tak ada lagi gunting dlm li ...

hahahaha ko soh dia snap kad keahlian
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:53 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 28-7-2015 07:13 PM
Sbnarnya tindakan najib ni bagus.... ia bagi perspektif yg jelas untuk yg sebelum ni samar samar.  ...

i like your comment
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 04:28 AM | Show all posts
pusing macang mano pooong...macang tu jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 04:32 AM | Show all posts
jeeja07 replied at 28-7-2015 10:50 AM
Rosmah behind all this?..

sobonar nya...dio suruh tukar kebinet rumah...ni tukar kebet parlimen....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2015 06:17 AM | Show all posts
shamsadis replied at 29-7-2015 03:21 AM
hahahaha  ko soh dia snap kad keahlian

Hehehe..dia ingat bila dia cakap dia ngan ketua kg jkkknya nak keluar umno...saya pujuk atau saya akan sokong Tun dan midin agaknya..

Saya peduli apa dia nak buat apa...org macam tu nak simpan dlm UMNO pun tak guna..tarak pendirian...Tun yg sebelum subuh duk pok pek pok pek, tak suka Presiden UMNO saya UMNO kununnya...sampai lah ni masih gak terheggeh duduk dlm UMNO...budak tu sapa?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:22 AM | Show all posts
Hadi harap Kabinet baharu Najib adil, telus
28 Julai 2015

Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa Pas Pusat di ibu pejabat Pas di sini.
   
Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.
     
Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua ahli Pas supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) jika tidak mahu tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan.

"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang dilaporkan di media sahaja," katanya.
   
Beliau berkata, pimpinan Pas Pusat yang dipilih pada muktamar parti Jun lepas masih mendapat sokongan akar umbi berdasarkan pertemuan beliau dengan kepimpinan di beberapa negeri.

"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2015 06:24 AM | Show all posts
Asyraf Wajdi pakar kewangan Islam
28 Julai 2015

KUALA LUMPUR - Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, seorang pakar kewangan Islam, adalah antara muka baharu dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
   
Anggota Dewan Negara berusia 39 tahun itu berkelulusan PhD dalam Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Loughborough, United Kingdom dan pernah dinobatkan sebagai 'The Most Upcoming Personality in Islamic Finance' semasa Forum Ekonomi Islam Oman pada 2011.
   
Asyraf Wajdi banyak membantu membangunkan dasar Syariah dan kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia serta memberi khidmat nasihat berhubung bidang itu di Oman, Turki, Maldives, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan dan Afrika Selatan.
   
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu juga telah menerbitkan pelbagai jurnal akademik berujukan tempatan dan antarabangsa.
   
Salah satu artikel beliau yang bertajuk 'Banking for the Poor: The Role of Islamic Banking in Microfinance Initiatives' telah menerima 'The 2009 Outstanding Paper Award' daripada Emerald Literati Network, an International Referred Journal Article Publisher.
   
Ketika dihubungi Bernama, Asyraf Wajdi menyifatkan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepadanya sebagai orang muda, bukan mudah digalas melainkan mendapat sokongan dan dokongan daripada semua pihak.
   
"Ia bukan mudah terutamanya dalam menghadapi cabaran pelbagai persepsi yang tercetus dalam kalangan masyarakat terhadap kerajaan hari ini.
   
"Sudah tentu saya perlu menzahirkan semangat untuk bekerja secara amanah, tulus dan berintegriti tinggi supaya kita dapat menarik kembali sokongan dan dokongan rakyat kepada kerajaan," katanya.
   
Beliau yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) berkata, hasratnya adalah untuk memastikan masyarakat Islam secara umum memahami aspek halal haram bukan hanya dalam konteks makanan tetapi dalam hal ehwal pengurusan kewangan.
   
"Hari ini bila kita cakap melalui pematuhan syariah hanya berlingkar dalam konteks kewangan dan perbankan yang telah pun ada peraturan dan undang-undangnya tetapi dalam konteks lain seperti skim cepat kaya, pemasaran 'multi-level' dan sebagainya...saya kira tidak ada lagi satu urus tadbir syariah yang melihat secara holistik," katanya
   
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu optimis perkara itu dapat dilaksanakan secara kerjasama dengan Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab khusus terhadap industri kewangan dan perbankan Islam negara. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 06:24 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 12:42 AM
Aku bercakap bukan berdasarkan apa org ckp, apa org tuduh..aku ada pendirian sendiri...tak mcm ko. ...

