CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5106|Reply: 37

[Tempatan] 15 pasangan bukan muhrim bermotosikal ditahan majlis agam Islam

[Copy link]
Post time 26-7-2015 10:36 AM | Show all posts |Read mode



SEBAHAGIAN pasangan bukan muhrim (kanan) yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di Kuala Terengganu, Terengganu, malam semalam. - MINGGUAN/ISWAN SYAFIQ ISA

KUALA TERENGGANU 25 Julai – Seramai 15 pasangan bukan muhrim bermotosikal ditahan anggota penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dalam Operasi Bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sempena Hari Raya Aidilfitri di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Pasangan berusia dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan diberikan notis untuk menghadiri sesi kaunseling berjadual di pejabat Maidam di sini.

Ini kali keenam anggota penguat kuasa Maidam terlibat dengan operasi bersepadu khususnya di bawah kendalian JPJ negeri.

Selain Maidam dan JPJ, operasi bersepadu yang bermula kira-kira pukul 9 malam dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian itu turut melibatkan beberapa jabatan dan agensi negeri yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi khas motosikal yang bermula sejak 10 Julai lalu dan berakhir semalam itu secara keseluruhannya melibatkan 83 anggota daripada jabatan dan agensi yang berkenaan.

“JPJ juga mengeluarkan keseluruhan 946 saman termasuk 348 kepada penunggang motosikal sepanjang tempoh itu atas kesalahan teknikal, 62 notis arah periksa termasuk kepada 10 buah motosikal serta menyita keseluruhannya 12 buah kenderaan dengan tujuh daripadanya melibatkan motosikal.

“Kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi ini cukai kenderaan tamat tempoh dan penunggang atau pemandu tidak mempunyai lesen atau lesen tamat tempoh. Kita hairan bagaimana keadaan ini masih berlaku walaupun tarikh memperbaharui lesen sudah ditetapkan mengikut tarikh lahir masing-masing.


.utusan.com.my/berita/jena....jMzK6Nva.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2015 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
islam menang lgik?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
so sesi kaunseling tu sebab naik motor tak berlesen? bukannya saman je lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 10:47 AM | Show all posts
ingat semua org ganu mampu tumpang awek naik kereta ka
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin islamik terengganu ni, pasti ummah couple trganu byk tertekan lately, xboleh dah nak berenjut atas motor mcm dulu2,kene tempah hotel 5star la kalu nak projek
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Semakin bodoh dah puak2 ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2015 10:54 AM | Show all posts
Janganlah pulak pasangan tu pergi sesi kaunseling nak motosikal juga

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 11:04 AM | Show all posts
Naik moto awek kt blkg pastu brake2....seswatu sgt...lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2015 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
miabebe replied at 26-7-2015 11:04 AM
Naik moto awek kt blkg pastu brake2....seswatu sgt...lol

airbag kat blakang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape paedah buat benda ni?kalau tangkap org naik moto tu leh kurangkan zina jer?kesian org2 alim ni takat alim tapi vodohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Terangganu Darul Taliban
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik haramkan motor jah, senang sikit kerja ustazah ne
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak same cikki cikki in la yg jadi setazah kat instagram
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 11:46 AM | Show all posts
kate x tutup aurat pon dah kena saman..

yg ni berenjut atas moto xkena saman gak ke..

untong la awek2 ganu, pasni boipren bawak berenjut kat hotel 5 star tros..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak nya masa terluang maidam ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 12:13 PM | Show all posts

Hihihi...besh sgt eyhhhh...hangat2 manje...lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2015 12:34 PM | Show all posts
kearah kebaikan tu......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 12:46 PM | Show all posts
awek2 ni walau menonggek belakang boifren masih menutup aurat terhadap pihak lain....


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 01:12 PM | Show all posts
satu tindakan yg wajib dilaksanakan untuk mencegah kemungkaran....patut diperluaskan ke setiap negeri

p/s : editor Utusan ni tak alert ke kesalahan penggunaan perkataan 'muhrim' tu...sepatutnya 'mahram'
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah lgbtq jugak untung xperlu risau dicekup jabatan agama. Nak tgok wyg couple seat pon org xhalang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.084325 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list