CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13654|Reply: 10

Kena Tipu Online Scammer. Tolong!!

 Close [Copy link]
Post time 10-7-2015 02:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by arrowtotheknee at 10-7-2015 02:47 AM

Hi.

Seperti tajuk diatas, aku nak minta pendapat korang macam mana aku nak dapatkan duit aku semula RM 800 setelah ditipu online scammer. Aku dah buat laporan polis pada 8 Julai lebih kurang jam 2:30pm. Aku buat spt cara yg diviralkan dalam WhatsApp ni:


1. Yang kita kena buat ialah, jangan update Facebook. Tak guna update dan viralkan di laman Facebook. Dengan cara itu tidak akan memberikan jaminan wang anda dikembalikan.

2. Kita perlu buat laporan polis. Dalam laporan polis itu tak perlu nak berhujah panjang lebar seperti:

-Barang tak sampai

-Peniaga dah lari

-Peniaga menipu

Dan yang sewaktu dengannya.

Ini kerana, kalau dalam laporan dinyatakan sebab-sebab di atas, peniaga online pun boleh buat laporan polis menafikan dakwaan itu. Akibatnya, kes ini tidak akan selesai, masing-masing nak tunjuk diri mereka yang betul.

Kes-kes seperti ini juga bukan tanggungjawab polis ataupun bank. Mereka ada banyak kerja-kerja lain yang hendak diselesaikan. Kes-kes seperti ini adalah remeh bagi mereka. Jadi jangan hairan jika kedua-dua pihak ini tidak mengambil tindakan jika laporan polis yang dibuat mempunyai alasan-alasan di atas tadi.

Jadi, apa yang perlu kita buat? Sudahlah kena kencing, bazir masa pula. Petrol pun dibazir ke sana sini buat report.

3. Semasa membuat laporan polis, tulis seperti ini,

“Saya telah memasukkan wang ke akaun yang salah. Report ini bertujuan untuk rujukan pihak bank,”

Ayat di atas perlu dimasukkan dalam laporan. Jika tidak, pihak bank tidak akan sesekali melayan masalah anda.

Bila dah buat laporan polis seperti ini, terus ke bank dan tunjukkan laporan polis itu. Tindakan bank ialah mengarahkan pihak berkenaan (peniaga online) memulangkan wang anda.

Ramai yang bertanya sama ada cara seperti ini boleh berjaya?

Jawapannya, sudah tentu boleh! Kalau orang salah bank in RM20,000 ke akaun anda, apakah ianya tidak perlu dipulangkan? Anda ingat anda boleh keluarkan wang itu dan update di Facebook,

“Yay!! Ada orang tersalah bank in pada aku RM20,000! Best giler aku! Aku nak shopping beli banyak-banyak barang!”

Dalam mimpi boleh, realitinya tak boleh. Wang itu perlu dipulangkan semula. Jika tidak, tunggu saja surat mahkamah atau yang sewaktu dengannya.

Insha Allah dengan cara ini wang anda akan dikembalikan.

4. Teruskan berbelanja secara online dan jangan lupa kongsikan kaedah ini kepada rakan-rakan anda agar mereka tidak tertipu lagi.

Kemudian, aku dah pergi Maybank sambil tunjuk laporan polis tu. Tapi, pihak Maybank kata aku yg salah, (ya, aku mengaku aku pun salah). Dan duit tu tak pasti boleh dapat semula ke tidak katanya. Laporan polis tu jugak tak boleh digunakan di mahkamah. Jadi, aku ambil keputusan untuk minta tolong kawan aku sebab ayah dia kerja sbg pegawai bank. Tujuannya utk trace duit aku ke bank penipu tu.

Persoalannya, penipu tu akan dapat surat warning ke kalau dia tak pulangkan duit aku? What if aku tak dapat langsung duit aku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 06:40 AM | Show all posts
1st time kena scam ke? kena redha dan anggap takde rezeki je. 100% takkan dapat balik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 07:02 AM | Show all posts
sblm kita nk bli ape2 brg online....
gugel dulu nama seller tu...

berblik pd soklan ko ni...
kemungkinan bsr duit ko burn begitu sj...

ko bli pe nok smpi 800 ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 07:25 AM | Show all posts
Wey kalau mcm kut ebay tu ada cop bintang la pingatla trusted seler bagai leh pecaya x?
aku baru bekira2 nk beli brg mahai ni thru e bay...

800 byk weyy..kita doa dia rugi 8k lps ni sbb tipu ang ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 07:53 AM | Show all posts
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHHHHHHHHH!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 08:21 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 10-7-2015 06:40 AM
1st time kena scam ke? kena redha dan anggap takde rezeki je. 100% takkan dapat balik.


agreed....salah sendiri pun....learn from it...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2015 08:30 AM | Show all posts
Astargfirullahalazim. Kalau dah sampai RM800 tu COD jela. Kenapa la percaya orang sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 08:31 AM | Show all posts
Btw, semoga TT tabah ye. InsyaAllah ada rezeki yang lain buat TT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 08:38 AM | Show all posts
apsal ko tunjuk report polis yang ko kata ko kena tipu...mmglah pihak bank kata salah ko...

unless ko kata ko salah bank in terus dan tunjukkan slip bank in, aku rasa ok kut...

p/s, so far takder simply bank in kat orang kecuali dah observe laman web tu dah lama
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:28 AM | Show all posts
Beli apa online sampai RM800? Gue membeli juga online, so far paling mahal gue order mesti below RM150. Set the maximum limit, so kalau di tipu tak meroyan. But alhamdulillah setakat ini tak pernah lagi gue kena tipu, check betul-betul siapa yang menjual, kalau di Mudah, baik cash on delivery sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:19 AM | Show all posts
topic ni lebih sesuai di board aduan pendapat. memandangkan tt dah buka thread kat sana juga, sy close ye thread ni.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.089825 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list