CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61746|Reply: 451

[Politik] "Hinanya kami mak bapa dia... mereka tidur hotel"

[Copy link]
Post time 22-7-2015 10:26 PM | Show all posts |Read mode
"Hinanya kami mak bapa dia... mereka tidur hotel"
Posted By: Malaysia Tribune- 19:29

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Abd Ghani Haron yang menceritakan perbualannya dengan seorang ibu mengenai sikap anaknya ketika balik beraya di kampung. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Baca lagi:




TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK


Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah.

Katanya, "Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem."

"Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidor di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya."

Sampai disini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yg masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

"Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yg membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami."

"Saya tahu, depa jijik tegok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia." Kesedihannya makin berlarutan.

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan dirumah sendiri, jangan mengharap yang sama dirumah ayah bonda. Kita dibesar dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa dirumah ibubapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita.

Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup dirumah tuanya. Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur dihotel kerana tak sanggup tidur dirumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.

Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yg orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.

Betapa ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saydara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dgn kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping.

Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yg akan memahat dosa yang besar.

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, mohon izin dengan baik pada ibu ayah. Mereka tentu memahami. Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercuim busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dg rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.

ABD GHANI HARON


Related collections:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 10:30 PM | Show all posts
alahaiii...ini gado psl tak tidur rumah tido  hotel pulak.baik takyah beraya la korang...mencemar agama je.raikan 1 syawal neh ibadat tau tak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:32 PM | Show all posts
aku ada kenalan yg sekor pangai mcm nih.. tp laki die la yg sibuk nak tido otel..

takmo tido umah tokwan.. sbb kotor segala jadah kata lakinya..

bangang manusia mcm nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:39 PM | Show all posts
orang dah ada duit,tido hotel la..
xpayah susah2 balik kemas rumah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:45 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-7-2015 10:57 PM

well...pada saya tengok konteks  - kalau rumah ada ipar duai lelaki dan tak muat elok dok hotel.
tapi kena berakhlak lah - dok je hotel tapi tang mai tolong - tolong beraya  tu buat la. itu normal .

tapi tang menantu  atau sikap macam ni  ni - awat anak tu y berjaya tu kalau tau rumah mak ayah depa kena buat rennovation - tak buat tolong ? tau keadaan rumah tu uzur , pi lah tolong upah contractor ke buat balik.kalau kotoq dan tak berkemas - pi call parents nak upah immigrants  tak kemas , vacuum, cuci semua ? see? org yg berotak dia pi buat perubahan dia tak kutuk mak ayah depa or just said jijiklah itulah  haissh....well..

ni yg i tak setuju. Mak ayah pi 'buang' tapi improvement sikit tak buat .

takut jadi anak macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:46 PM | Show all posts
tak dapat dah nak cari tilam kabu ni ...lama dah tak ada ...wow cayalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2015 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 ada jua kes rumah ummah pprt ni sngt kotor..bilik air belumut sebegitu...and people change sis..ko sbagai anak pandai2 lah main ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:51 PM | Show all posts
trend tidor hotel masa balik Raya memang dh lama dah
sebab tu hotel sentiasa penuh masa cuti Raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mak bapak ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 10:59 PM | Show all posts
nampaknya raya ni musim org ber lumba2 bukak aib/pekung family masing2...sedih...takde rasa bersalah ke korang?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sjak mak dh xde dok otel ja..blik kpg esoknya lepas rilek2..tk suka susahkan keluarga amik dri epot bgai..last2 iol kantai ngan abg..hbis kena bambu nape tk ckp awal2..duk umah dia la bla bla bla..tp diorg faham perangai aku dri dlu..time diorg susah aku la gigih amik epot antar sana sini..time aku plak aku diam2 xnak trouble2 kan diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kantai..hahaha
Kantoi la
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:01 PM | Show all posts
boring la pulak masalah keluarga manjang kat ci ni...
gi bod perbincangan keluarga lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
balik kg tahun nih...cuaca panas gila...hawa bahang...xtahan...tp alhamdulillah... survive jgak 4h3m...

tp sepatutnya menantu dia tlg laa bersihkan...sental yg mana perlu...kemaskan..hishhh...mak pak bg aku,kena jgak bertimbang...dah nk raya nih,agaknya bole laa berkemas sikit2 kot..bg anak menantu selesa sikit..

tp ye laa kan...keadaan org..kita tak tahu...bole laa komen dr jauh...
sekadar komen 2 sen...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak tunggal kot..
If jijik bagai...hired la part time cleaner cuci rumah, toilet..
Based on this story..anak dah brjaya..xkn xboleh nk spend duit renovate rumah, dapur toilet semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rumah bilik ayaq tak selesa... Takleh salahkan anak menantu jugak...,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 11:17 PM | Show all posts
rospinki replied at 22-7-2015 11:00 PM
Aku sjak mak dh xde dok otel ja..blik kpg esoknya lepas rilek2..tk suka susahkan keluarga amik dri e ...

Kau mmg. Sejak dulu gitu. Kononnya tak mau susah kan orang.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan ni..org gunung keriang org kg. Arwah bini org kaya di alor setar. Tiap kali balik kedah dari kl..diorg tido rumah bini tak suka tido gunung keriang sbb rumah kecik panas tepi sawah. Sekali bini mati. Anak masih tido runah arwah bini x tido rumah mak sendiri. Baru ni dia menikah baru. Entahlah tido dimana
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:22 PM | Show all posts
mengada lah anak tunggal nak tido hotel bagai..

lain lah kalau rumah penuh bertindih..

rugi jadik manusia kalau tak boleh rasa kepelbagaian bio..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:22 PM | Show all posts




manja manja dan mengada ngada lah kapel2 muda ni .... geli geleman bagai  dengan rumah mak pak yg berdanak ... geli nak pelok makyang tau kerepot ..walhal dulu kecik2 tetek dia jugak yg digonggong  kulu kilir ...

tak reti2 nak balik kampung barang sebulan sekali jengok orang tua?
dah balik jengok .. kemas dan cuci sekali rumah orang tua tu ..

dah tu ....  mengumpat pulak mertua n mak pak sendiri ... rumah kotor la apa la ...

betul kata en ghani tu ... kalau ko banyak sangat duit .. besarkan dan cantikkan rumah orang tuakat kampung tu ... kalau tak boleh .. maknanya ko tak mampu tapi gatai nak balikkampung tapi tidur hotel  atau ko anak tak sedar dek huntung ...

u r what they r  ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.090362 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list