Oleh Izzah Abbasy
Orang buat biskut, dia pun buat biskut. Eh, bukan macam itu. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Berniaga adalah salah satu punca rezeki kepada sesiapa sahaja.
Jadi, siapa suka biskut atau "cookies"? Mesti semua suka makan bukan? Biasanya, ibu lah orang yang paling sibuk di dapur membuat biskut raya untuk dihidangkan kepada rakan dan sanak saudara. Persoalannya, sempat atau tidak untuk membuat biskut pada saat akhir? Bagi ibu yang bekerjaya sudah tentu pilihannya adalah menempah atau "tunjuk-tunjuk" (membeli) sahaja.
Apa kata kali ini kita tinjau biskut yang dijual sendiri oleh Zuan Azmi, Wartawan Melodi yang terkenal dengan "trademark" nya iaitu Bikin Panas. Malahan, dia turut menamakan biskut rayanya "Bikin Panas Cookies". Biskut yang dijual Zuan ini adalah air tangan ibunya sendiri. Ramai artis dan peminat menggemari dan menempah awal biskut beliau ini. Pasti sangat sedap dan puas hati siapa yang pernah mencubanya. Yang paling penting, tidak akan rasa rugi dan akan membuat tempahan berkali-kali setiap tahun.
Kredit Foto : instagram/zuanbikinpanas
Antara artis yang sentiasa menyokong Bikin Panas Cookies ini adalah Penyanyi Nombor 1 Negara, Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Aznil Nawawi (Pak Nil), Intan Ladyana, Siti Elizad, Remy Ishak dan ramai lagi. Lebih daripada 10 jenis biskut yang dijual antaranya adalah Meringue, Jem Tart, Cheese Tart, Jejari Oats, Majmur Gajus, Oreolicious, Royal Creamie, Red Velvet, Choconuts, Choc Square, Peanut Kapit, Choco Kapit, Mix Crunchy, Samprit Cheese, Hazelnut Stix, Chocolate Chip, Jem Pralines dan Crunchy Croquant. Biskut yang paling mendapat sambutan adalah Meringue, Jejari Oats, Peanut Kapit dan Jem Tart.
Kredit Foto : instagram/zuanbikinpanas
Bagi yang nak merasai sendiri biskut Zuan ini, dapatkannya segera dengan lawati laman Instagram @zuanbikinpanas. Harga yang ditawarkan sudah semestinya mampu milik. - CARI Infonet
|