CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3139|Reply: 2

Sambung bayar kereta... Cari penyakit

[Copy link]
Post time 11-7-2015 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Satu lagi perkongsian cerita hutang. Kes sambung bayar...

SOALAN
Salam En Abu Ammar.

Saya ingin bertanya tentang apakah tindakan undang2 yang boleh diambil terhadap ejen yang menjalankan urusan “membeli” kereta dari pnyewa yang tidak lagi mampu membuat bayaran ansuran kepada pihak bank dan kemudiannya “menjual” kereta tersebut kepada pihak ketiga.

Proses ini disertakan dengan report polis dan juga surat tandatangan oleh “penjual” (penyewa pertama) dan “pembeli” (penyewa yang kedua yang akan menyambung bayaran ansuran)

Terima kasih

JAWAPAN
@Rozainy

Dari segi “moral”nya ia adalah perbuatan bersubahat untuk melakukan penjualan yang tidak sah mengikut apa yang diperuntukkan oleh Akta Sewa Beli (butir penuh dalam artikel “Sambung Bayar”).

Namun begitu, telah ada “perjanjian” (walaupun tak laku dari segi Akta Sewa Beli sebab Bank yang empunya kereta) bertulis dan persetujuan dari “pemilik berdaftar” dan “pembeli”. Ada pulak repot polis yang membuktikan serahan secara sukarela dan penuh “kasih sayang”.

Jadi kalau nak repot pasal “pembeli” tak bayar tak boleh jugak sebab kita dah repot serah kereta. Pada Bank, kereta dia punya dan peminjam masih orang yang sama. Cuma boleh “selamat” dari tuduhan jenayah kalau kereta terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang undang. “Selamat” pun polis cekup kita dulu dan mungkin masuk “asrama” polis 2 – 3 malam. Bagi pihak Bank, repot polis itulah bukti yang paling kukuh untuk mendakwa peminjam atas dasar penjualan kereta secara “penipuan”.

Apabila kereta telah ditarik atau “dibeli” dari pihak yang mungkin entah keberapa, semua kos itu akan di tanggung oleh peminjam. Kalau dah lelong dan baki lebih 30K, boleh diBankrapkan atau kalau Bank saja nak bagi “pengajaran”, dakwa pulak atas kes “penjualan haram” tadi dan kena denda atau masuk penjara pulak.

“Broker Maut” mungkin boleh dipanggil kebalai tapi beliau mungkin disoal siasat sahaja kerana beliau boleh memberi alasan bahawa tiada penipuan berlaku kerana ada “perjanjian” dan peminjam yang rela berbuat demikian. Mungkin ada kes, tapi “bau bau bacang” sahaja.

Dari pengalaman saya, (mungkin bagi orang lain ada, bergantung kepada situasi), secara amnya tiada broker yang didakwa. Pihak ketiga pun tidak didakwa. Nak dakwa apa, Bank yang “beli” balik kereta! Jadi semua risiko ditanggung oleh peminjam.

P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila like Facebook Page https://www.facebook.com/pages/C ... aymt_homepage_panel sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Tekan juga butang “Follow” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Terima kasih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2015 09:27 AM | Show all posts
Mereka yang menyambung bayar kereta org lain adalah mereka yg tiada duit..kalau ada duit mereka tak kan sambung bayar kereta org mereka beli kereta baru..sebab tu hampir 95% menipu...mereka sudah plan tak nak bayar..dan tak mampu bayar..nak pakai kereta tapi duit tak de..so jangan percaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 12:42 PM | Show all posts
ramai yg x tau ... sebenarnye kalau tengok kt geran keta tu .. di bhgn bawah ada tertulis ..
.. "Hak Milik Di Tuntut oleh BANK xvz..."

so, selagi x abis loan .. selagi tu la keta tu milik bank .. bukan milik sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.772726 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list