Sabar AN..so apa pendapat AN berkenaan kenaikan pangkat anggota PAC??sampai semua kena letak jawatan n menanti perlantikan PAC baru sebelum siasatan diteruskan??

macam mana nak tahu hasil siasatan kalau macam ni lah gayanya??

even report awal PAC pun..Muhyidin Yassin sendiri tidak dapat reportnya..apatah lagi kita rakyat..yang tahu tetiba husni umum..laporan awal PAC 1MDB tiada masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 28-7-2015 03:32 PM
Rosmah : Abg, nak gi mana tu?
Najib : Nak kluar jap tukar kabinet.
Rosmah : Yeayy..Mah nak suma ka ...

better kayu dari plastik sis
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 06:29 AM | Show all posts
pasemboq replied at 28-7-2015 11:28 PM
Aikk.. lambatnya ahli UMNO Kg Paroi.
Dah kena kencing sampai basah kuyup baru nak bergerak ka ? : ...

sembang kencang jer lah orang kedah..xder sorang pun lagi pemimpin umno kedah letak jawatan dalam umno or apa-apa yang menunjukkan tidak sokong najib..even masa ketua bahagian semua pakat buat statement sokong najib..xder dengar pun mana-mana bahagian di kedah buat statement tolak najib.. tapi eloklah korang amik peringatan juga..kalau korang letak jawatan pun..bukan najib nak kisah..paling tidak pun dia lantik orang lain..dia bagi lak habuan kat orang baru tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:32 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 29-7-2015 06:24 AM
Sabar AN..so apa pendapat AN berkenaan kenaikan pangkat anggota PAC??sampai semua kena letak jawat ...

biasalah ada yg turun, ada yg naik pangkat...bukan perkara luar biasa pun.

Yg dinaikkan pangkat...yg lama diganti yg baru....bukan bubarkan pun PAC tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:40 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 29-7-2015 06:29 AM
sembang kencang jer lah orang kedah..xder sorang pun lagi pemimpin umno kedah letak jawatan dalam  ...

Kan saya dah cakap awai2 dah...boleh kata semua bgh2 UMNO menyokong Najib...melainkan Mukris je...tu pun dia tak pun istihar letak jawatan menyatakan sokongan terhadap TUN...semua nak jaga periok nasik gak...ingat Najib baru berpolitik semalam ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 06:43 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 11:39 PM
Bak kata mb n9...tak suka boss...berhenti...tu yg terbaik..jgn jd tun...masih terhegeh2 duduk dlm um ...

"tak suka boss, berenti".ewah. orang bekerja bukan untuk boss. tapi untuk syarikat/pelabur/pemegang saham/rakyat (keja gomen).
apa ke halnya sikit kritik boss, boss jadi cik pon terus usir staff?

ni macam ayat2 sengal, "suka komplen pasal malaysia, pi duk luar negara".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:45 AM | Show all posts
fezy replied at 29-7-2015 06:43 AM
"tak suka boss, berenti".ewah. orang bekerja bukan untuk boss. tapi untuk syarikat/pelabur/pemegan ...

Ye ke?...tapi ko boleh tukar boss kalau ko tak suka dgn boss?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 06:48 AM | Show all posts
Edited by kak_sue at 29-7-2015 06:52 AM

Ini dari suat khabar singapore.....

News Analysis: Najib opens new front in political battle
Malaysian Prime Minister Najib Razak has struck a hammer blow against his critics after removing them from office and pushing back investigations into the alleged money transfers that have shaken his government.
But in doing so, he has likely started a bigger war that he can barely afford, analysts, bloggers and opposition politicians said yesterday. And it is a war certain to trigger more political turmoil.
The sacking of Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, Umno vice-president Shafie Apdal and Attorney-General Gani Patail, among others, was probably the most dramatic political move in the country since the removal of then Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim 17 years ago.


Anwar was sacked by then Prime Minister Mahathir Mohamad amid debate in 1998 over whether to impose capital controls to prevent the flight of funds during the Asian financial crisis. Anwar was later found guilty in the courts of corruption and sodomy.
There are concerns that the sacking of Tan Sri Muhyiddin, for voicing what many Malaysians are asking privately about the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) saga, shows the Prime Minister will not brook any more dissent over it.
"It shows PM Najib's shrinking sense of security and a determined attempt to clamp down on dissent, especially within his Cabinet and Umno," said Singapore Management University law professor Eugene Tan. "This latest turn of events will not inspire confidence and will only raise concerns about the political stability in Malaysia."

The removal of the Attorney-General (AG) surprised many people because he was loyal to Mr Najib and his ouster raised uncomfortable questions about the reasons. The AG was the leading investigator into 1MDB. The probe's scope includes looking into allegations that US$700 million (S$960 million) flowed into the private accounts of the Prime Minister. Mr Najib has denied taking any funds for "personal gain" but has not clarified whether the funds did flow into his accounts.
Added to this was the surprising move to promote four Barisan Nasional (BN) MPs who are members of Parliament's Public Accounts Committee (PAC), which is also investigating 1MDB.
The PAC has to look for a new chief as Datuk Nur Jazlan Mohamed has been appointed the new deputy home minister. One BN PAC member was given a full Cabinet post and two others were also made deputy ministers.

