|
semalam
ALOR SETAR – Hanya kerana diminta untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah, seorang lelaki warga emas berang sehingga sanggup menyimbah sejenis cecair dipercayai asid cuka getah ke arah lima lelaki dalam kejadian di Kampung Baru Bakar Kapur, Kuala Kedah di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, lelaki berusia 63 tahun tersebut bertindak me­nyimbah asid berkenaan selepas lima lelaki termasuk tiga anak pemilik rumah sewa mahu berbincang tentang pembayaran sewa tertunggak.
Akibat insiden itu, anak pemilik rumah, Khairul Izzat Mohd. Zaki, 22, cedera parah akibat melecur pada bahagian muka, badan dan tangan manakala rakannya, Mohd. Sufri Zulkifli, 19, melecur di leher.
Tiga lagi mangsa iaitu dua adik Khairul Izzat, Hasbullah Mohsin, 19, dan Ahmad Humaidi, 11, serta sepupu mereka, Loqman Hakim Said, 22, hanya mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sulta­nah Bahiyah (HSB) di sini. Sehingga semalam hanya dua mangsa yang masih dirawat iaitu Khairul Izzat yang dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dan Mohd. Sufri di HSB.
kosmo
p/s mesti byk tertunggak...dtg tuntut berjemaah pun tak takut, atok nih taiko samseng Kg Dusun ke?
|
|