View: 3940|Reply: 5
|
Variasikan Teh Ais untuk Berbuka
[Copy link]
|
|
oleh Fyruz
Waktu berbuka nanti pasti anda nak segelas air yang dapat membasuh kehausan tekak dan yang menyegarkan anda bukan?
Dengan mempelbagaikan teh ais anda, anda tidak melihat teh sebagai minuman yang sederhana selepas ini.
Untuk menambah keistimewaannya, anda boleh menambah potongan buah-buahan, daun herba ataupun susu. mungkin idea ini boleh jadikan inspirasi nada ketika berbuka nanti.
1. Teh Ais Blackberri
Campurkan sedikit buah blackberri atau sirap blackberi sebagai tambahan. Namun kalau anda tambah kordial, jangan tambah sehingga tiada rasa teh. Jika inginkan kesegaran, tambahkan sedikit daun mint ke dalam minuman anda.
2. Teh Ais strawberry/ Peach
Jika anda mempunyai lebihan buah strawberry atau pun peach, bolehlah racik dan tambahkan hirisan buah-buahan tadi ke dalam minuman teh anda. Diakhiri dengan ais paras suku daripada gelas
3. Teh Ais Halia
Untuk lebih kesegaran, tambah perahan lemon atau limau nipis ke dalam teh ais halia anda. Bagi yang kurang menggemari halia, pastinya kamu tidak akan menolak campuran halia dan lemon kerana gabungan ini memberi rasa berbeza dan rasa yang baru.
4. Teh Ais mangga
Sama seperti anda menyediakan teh ais blackberry, anda juga boleh menukar buah tersebut dengan menggunakan mangga.
5. Teh Ais Hijau
Sama seperti anda membuat teh ais halia, tambahkan kordial mint pada teh ais hijau anda. Sebagai penyegar tambahan, perahkan sedikit lemon ke dalam air teh hijau anda.
Menarik tak? Jom cuba. -LadyLista.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Teh ais hijau macam menarik.... |
|
|
|
|
|
|
|
teh ais kt thailand sedappp..dia teh susu tp mcm ada fragrance bunga jasmin gitu..sedappp |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh.......sedapnyaaaa teh ais.......buka nanti nak buat air teh ais la.......... |
|
|
|
|
|
|
|
nak try teh ais blackberry |
|
|
|
|
|
|
| |
|