Was Mr Najib trying to slow down the AG and PAC probes, ask analysts and opposition politicians. Political analyst Khoo Kay Peng, who runs his own consultancy, said that Mr Najib's moves would seem to "ensure prosecution is under his control". It would also "neutralise PAC and indirectly interfere with the investigation", Mr Khoo said.

Said political analyst Ibrahim Suffian from the Merdeka Centre pollster: "In the short term, this has thwarted the intentions of those trying to unseat him. However, it is a long road to regain the political capital (lost) by the economic issues, GST (goods and services tax) and the 1MDB saga."

The Najib camp should also not celebrate the vanquishing of its critics just yet, based on Umno's bitter history.
The two previous times a deputy prime minister stepped down from office unwillingly were followed by years of political turmoil.

Anwar's exit in 1998 gave birth to street demonstrations, the Reformasi (Reform) movement and what is now the opposition Parti Keadilan Rakyat.
In 1986, when then Deputy Prime Minister Musa Hitam stepped down after disagreements with Dr Mahathir, Umno split in two.
Tun Musa joined hands with veteran leader Tengku Razaleigh Hamzah to challenge Dr Mahathir, and this later led to a court declaring Umno illegal.

Dr Mahathir re-formed Umno under Umno Baru while several Umno leaders led by Tengku Razaleigh started the Semangat 46 opposition party.
"Najib has just opened another front in his losing war," wrote blogger Syed Akbar Ali, who sits on the advisory panel of the Malaysian Anti-Corruption Commission.

"He has just made open enemies of the Umno deputy president and a vice-president. Do you need these new war fronts at a time when you are going down?"
Mr Muhyiddin of Johor and Mr Shafie of Sabah are from strong Umno states, and they could be expected to rally their supporters against Mr Najib, analysts say.

The next big move is likely to come from Friday's meeting of Umno's policymaking Supreme Council. While the meeting is closed-door, expect leaks of a stormy showdown between Mr Najib and Mr Muhyiddin.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 06:56 AM | Show all posts
Atasi perbezaan pendapat melalui saluran
28 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak
KOTA KINABALU - Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dinamakan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu berkata, sebarang kritikan dan perbezaan pendapat di kalangan anggota kabinet perlu dibuat melalui saluran ditetapkan.
   
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah kata bahawa beliau bersikap terbuka dalam soal kritikan tetapi yang penting kalau kita ada perbezaan, seharusnya kita atasi dalam ruang yang telah disediakan.
   
"Perbezaan pendapat di kalangan Jemaah Menteri itu sendiri tidaklah boleh dilaungkan kepada masyarakat kerana ia bertentangan dengan konsep 'collective responsibility' yang menjadi amalan sistem demokrasi," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
   
Ditanya mengenai pengguguran beberapa anggota kabinet termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Mohd Salleh berkata, kuasa melantik anggota kabinet adalah 'prerogative' Perdana Menteri.
   
Katanya, dalam politik adalah menjadi perkara biasa seorang anggota parti untuk berjawatan dan tidak berjawatan, namun ruang untuk menyalurkan khidmat kepada parti masih terbuka luas.
   
Menurut Mohd Salleh sebagai anggota parti, semua bertanggungjawab untuk bekerja bagi memastikan parti terus kuat dan berkuasa.
   
"Jika parti kita kuat, parti kita akan terus berkuasa dan kuasa itu kita gunakan sebaik-baiknya untuk melaksanakan harapan rakyat...iaitu pembaharuan di negara kita di Malaysia," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 06:58 AM | Show all posts

Dramatic day in Kuala Lumpur

10.45am:  Attorney-General Abdul Gani Patail is removed.

1pm:        New Police Special Branch director named.

1.45pm:   Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and four other ministers sacked.
               Home Minister Ahmad Zahid Hamidi is made Deputy PM.

3.30pm:    Public Accounts Comm-ittee probe into 1MDB suspended.

4pm:        Mr Muhyiddin defends his criticism on 1MDB issue.






Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 07:05 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-7-2015 06:45 AM
Ye ke?...tapi ko boleh tukar boss kalau ko tak suka dgn boss?..

soklan ko ni kan.... ko pun tau jawapan nya.
isunya, sejak bila sesebuah negara ni jadi milik seorang perdana menteri so dia boleh sesuka hati buat apa2 takde orang kritik?
pm dulu pun ada gak citer mencantas orang. tapi nampk gak la apa dia buat menaikkan negara. pm sekarang?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068332 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list