CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 0

[Lain-Lain] Hanya satu aduan skim kawalan Aidilfitri

[Copy link]
Post time 20-7-2015 12:04 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hanya menerima satu aduan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri tahun ini, berbanding 10 aduan tahun lepas.
          
        Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, ini memberi gambaran positif bahawa peniaga sudah memahami objektif skim itu dan bersedia mematuhinya.
          
        "Terima kasih kepada peniaga kerana memberikan  kerjasama terhadap skim ini. Begitu juga dengan pengguna yang sama-sama membantu memantau harga dan memudahkan kita menjalankan tanggungjawab.
          
        "Apabila ada persefahaman dan persepaduan, rakyat dapat hidup dengan sejahtera," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Bukit Chedang hari ini.
          
        Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman dan Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan Mohd Salleh Maamor.
       
        Pemantauan harga 21 jenis barangan termasuk ayam segar, daging tempatan, daging import, telur ayam gred A,B dan C, tomato, kelapa dan bawang import disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri bermula dari 7 hingga 23 Julai ini.
          
        Hasan berkata kementerian membincangkan dengan pelbagai pihak berkenaan sebelum melaksanakan sesuatu skim demi memanfaatkan pengguna dan peniaga. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    kuku
    kukuku89kuku
    Views : 1819 Replies : 0
    akku
    kukuku89akku
    Views : 4041 Replies : 0
    akku
    kukuku89akku
    Views : 4547 Replies : 0
    PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
    Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
    Views : 77023 Replies : 214
    Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
    tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
    Views : 28467 Replies : 128
    Official Muzik Muzik 40 (2025)
    fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
    Views : 54759 Replies : 1063
    Aisyah Aziz dah kahwin!
    RalineAisyah Aziz dah kahwin!
    Views : 16291 Replies : 135
    K-VARIETY SHOW
    RahahK-VARIETY SHOW
    Views : 277068 Replies : 1516
    Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
    piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
    Views : 13963 Replies : 16
    Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
    langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
    Views : 15389 Replies : 6

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    31-1-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.195963 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list